Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 23 Disember 2009

Cinta dan hatiku yang emo

Perhatian, ini adalah entri jiwang. Jadi yang tak suka jiwang-jiwng itu, janganlah baca entri ini;)

Setiap kali cinta pertama pertama saya sakit. Saya akan rasa sangat risau. Sudah makankah dia, siapa yang tolong tengok-tengokkan dia. Siapa yang tolong masakkan bubur untuk dia. Betul, saya terasa nak menjaganya seumur hidup. Biar betapa susah pun hidup.Saya sanggup Haritu dia demam, saya dah rasa tak keruan sangat. Kerana saya tahu dia tinggal seorang sahaja di rumah. Siapa yang tolong tengok-tengokkan dia. Lega rasanya bila dapat tahu,adik-adik dan mak ayahnya ada dirumah. Kebetulan waktu itu waktu cuti semester.

Tapi, kalau memang tak ada jodoh nak buat macamana. Terima sajala. Dulu, masa masih bercinta, saya sangat setia kepadanya. Apa jua kesilapan yang saya lakukan, saya dengan jujurnya memberitahu dia. Walaupun kesilapan itu sangat melukakan hatinya. Bila sudah putus cinta, saya belajar supaya tidak terlalu setia kepada seorang kekasih. Betulkah tindakan itu?

Dengan cinta kedua, lagi banyak benda yang saya pelajari. Lagi banyak hal yang saya tahu tentang lelaki. Salah satunya, jika kamu mengharap lelaki itu akan berubah setelah bersama kamu, jangan kamu mimpi. Lelaki takkan berubah, kecuali ada insiden yang betul-betul membuatkan mereka tergerak hati.

Bila patah hati dengan cinta pertama, hati memang terasa amat sakit. Sampai sekarang pun masih terasa sakitnya. Saya ingat cinta kedua dapat mengubat hati yang patah ini. Rupanya saya silap. Bila patah hati denga cinta kedua saya tidak terasa sakit. Mungin cinta saya terhadapnya tidak sedalam cinta saya kepada cinta pertama. Patah hati memang sangat sakit. Sampai sekarang pun masih sakit. Namun lebih sakit bila keseorangan. Keluarga dan kawan-kawan sahaja yang benar-benar dapat membuatkan saya lupakan kesakitan itu.

~Jika hati ini adalah sebuah pilihan baginya, jangan kau jadi kan dia sebagai keutamaan kau. Kau bukannya pilihan. Jika dia betul cintakan kau, kenapa harus jadi pilihan~
~

Khamis, 17 Disember 2009

Mimpi dan CTO

Semalam saya bermimpi
Saya dapat surat CTO
Liew juga dapat
Saya rasa sangat sedih
Jumlah pampasan tak sampai RM2000
Saya beritahu kepada kawan-kawan saya

Dalam keadaan sedih itu
Nun diluar tingkap
Saya melihat cahaya yang terang
Dan bunyi yang sangat kuat
Bangunan berdekatan KLCC meletup
KLCC bergegar!!
Saya bergegas ke tangga kecemasan
Berlari turun secepat mungkin
Bimbang KLCC akan runtuh

Saya berjaya turun
Tetapi pengawal menutup jalan keluar
Tidak tahu bagaimana
Saya akhirnya dapat selamatkan diri
Saya sudah tenang dan
Teringat kembali tentang surat CTO yang saya dapat

Jumaat, 11 Disember 2009

Diari Pengurusan Berat Badan 3


Tik tok tik tok tik tok!!!
Sungguh, saya tersasar dari objektif saya untuk mengurangkan saiz badan saya. Daripada entri yang lepas, saya mengalami depresi yang hebat yang menyebabkan saya tidak mengawal pengambilan makanan saya. Saya makan untuk menggembirakan hati saya yang gundah ini. Namun saya harapkan saya dapat mula semula untuk mengurus berat badan saya. Mungkin saya perlu lebih berdisiplin dan mempunyai objektif yang lebih jelas. Itu penting bagi saya yang jenis hangat-hangat tahi ayam. Saya perlukan sesuatu untuk saya tidak cepat mengalah. Jadi ini yang dapat saya pikirkan.
  1. Sebelum tidur, saya pastikan saya menelan sebiji pil lecithin
  2. Pagi-pagi semasa mengambil air kosong di pantry, saya pastikan saya meletak diet drop ke dalamnya.
  3. Sentiasa pastikan stok CCPP sentiasa ada di dalam laci meja kerja saya
  4. Pastikan saya berjogging sekurang-kurangnya seminggu sekali di Taman KLCC atau di mana-mana sahaja
Saya tidak boleh jika tidak makan malam. Maka saya pastikan saya makan malam sebelum pukul 8 malam.
Harap-harap saya dapat lakukan ini, jika tidak boleh juga, mungkin saya perlu permudahkan lagi cara.

Khamis, 10 Disember 2009

Saga SE saya, Bekerja dan Berniaga

Banyak perkara berlaku.. Tetapi mood yang tidak ada membantutkan saya meng'update' blog ini. Baru sekarang saya terasa mahu meng'update' blog saya ini

Saga SE sayaSetelah dua bulan saya membeli kereta, setelah sentiasa ada Aniza disebelah semasa saya memandu, akhirnya saya memandu Saga saya dari Ipoh ke Taman Melati seorang diri. Memang agak bosan memandu seorang diri. Ini membuatkan saya memandu dengan agak laju. Saya memandu antara 100 ke 140km/j dengan torque tidak melebihi 5 rpm. Bila saya bosan memandu laju, saya memperlahankan Saga saya. Penggunaan minyak? Dari indikator minyak, turun sebanyak 3 bar yang saya rasakan agak banyak penggunaannya. Tetapi dari apa yang saya baca di forum, itu adalah perkara biasa bagi kereta Saga baru. Ada juga yang mengatakan jika penggunaan minyak seperti air yang mengalir, kemungkinan besar ada kerosakan pada IAFM. Tetapi saya tidak tahu baaimana mahu mengesan jika ada kerosakan padanya. Alhamdulillah saya selamat sampai walau ada satu insiden yang menyebabkan saya cuak. Sedang saya memandu di belakang sebuah lori, lori itu mengubah ke laluan sebelah kanan. Saya terkejut apabila terdapat kereta yang berhenti dihadapan saya. Nasib baik saya dapat mengawal Saga saya. Setelah mula membawa kereta, saya mula mahir mengawal Saga saya cuma tinggal saya masih kurang mahir untuk parking.

Bekerja dan Berniaga
Sejak akhir-akhir ini, saya tiada semangat untuk bekerja. Saya makin berputus asa untuk meneruskan kerja saya. Kerja yang berpatah balik ini sangat memenatkan hati. Lagi-lagi bila date due sudah terlepas. Betul saya rasa sangat stress. Ada satu minggu tu, tiap-tiap hari saya datang lambat ke pejabat. Paling awal saya sampai pejabat minggu itu adalah pukul 8.30 pagi dan paling lambat saya datang pada minggu itu adalah pukul 9.30 pagi. Apabila bersedia untuk buat kerja, orang yang perlu membantu saya pula buat hal lain. Lagi rasa stress bila timbul satu masalah dalam kerja itu, akhirnya saya sendiri juga yang menemui penyelesaiannya. Mungkin saya tidak perlu pertolongan orang luar. Orang dalam pun sudah cukup. Buat apa bayar orang luar sampai berganda-ganda, tapi akhirnya saya sendiri yang menyelesaikan masalah, saya sendiri yang buat kerja.

Disebabkan hal-hal itu, saya mula mencari kerja lain,saya mula buka laman web SPA melihat-lihat jawatan apa yang sesuai dengan kelulusan saya. Disamping itu, saya mula rasa ingin berniaga. Sekarang saya dapat produk yang boleh saya jual. Harap-harap, berjayalah saya untuk berniaga. Saya menjual sejenis minuman yang dikenali sebagai Coco Colagen Power Plus (CCPP). Saya berani menjualnya kerana saya pernah minum CCPP ini. Rasanya seperti Capucino. Sedap. Saya dapat rasa beberapa perubahan setelah saya mengambil CCPP ni. Bibir saya yang sebelum ini merekah teruk dan pedih-pedih sudah sembuh, rambut saya yang banyak gugur dulu, sudah kurang gugur, kuku saya tumbuh dengan cantik dan yang paling saya suka saya mudah membuang pada waktu pagi yang menyebabkan perut saya mengempis. Ada juga testimoni yang saya baca mengatakan jerawat mereka mengecut, payudara jadi mantap, berat badan turun, tumit kaki yang pecah sembuh dan kulit jadi cantik. Ya memang ada produk colagen yang lain tetapi agak mahal. CCPP ni murah dan orang mampu beli. Harga jualan untuk satu set CCPP(stok untuk sebulan) hanya berharga RM59.90. Tetapi sempena saya baru mula berniaga, saya ingin menjual dengan harga RM50. Sudah pasti jika anda beli banyak, bolehla saya bagi murah sikit. Jadi silalah promote pada kawan-kawan untuk mencuba produk ini. Entri yang seterusnya, saya akan beri butiran mengenai produk ini. Silalah support saya ya kawan-kawan. Jika bisnes saya berjalan dengan lancar, saya akan convert blog saya yang lagi satu menjadi blogshop.


Ahad, 15 November 2009

Should I try again?

Ada seorang lelaki nak berkenalan dengan saya.
Patutkah saya cuba?

Ada kawan di ofis mahu kenalkan saya dengan kawannya
Patutkah saya cuba?

Saya tidak mahu perkara sama berulang
Sangat penat dan lelah tahu

Selasa, 10 November 2009

Fight Till The End

Selalu saja saya rasa ingin mengalah. Berhenti saja apa yang saya lakukan sekarang. Yalah lagi banyak saya nak betulkan sesuatu, lagi banyak saya jumpa kesilapan yang dilakukan oleh orang terdahulu. Sehinggakan sampai satu masa, saya tidak tahu apakah arah tujuannya. Samada mahu bermula semula dengan membetulkan kesilapan dahulu atau teruskan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Betul, saya mula merasa letih. Letih untuk selalu berpatah balik. Berpatah balik sehingga kepermulaan. Mungkin salah saya juga kerana mempercayai seratus peratus apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Tetapi harus begitukan, walau dalam realitinya tidak begitu logik, tetapi itu la yang digunakan oleh orang selepasnya. Dan saya perlu ikut betul-betul sama ape yang digunakan oleh orang selepasnya. Betul, rasa penat dan ingin mengalah. Apa yang dilakukan masih tidak menampakkan hasil. Masa pula makin suntuk.

Namun, saya pilih untuk tidak mengalah. Walau berapa letih pun kerja itu. Walau berkali-kali pun berpatah balik, saya takkan mengalah. Saya masih berpegang kuat pada motto ini "Fight till the end". Motto batch saya masa di TKC dahulu. Saya akan berjuang hingga ke akhir. Bila saya terasa ingin mengalah, saya akan ingat pada motto ini. Ingat pada lagunya.

Fight Till The End!!!

Ahad, 8 November 2009

Diari Pengurusan Berat Badan 2

8 Nov 2009
Pagi tadi pergi ke Tasik Titiwangsa dengan Min. Kami bersenamrobik dan berjogging di sana. Tiap-tiap hari ahad memang ade senamrobik di sana dianjurkan oleh Majlis Kecergasan Malaysia. Seronok. Lepas bersenamrobik, saya berjoging. Tapi tak lama sebab terasa berdenyut kat perut sebelah kanan. Sudah lama saya tak rasa macamtu. Berjogging di Tasik Titiwangsa tidak sepenat berjogging di Taman KLCC. Taman KLCC lebih berbukit berbanding Tasik Titiwangsa.

Harini saya rasakan, sudah tiba masanya untuk saya ber'detox'. Simptom-simptom bahawa saya perlu ber'detox' sudah muncul. Mulut saya sudah mula berbau kurang menyenangkan, perut saya selalu rasa sebu, badan terasa lesu. Sebelum ini, saya ber'detox' dengan minum Cleanextea. Berkesan memang berkesan, rasanya pun saya suka. Tapi saya tak tahan asik perlu ke tandas je. Kalau tak kerja tak mengapa. Duduk dirumah, suka hatila mahu pergi tandas berapa kali pun. Tapi kalau dekat pejabat, takkan setiap setengah jam nak pergi tandas. Kerja pun tak jalan nanti. Jadi kali ini saya nak ber'detox' dengan cara luaran pula. Saya mahu pakai 'foot detox patch (FDP)'. Kalau kat Guardian dan Watson tu selalu yang jenama Kinohimitsu yang popular. Harganya pun mahal. FDP yang saya akan guna ni, saya beli 'online' di laman web WanitaMelayu. Harganya lebih murah sebab dijual dalam bentuk 'loose'. Harganya hanya RM1.50 sekeping. Murah kan? Klu beli banyak-banyak, lagi murah boleh dapat. Esok baru sampai FDP ni. Selepas saya pakai selama sebulan, saya beritahu hasilnya.

Harini, sudah masuk tiga hari saya terlupa makan lecithin. Saya cek dalam beg, rupa-rupanya saya tinggal kat ofis botol lecithin tu. Tak mengapala, esok makan balik. Lepas detox lagi bagusla penyerapan lecithin dalam badan saya. Setakat yang saya baca, lecithin ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan. Lecithin ni juga digunakan untuk merawat pesakit Alzheimer. Namun, terdapat juga 'argument' yang menyatakan lecithin ini boleh menambah peratus lemak didalam badan. Takpe, selagi saya ikut cara makannya, diharapkan ia tidak menggemukkan saya =)

Mimpi: Joging bersama?

Semalam saya bermimpi
Tentang seseorang, tentang joging bersama
Masa itu waktu pagi
Saya mahu pergi joging dengan Min
Masa turun dari rumah,
Terserempak dengan seorang lelaki
Lelaki itu, saya minat kepadanya
Dia pakai baju kurung hijau bunga-bunga!!!!
Dia cakap dia juga nak pergi joging
Dia nak tukar pakai seluar 'tight' kejap
Dia juga bagi saya seluar 'track' suruh pakai
Dia pegi tuka, saya pun pegi tuka dekat rumah Min
Masa itu, Min tunggu di kereta
Tak tahu kenapa
Rasa susah Benar nak pakai seluar 'track' tu
Lama sangat.
Masa saya turun balik, Min sudah pergi dulu
Dia ingat, saya pergi dengan lelaki itu
Tetapi, lelaki itu pun sudah tiada
Sudah pergi juga

Tiba-tiba telefon saya bunyi mesej masuk
Saya terjaga
Min yang mesej bertanya sudah bangun ke belum
Sudah janji dengan Min untuk joging di tasik titiwangsa

Selasa, 3 November 2009

Diari Pengurusan Berat Badan 1

3 Nov 2009
Saya hanya berketinggian 156cm dengan berat anggaran 62kg. Jika dikira Body Mass Index (BMI) saya, saya adalah dalam kategori berlebihan berat badan. Dengan keadaan saya yang suka makan, ia menyukarkan saya untuk menurunkan berat badan. Maka, dengan adanya "entry" ini, diharapkan dapat memberi saya semangat untuk menurunkan berat badan.
Saya berusaha untuk kawal kuantiti makanan yang saya ambil dan melakukan aktiviti yang membakar kalori. Sekarang, saya mengambil pil lecithin sebagai makanan tambahan. Lecithin dapat melarutkan lemak. Maka, ia dianggap dapat mengurangkan lemak didalam badan sekaligus dapat mengurangkan berat badan dan mengecilkan saiz badan. Walaubagaimanapun ada hujah perubatan yang menyatakan ia tidak membantu seseorang untuk mengurangkan lemak didalam badan. Selepas tiga bulan, saya akan lihat hasilnya sama ada ia berkesan atau tidak.
Harini saya berjogging 2 pusingan dan berjalan laju 2 pusingan di taman KLCC. Sebelum ni, saya mampu berjogging sehingga 4 ke 5 pusingan. Tetapi, harini saya sudah mengalah setelah menghabiskan 2 pusingan berjogging. Dari segi kepenatan tidak sangat, saya mengalah kerana kaki kiri saya terasa amat sakit. Maka, untuk mengelak kecederaan, saya hanya berjalan untuk pusingan ke3 dan ke4. Selalunya, saya akan pastikan saya berjogging sekurang-kurangnya selama 30minit.
Setiap kali saya berjogging, tangan kanan saya akan merasa kebas. Kenapa ya? Ada sesiapa yang tahu? Mungkin dari segi perubatan ke?

Berat Badan =P

Dulu masa darjah 6, saya gemuk tau. Mungkin dalam 60++ kg. Lepas saya masuk asrama penuh, berat saya mula turun. Berat terendah saya semasa akhir tingkatan 5 adalah 54kg. Sejak itu, berat saya sudah tidak turun-turun lagi. Malah, apabila masuk USM, berat saya bertambah semula sehingga mencecah 67kg. Pipi saya tembam. Baju banyak sangkut kat lengan sebab lengan membesar. Seluar pun banyak yang tak boleh dipakai sebab perut membuncit dan peha membesar.

Apabila saya mula bekerja, berat saya bertambah lagi kerana menghadiri pelbagai kursus di hotel. Sudah tentulah bertambah kerana makan di hotel tak ingat dunia. Makin lama bekerja, akhirnya saya dapat menurunkan perlahan-lahan berat badan saya. Saya melakukan senaman ringan dirumah. Sekarang, saya berjoging di Taman KLCC. Saya harap, saya dapat turunkan berat badan sehingga 54kg.

Dengan itu, saya akan "update" prestasi saya di blog ini. Doakan semoga saya berjaya. Jika tidak dapat turunkan berat pun, sekurang-kurangnya saya dapat kuruskan lengan saya yang mengeleber ini :-)

Selasa, 20 Oktober 2009

Lecithin

Ia melarutkan lemak.
Adakah ia membantu dalam proses mengecilkan saiz badan?

Isnin, 19 Oktober 2009

Kekasih Lama

Khamis minggu lepas, saya jumpa kekasih lama
Kebetulan dia mahu ke Pulau Pinang menghadiri kursus belia
Tiketnya pukul 11malam
Dia ambil keputusan untuk berjumpa dengan saya
Pada waktu itu, saya di bilik simulasi
Niatnya mahu abiskan sebanyak kerja yang boleh
Tapi dia pula datang
Saya waktu itu pun teruja nak jumpa dia
Sudah hampir setahun tak jumpa dia

Nak tahu sesuatu?
Muka dia ada iras Anndy Flopp Poppy

Bila jumpa,
kekasih lama saya nampak lain
Hitam sebab berjemur kat kebun setiap hari
Dan juga kurus
Gaya nya masih sama seperti dulu
Gaya yang memang saya suka sampai sekarang
Yang lainnya sekarang, dia suka menyakat saya

Kenapa saya dengan dia berpisah?
Saya ada buat salah dulu
Dan dia tak boleh terima
Dia pun ada buat salah juga dulu
Tapi saya ok saja
Manusia, memang tak lepas dari buat salah
Disebabkan kesalahan itu,
Cintanya terhadap saya pudar
Berakhir dengan dia bermain kayu tiga dibelakang saya

Sekarang,
Saya dan dia hanya kawan biasa
Walau saya masih cintakan dia
Saya simpan saja
Tak guna untuk saya mengharap lagi

Ya hari itu,
Saya dan dia tengok wayang, makan,
Dan bersembang macam-macam
Saya dan dia berpisah di Putra LRT
Saya menuju ke Taman Melati
Dia menuju ke Masjid Jamek
Selamat Tinggal Kekasih Lama

My First Ride

terus bawak my saga kat lebuh raya dari KL ke Ipoh
off course aniza ada sebelah =P
saya bawak laju jugak la
range dalam 100 to 140 km per hour
seyes tak sedar terbawak laju
aniza la yang duk warning bile dah laju sangat
saye notice, bile saya press minyak lebihje
torque naik sampai 6
no wonder minyak makan banyak
kene ubah cara pemanduan ni
untuk jimat minyak, kene maintain torque under 4 should be ok
klu under 3 lagi la bagus..
saya bagi minum my saga Shell Super 95
Klu tak jumpa Shell, saye bagi je Primax 95
Expected 1st service minggu depan
dah 700++ km dah my saga berjalan
Saye tinggalkan my saga kat kampung
Bagi ayah guna
Nanti aniza cuti sem, lehla bawa datang sini balik

Selasa, 13 Oktober 2009

WTC

Baru amek keta tadi
Proton Saga SE 1.3
Warna Putih
=)

Isnin, 12 Oktober 2009

Hari ini di pejabat Episod 1

I sit in front of pc in the cold simulation room almost 9 hours today.
Teefa said I'm workaholic
No, I'm not workaholic
I just want my work to finish on time
or maybe a little bit of workaholic perhaps?
Erm I don't know.
Yup, my eyes feel stressed and tired due to that

******************************************
"Ko nak yang mane?"
"Teacher ke Engineer?"
"Of coursela engineer"
"Nak yang cantik ke cute?"
"Nak dua-dua"
"Susahla nakAlign Center dapat dua-dua, salah satu je cantik or cute"
"zarith ni kan ade comel pun comel, tak payah nak cari jauh-jauh"
"Jiran mane boleh"

eh eh, nape pulak tiba-tiba nama aku pulak yang disebut2?

Itulah karenah budak2 bilik simulasi yang terlampau banyak sangat keje.
Tapi hakikatye, aku ada minat dua orang budak ofis aku.

**************************************************
"How was your work Zarith?"
"ok"
"Are you learning?"
"Yup of course I"m learning"

Tiba-tiba die tengok handset aku

"Girls always like to decorate things"
"How do you put that?"
"Open the back cover and put it"

Tak de mood nak layan team leader aku ni sebab mata dah pedih

p/s: itu sebabla blog ini adalah private =P

p/s lagi: my team leader is an iranian. Haruslah aku terkedek-kedek speaking

i'm excited!! =)

akan dapat kereta esok
wonder what is the plat number...
erm WTC _ _ _ _
i know i'm very excited
for the next few months or few years, there would be more entry about my car..
hehehe

Isnin, 5 Oktober 2009

blog=duit

saja-saja browse pasal Saga SE
termasukla satu blog ni
dia dapat 7000 ringgit hanya dengan berblog
aku nak blajarla macamane.

Khamis, 1 Oktober 2009

Life as it is

banyak mahu dikatakan
terlalu banyak sehingga terbang melayang semua yang ingin dikatakan
apa-apa yang masih tinggal, tidak melayang, akan kucoretkan kali ini
*************************************************
sekarang masih bulan raya
masih sempat kuucapkan lagi kata keramat ini bukan?
selamat hari raya sahabat-sahabat ku
maafkan segala kesalahan ku
maafkan segala kesalahan zahir dan kesalahan batinku terhadap semua
terima kasih sahabat-sahabatku yang memberi ucapan selamat melalui sms
maaf, satu mesej pun tidak ku balas
namun aku hargai semua ucapan kalian
selamat menghadiri rumah berbuka
selamat berpuasa nam
*********************************************************************
aku ingin belajar tentang kereta
aku mahu bila aku sudah punya kereta
aku tahu semua hal tentang keretaku
kenapa keretaku begini
kenapa keretaku begitu
sudah tentu aku kene mahir bawa kereta
tapi tanpa kereta, bagaimana mahu mahir bukan?
tak mengapa bila sudah berkereta,
tentunya perlahan-lahan aku akan mahir
sebulan lagi masa untuk dinanti
********************************************
kesunyian itu memeritkan
itu masih tidak mengapa
kesunyian itu bertambah perit
bila orang yang disayangi
orang yang dicintai
tidak mempedulikanmu
hendak dihubungi sukar
cobaan hubungan jauh
mungkin sepatutnya aku mengubah angin
tidak mengejar lagi cinta yang tidak pasti
tidak menggapai lagi masa depan yang samar
hati ku terlalu baik hingga ia memakan diriku
terlalu baik hingga tak mampu melukai orang lain
mungkin lebih sepatutnya aku lupakan segalanya
************************************************
selalu orang itu
ingin ceritakan segalanya kepadaku
ingin pendapat ku
apa yang sesuai untuk nya
ya aku melayan dengan bagus sekali
namun bila sebaliknya
orang itu seperti tidak mahu melayan
tidak mahu memberi pendapat
apa yang sesuai untuk ku
malah tinggalkan aku keseorangan membuat keputusan
sungguh aku kecewa
sungguh aku sedih
**************************************************

Rabu, 9 September 2009

fed up

i'm fed up with this ridiculous relationship
help me

Selasa, 18 Ogos 2009

Root Canal Treatment

semalam pegi klinik gigi dengan muni
kebetulan die ade appointment braces die
sajejela nak wat scaling and cek gusi
ble dentist cek, die ckp dua gigi depan aku dah mati
sebab tu gusi macam ade jerawat
bincang2 punye bincang dengan dentist tu
decide nak wat root canal for both teeth
sebab klu lambat buat,
lama-lama gigi akan darkening sbb dah takde saraf kat situ
the cost for root canal is rm350 per teeth
tak dapat la nak shopping duit bonus bulan ni

dentist tu drill 2 lubang kecik kat blakang gigi aku
suppose sakit ble drill tu, tapi aku tak rase ape2
(menunjukkan nerve aku kat situ dah tak berfungsi)
abis je drill, adela nanah kuar dgn bau nye yang tak best
pastu dentist tu bagi antibiotik and ponstans
lagi 4 hari kene pegi lagi untuk procedure seterusnye

balik je dari klinik
google pasal root canal ni
takut gak tengok procedure nye yang akan sakit
huhuhu wish me luck

Rabu, 12 Ogos 2009

lebih jauh

"klu tidak,
macam mane KITE nak gi lebih jauh kan?
betul tak?"

"nak gi jauh mane?
london ke?
bestnye gi sana"


senyap

"Back to school"

lega
kerana saya sudah dapat baju untuk dinner team building nanti
kat time square beli
pergi bersama ahya,as dan niza
nak tau baju ape?
kene tunggu entry seterusnya la ye =)

Ahad, 9 Ogos 2009

weekend shopping spree

mungkin sebab emosi tengah terumbang-ambing, aku rase nak shopping je kejenye
dunno bape banyak duit aku abis

let see:
Sabtu
--> Pegi sogo and masjid jamek ngan bal
--> dapat heels carlo rino (20% diskaun)
--> dapat sling bag polo (40% diskaun)
--> tergugat gak tengok baju2 and pants yang sangat la murah, but tak beli sebb aku nak kurus dlu sket lg. klu aku bli skang, kompem nanti dah kurus tak pakai
so wat sementara aku pakai la baju2 sedia ade yang dah semakin loose ni
--> bal dapat gak handbag polo (70% diskaun) and jeans. bal tergugat jugak nak beli wedges carlo rino, tapi memandang kan budget tak cukup, reserve untuk next gaji
--> kat masjid jamek, dapat 5 helai shawl yang cantik2

ahad
--> gi time square ngan bal
--> plan nak potong rambutje, tapi tak tau camne aku leh amek pakej wat rebond, treatment, cut and wash by profesional hairstylist kat michael&guys
--> td aku browse, banyak gak komplen pasal michael&guys ni
--> takpe tunggu dan lihat bape lame rambut baru aku boleh bertahan ni
--> g pun dapat 51% diskaun kat situ. sila ke www.mystyle.com.my

so angarkan la sendiri.

aku tau aku terlebih belanje nih. tapi aku notis satu, aku berbelanje je kejenye sebab aku nak lupakan satu perkara ni or shud i say seseorang yang membuatkan aku angau. hahaha. hasilnye, inilah yang terjadi. huhuhu
tapi lepas berbelanja pun stil tak dapat lupakan sorang ni
camne ek.
tak suka, tak suka, tak suka macam ni
esok klu sempat, aku updet entry ni ngan gambar

Selasa, 4 Ogos 2009

Kuih Raya untuk Dijual

my ofismet ade jual kuih raye
farhanna namenye
sape2 yang nak bli kuih raye dari die,
boleh tengook website ni
http://jasnorxclusive.blogspot.com/

=)

Isnin, 3 Ogos 2009

Sua Rasa and PC Fair

Sua Rasa
terserempak ngan ude kat booth upin ipin
mula2 aku ingat sape la minah ni yang duk lambai2 kat aku
bile aku tengok betul2, ude rupenye
sorry for not recognize you earlier
sbb mate ude dah kurang sepet hehehe

borong bli 4 helai selendang yang berharga rm10 setiap satu
tapi sebb bli 4, dapat harga RM35 sahaja =)
nyesal lak tak bli banyak lagi
sure akan dapat lagi murah

ayah nak wat celcom 1+5
main bulan2 bayar RM50
sub kene bayar RM5 bulan2
call and sms antara sub-sub dan main adalah free
call ke lain2 adalah 30 sen per minit
sms ke lain2 tak ingat pulak bape
jadi ayah jadi main
mak, aku, aniza and daus jadi sub

PC Fair at KLConvention Centre

sejak H1n1 merebak, ini 1st time aku pakai mask
sebab sudah tahu mesti akan bersesak2 gile
puas hati jugak sbb dapat apa yang nak

1) Transcend External Hardisk
~ shockproof, 2 year warranty, merah warnanye, ade button khas untuk save work
~ 320gig ~ offer price is RM250 but selepas tawar menawar, dapat harga RM243
~ jalan2 lagi terjumpa external yang sama yang berharga hanya RM239.. huhuhu
~ ade gak external 320 gig leh dapat dgn harga RM219, tapi tengok cm tak besh je

2) Digi Broadband
~ hanya coverage edge saje di kawasan umah aku, coverage 3G takde
~ tapi aku sign up je. ade trial untuk seminggu
~ nape? sebab coverage broadband seperate from coverage phone. jd expect coverage nye stable la. Maxis broadband memang sangat hampeh kat kawasan umah aku. Celcom broadband bagus kat tempat aku tp ntah tangan ni gatai nak try digi broadband hehe. Mungkin fobia sebab dulu pernah kene tipu dengan celcom ni. hihi
~ bayar RM100, dlm 7hari tak puas hati, pulangkan balik dapat balik RM90
~ if stay bulan2 bayar RM88. disebabkan aku dah bayar RM100. so the next month aku hanye perlu bayar lagi RM76
~ unlimited usage (yang ni lupa lak nak tanye sampai bile unlimited ussage ni, takpe guna and lihat je la hasilnye)
3) Speaker
~ dari gearbox
~harga RM29 ~ cute je
~ aniza blanja =)


yup, weekend yang best and memenatkan =)

Jumaat, 24 Julai 2009

Adakah itu hanya strategi bisness semata-mata? atau ...

strategi bisneskah?

apabila tolong bukakan pintu kereta

apabila tarik kerusi untuk saya duduk di kedai makan



strategi bisneskah?

apabila ajak ke downtown setelah selesai bisnes discussion

apabila ajak saya ke The Curve selepas selesai mengisi borang

apabila mahu tumpangkan saya ke kluang bila dia tahu saya mahu ke Kluang


strategi bisneskah?

apabila nak pegi jalan-jalan hubungi sahaja dia

atau .........

How ready are you?

how ready are you in facing the future
in facing the thing that you never experience
i feel helpless
i feel clueless what to do
should i follow all the sugestion that friends gave me?
should i research first when do something?

Selasa, 30 Jun 2009

Pengalaman bibir mengelupas, gatal, dan luka dan cara mengatasinya

aku betul nak kongsi pengalaman aku ni. jumpa doktor pun, doktor suggest suruh cari sendiri lip balm or ubat yang sesuai untuk pulihkan bibir aku. becos, org berbeza, effectnye berbeza.jadi here we go.

Bibir ku mula mengelupas dan gatal selepas habis kursus intergrated module tahun lepas. Ku ingatkan sebab lip gloss yang aku pakai. Mungkin lip gloss aku dah tercemar. Jadi, aku tak guna la lip gloss. Ganti pakai lip balm mase tu pakai lip balm avene. Langsung takde kesan. Aku bertukar pakai lip balm nuetrogena. Sama juga. Malah bibir aku jadi menggerutu. Tak tau nak wat pape. Akhirnye aku pakai ubat bibir wawa. Doktor bagi die. Ade dua, satu untuk pakai malam, satu untuk pakai siang. Mula2 ok pakai bibir tak jadi gatal. Tapi kene pakai tiap2 hari. Klu tak pakai, bibir jadi teruk balik. Tambah bila pakai krim siang tu, bibir yang mengelupas tu, senang je nak dikelupaskan (?) hehehe. Disebabkan itu. Bibir aku tiap2 hari mengelupas. Pastu aku pakai pulak Lip treatment body shop yang ade aloe vera. Betul die melembabkan bibir. Jadi bibir tak pedih. Tapi kulit yang mengelupas kat bibir jadi keras. Rase geram, nak tarik2 je kulit keras tu. Yang akhirnya menyebabkan bibir aku bukan setakat mengelupas dan gatal, malahan jadi pedih n luka. Jumpa doktor, doktor suruh cari sendiri produk yang sesuai, sebab lain orang, lain effeknye. Doktor ade bagi vitamin B and C untuk dimakan. aku makan dalam 2minggu, bibir aku dah kurang mengelupas. sikit2 je mengelupas. tapi aku perasan badan aku mengembang (tak boleh jadi ni, penat aku berusaha nak kurus). jadi aku stop makan vitamin. jadi bibir aku kembali mengelupas, gatal and luka berdarah. Kemudian aku try satu produk ni, cocoa collagen power plus. Sejenis minuman perasa capucino. Tujuan utama minum ni sebenarnye untuk kurangkan rambut gugur(juga merupakan masalah aku). Tapi selepas seminggu aku minum cocoa collagen ni. Bibir aku dah tak mengelupas, gatal dan luka dah. Malah dah licin kembali. Thank god. Skang aku tak perlu pakai lip balm sudah. Bila aku teringat baru aku pakai vaselin lip treatment. Aku cari lip treatment ni kat farmasi, dah takde dah. Sukanye, setelah hampir setahun aku bergelumang dengan bibir mengelupas, gatal,luka berdarah. Akhirnya aku berjaya memulihkan bibir aku.

Nota kaki:cocoa collagen power plus a.k.a ccpp selain bibir aku dah pulih, rambut aku pun dah kurang gugur, n tak rase penat sampai ke malam (selalu kul 9 malam aku dah ngantuk, tapi sejak minum ni, kul 11 pun tak ngantuk gi. Which is good untuk sape2 yang dah kawin? Hahahaha. Peace sume
Nota kaki lagi:CCPP hanya untuk wanita. laki tak leh minum. tak pasal2 benda lain lak naik.

kurang ajar - i do take revenge

“Jom parking sini along”. Dah elok-elok parking, tetiba sorang Rela ni bagi isyarat takleh parking kat situ. Ok takpela. So along pun kuarla balik dari parking tu. Then tengok kereta depan masuk dalam.so decide nak masuk dalam gak. Elok je belok, tetiba sorang lagi rela duk ketuk tingkap keta. Kuat a gak die ketuk. Obviously takleh nak react dgn cepat nak berhentikan kete. Elok berhenti kete, along pun buka tingkap tanye ”awat?”.
Rela tu jawab ”ape awat2?”. Along jawab balik ”takkan nak tanye awat pun salah?”. Rela tu marah pulak along. Along bengang terus tutup tingkap, undur kereta, belok, cari parking lain. Mase belok kereta along saja langgar rela tu. Tapi obviously pelan2. rela tu melompat gakla. Siap kate along kurang ajar. Org yang duduk kat situ pun mengiakan je. Padahal die tak dengar percakapan rela tu dgn along. Mak aku yang dah turun dlu dari kete ckp kuat2 ”kereta lain apasal boleh masuk”. Terdiam orang kat sekeliling tu.

Persoalannya disini:
1) Tak boleh kah along bertanya? Rela tu terus nak tengking kakak aku. Aku yang ade dalam keta tu pun naik bengang. Orang tanye elok-elok, jawabla cara elok. Klu tak boleh masuk dalam pun, cakap jela elok2. kakak aku memang jenis klu org dah kurang ajar ngan die, die akan kuang ajar balik ngan org tu. Tak kira a tua ke muda. Terkejut rela tu. Ingat sume pompuan dalam keta tu , die leh wat suka ati je. Dah tau org nak gerak kereta tu, ke tepila. Padan muka. Rela tu siap report kat polis trafik yg jaga kat situ gak. Polis trafik tu pun wat bodoh je. Malas nak layan
2) Tak bolehkah kitorang parking kereta kat dalam. Selepas kitorang parking keta kat luar (lebih kurang 200meter dari pintu masuk a.k.a tempat kejadian), tengok-tengok banyak je kereta lain yang masuk dalam. Rela tu langsung tak jaga. Lagi bengang la rase. Nak kate die khaskan untuk orang tua, or yang bawa budak2 je boleh masuk dalam, tak jugak. Ade je kereta yang sume muda2 masuk dalam tu. Pilih kete ye pakcik rela ni. Taula kete kitorang buruk. Takpe takpe. Baru jadi Rela dah nak berlagak lebih. Dah tau ”rela”, buatla kerja secara ikhlas

Peristiwa ini terjadi semasa AgroFest di Sungai Siput. Every year aku pegi event ni. Best. Tapi this year tak best, sebab rasa bengang, nak jalan2 pun tak semangat.

Moral of the story: jangan kurang ajar dengan kakak aku n aku, once kurang ajar, kakak aku n aku will take revenge. Kurang ajar balik. Which is sangat bertentangan ngan ayah aku. Time tu kakak aku nak gi je balik kat rela tu nak tanye sakitke kene langgar? Or knape kereta lain boleh masuk? Tapi ayah aku tak bagi even ayah aku polis. Ketua polis balai dekat2 area situ. Sib baik ayah aku ada time tu. Klu tak, kakak aku dah gi jumpa rela tu.

Ahad, 7 Jun 2009

Why?

why it is so hard to forget my 1st love??

Khamis, 21 Mei 2009

Interrelated

Sekarang aku sedar aku jenis keras kepala
So bear with me ok
Sekarang aku pun sedar org suka buat aku tak tahu pasal sesuatu
Tetapi sebaliknya aku tahu.. tak suka.
Nampak macam aku bodoh pulak
Yes this two memang berkaitan
Aku keras kepala bila aku tau aku betul.

Mental Block

Kenapa ada org rase sume org same je
Menganggap zaman skang ni ade perkara yang dulu dianggap penting, sudah tak dianggap penting lagi skang
Sangat mental block org ni

Rabu, 22 April 2009

It is now only tawakal

when you have no power to change the things
when you have no access to make it happen
when you have tried very hard
what you only can do is tawakal

now let time define it for me
if there are still light from me
the 'that' will not be seperated from me

Jumaat, 3 April 2009

chopper crash

tadi baca paper the sun
ade lagi chopper crash kat north sea
1-2 bulan lepas pun ade chopper crash kat north sea
dua2 dalam perjalanan pulang dari rig
yang first crash tu sume orang slamat
yang baru crash ni expected sume mati
now diorang tgh cari lagi 8 orang
yang crash ni chopper super puma

huhuhu
menakutkan btul

Khamis, 12 Mac 2009

Angsi

Saya baru sahaja pulang dari Platform Angsi. Jikalau saya kelapangan nanti, saya 'update' kat sini ye. Sekarang ini pun kepala masih rasa pening. Jalan pun terhuyung hayang lagi..

daaa...

Rabu, 4 Mac 2009

PGCE 2009

Pengalaman baru bagi aku dalam PGCE. Sebelum ni, aku pernah pergi sekali je PGCE mase aku 2nd year kat USM. Masa tu, PGCE buat kat Hotel Istana and time tu jugak aku tengah internship kat Orogenic tak silap. Pengalaman yang aku takleh lupa masa tu adalah bila muka aku bengkak-bengkak, mata merah, mulut aku rasa semacam dan aku muntah-muntah. Ini terjadi selepas selesai makan tengahari kat Hotel Istana tu. Rupa-rupanya aku alah dengan udang harimau. Nasib baikla Mima ade ubat alergik, dapat la kurangkan rase badan taks edap.

Dulu aku datang atas tiket student. Skang aku datang atas tiket sub-commitee under registration. Pijan and Farez yang jadi ketua untuk ini. Ape yang aku blaja masani? Aku dapat tangani pelbagai jenis orang dari pelbagai jenis negara. Ade yang baik, ade yang kurang ajar. Ada seorang mat saleh ni dari Syarikat **r*****. Namanya takde dalam daftar nama. Bila bagitau nama dia takde dalam sistem, dia kata "what a shame!" Lepas tu suruh die kontek kawan dia yang kat dalam dewan pameran untuk keluar bawa pas teknikal. Lepastu boleh pulak die kata "do you cannot walk?" yang bermaksud memerli kami kerana tidak boleh bawa dia masuk ke dewan. Disebabkan malas nak cari gaduh, maka kami pun bawa la dia masuk.

Lagi satu kes, mat salleh jugak. Aku cek nama die dalam sistem takde. jadi aku buat baru nama dia atas tiket visitor. Bila mat saleh ni dah blah, aku cek nama die balik, rupanya ada. Aku salah eja nama die. Sebab tu nama die tak kuar dalam sistem. Aku dah rasa bersalah gile. Dahla die CEO and die dah bayar rm750 untuk ogce tapi hanya dapat masuk exhibition je. Lepas kontek beberapa OC, Kak Ita dan Ahya tolong buat pengumuman panggil mat saleh tu untuk dapat kan pas deligate untuk die.

Aku memang tak sempat langsung nak dengar talk. Dr Zuhar pun ade present paper. Sempat jalan kejap je kat pameran dan dapat jugakla cenderahati.

Kesimpulannya, best memang best. Lepas habis PGCE semua orang bergembira dengan menyambutnya kat RedBox Pavilion. Karaoke. Bos-bos pun sume ade. Ini pun pertama kali pergi RedBox. Memang macam best sangat tempat ni. Tak macam tempat karaoke lain.

Ahad, 1 Mac 2009

Bila Tiada Duit

bila tiada duit
terasa kepala nak pecah je
nak pinjam orang pun orang tak bagi
terus air mata ini meleleh
mengenang kenapala aku ni baik sangat

mungkin bila tiada duit
dapat belajar kesusahan ibu bapa dulu
dapat lebih berjimat cermat
dapat lebih merancang perbelanjaan

banyak yang perit bila tiada duit
sebab kau akan sendirian

Isnin, 16 Februari 2009

Apa yang tersirat semuanya sudah tersurat

nota kepala: warning, sape yang tak suke berjiwang karat karat. jangan baca entry ni. nanti korang nak termuntah

patutla kau berkata
itu adalah balasan untuk dirikau
apabila cinta kau tidak di balas olehnya
itu menjadi pengajaran bagi diri kau
kerana mempermainkanku
kerana menipuku

benar aku juga bersalah
kesalahan yang menyebabkan kau tidak mencintaiku lagi
tetapi aku jujur aku ceritakan segala kesalahan yang ku lakukan

baru aku sedar diri ku bukan apa2 bagi kau
selepas kesalahan yang ku lakukan
aku hanyalah mainan bagi kau

nasib baik perkara tersirat itu tersurat
supaya aku tak perlu terus bodoh menangis
mengingati kenangan bersama

Jumaat, 13 Februari 2009

Dekorasi Tingkap

ini adalah deco tingkap ku yang lama.. sangat suka warnanya yang sweet purple and pink.
purple itu ade corak bunga rose yang cantik.

ini adalah deco tingkap ku yang baru. maroon n orange. nampak sungguh bertenaga
warna oren itu ade urat2 warna gold and warna maroon ade glitter warna gold jugak

semuanya harus berubah termasuk deco bilikku untuk melupakan cinta lama

ape jadi dengan perak?

dulu, mak kata skang najib yang jaga perak
pastu terus perak dapat kat bn
tadi, mak kata sume sultan turun perak
murka?
si nizar nak perbodohkan diri buat ape
lepaskan sume, pastu nak saman ke, nak memberontak ke, buatla

tapi itu sume aku tak kisah
yang aku kisah, sebab perang kat perak ni
ayah aku tak boleh pegi mana2
kene stand by 247
takut tiba2 ade orang wat rusuhan
ceh

Khamis, 12 Februari 2009

Kisah Dahulu Kala #1

Jiran depan rumah saya, selalu adakan majlis hari jadi anak dia. Seperti biasa, emaknya akan menjemput anak-anak jiran. Pada salah satu majlis hari jadi anak dia, Aniza dan Firdaus dijemput sama menghadiri majlis itu. Aniza dan Firdaus mempunyai badan yang gemuk. Senang bahasa obesity. Masa mahu mengambil makanan, emak yang anaknya menyambut hari jadi itu berkata kepada Aniza dan Firdaus, “Kamu berdua takleh makan, nanti habis makanan. Korang dah cukup makan dah”. Semua budak-budak di majlis itu gelakkan mereka. Maka Aniza dan Firdaus sangatla berkecil hati dan tidak makan langsung pada majlis hari jadi itu.

Bertahun-tahun berlalu,

Aku yang jarang balik ke rumah ini, amatla tertanya-tanya, siapakah perempuan yang sangat gemuk yang berada dihadapan rumah jiran aku itu? Selepas ditanya kepada Aniza, itulah budak yang mengadakan hari jadi dahulu kala yang emaknya telah mengutuk Aniza dan Firdaus. Budak itu adalah sangat gemuk. Lebih gemuk dari Aniza. Itulah akibatnya suka mengutuk anak orang. Akhirnya terkena tulah Aniza, anak dia pulak yang sangat gemuk.

Sekian sudah cerita dahulu kala
** Ini adalah kisah benar. Aniza dan Firdaus adalah merupakan adik-adikku =)

Selasa, 20 Januari 2009

Perfume 101: Why same perfume smell different on different people?

currently i have four perfume.
1) Nina by Nina Ricci
2) CK in2u by CK
3) L'autumnal by Ed Pinaud
4) Rose by Avon

When I wear those perfume, i wonder why the smell change, why it smell different for different people. So, I do some research. And this is what I found.

Why does the same perfume smell different on different people?Skin absorbs some of the fragrance chemical. How much is absorb and which chemicals are depends on your skin’s oil content and acid balance, as well as the presence of hormones. Each one of us has unique skin chemistry. So each person’s skin absorbs different components of the perfume. A different mixture of volatiles wafts from each person – so the same perfume smells differently on different people. –adapted from Earth & Sky

What is top notes, middle notes and base notes?
Top notes: The scents that are perceived immediately on application of a perfume. Top notes consist of small, light molecules that evaporate quickly. They form a person's initial impression of a perfume and thus are very important in the selling of a perfume. Also called the head notes.

Middle notes: The scent of a perfume that emerges just prior to when the top notes dissipate. The middle note compounds form the "heart" or main body of a perfume and act to mask the often unpleasant initial impression of base notes, which become more pleasant with time. They are also called the "heart notes".

Base notes: The scent of a perfume that appears close to the departure of the middle notes. The base and middle notes together are the main theme of a perfume. Base notes bring depth and solidity to a perfume. Compounds of this class of scents are typically rich and "deep" and are usually not perceived until 30 minutes after application.
-adapted from wikipedia

I try to find connection between perfume and blood type. But could not find one. As i believe, different blood type have different chemical.
Anyway next time when you want to buy a perfume, spray it to your wrist and walk around for one hour to make sure whether the perfume really suit you or not. Whether you like the base note or not..

Sabtu, 17 Januari 2009

What People Think

I don’t care what people say about me
I don’t care if they don’t like me

It’s my life and it’s me, myself
I’m improving myself in my own way
Changing my way of life
Yes it’s difficult to change
It can be worsen
It can be better

Yes, I’m fed up what they had said about me
Become addicted to sadness
Yes, I don’t care anymore

Jumaat, 9 Januari 2009

Lembab

adoii.. lembabnye conection kat sini
taubat taknak datang dah sini
bazir duit 2 ringgit aku

Rabu, 7 Januari 2009

Break Up kene saman

apakah?? suka hati je nak saman. klu korang, korang saman tak x-tunang korang?

morning semua!!

Selasa, 6 Januari 2009

Finally

Dapat jugak aku bukak blogspot ni. setelah sekian lame di block. huhuhu
Azam baru hijrah aku
nak perbanyakkan amalan akhirat
Azam Baru masihi aku
nak minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
Selamat Tahun Baru Semua
#
#
#
#
#
#
#
betul kah susah untuk melupakan cinta pertama?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...