Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 12 Februari 2009

Kisah Dahulu Kala #1

Jiran depan rumah saya, selalu adakan majlis hari jadi anak dia. Seperti biasa, emaknya akan menjemput anak-anak jiran. Pada salah satu majlis hari jadi anak dia, Aniza dan Firdaus dijemput sama menghadiri majlis itu. Aniza dan Firdaus mempunyai badan yang gemuk. Senang bahasa obesity. Masa mahu mengambil makanan, emak yang anaknya menyambut hari jadi itu berkata kepada Aniza dan Firdaus, “Kamu berdua takleh makan, nanti habis makanan. Korang dah cukup makan dah”. Semua budak-budak di majlis itu gelakkan mereka. Maka Aniza dan Firdaus sangatla berkecil hati dan tidak makan langsung pada majlis hari jadi itu.

Bertahun-tahun berlalu,

Aku yang jarang balik ke rumah ini, amatla tertanya-tanya, siapakah perempuan yang sangat gemuk yang berada dihadapan rumah jiran aku itu? Selepas ditanya kepada Aniza, itulah budak yang mengadakan hari jadi dahulu kala yang emaknya telah mengutuk Aniza dan Firdaus. Budak itu adalah sangat gemuk. Lebih gemuk dari Aniza. Itulah akibatnya suka mengutuk anak orang. Akhirnya terkena tulah Aniza, anak dia pulak yang sangat gemuk.

Sekian sudah cerita dahulu kala
** Ini adalah kisah benar. Aniza dan Firdaus adalah merupakan adik-adikku =)

1 ulasan:

  1. what goes around, comes around
    aku pn dah mula takut ngan kata2
    na'uzubillah

    pengajaran!
    huhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...