Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 30 Jun 2009

Pengalaman bibir mengelupas, gatal, dan luka dan cara mengatasinya

aku betul nak kongsi pengalaman aku ni. jumpa doktor pun, doktor suggest suruh cari sendiri lip balm or ubat yang sesuai untuk pulihkan bibir aku. becos, org berbeza, effectnye berbeza.jadi here we go.

Bibir ku mula mengelupas dan gatal selepas habis kursus intergrated module tahun lepas. Ku ingatkan sebab lip gloss yang aku pakai. Mungkin lip gloss aku dah tercemar. Jadi, aku tak guna la lip gloss. Ganti pakai lip balm mase tu pakai lip balm avene. Langsung takde kesan. Aku bertukar pakai lip balm nuetrogena. Sama juga. Malah bibir aku jadi menggerutu. Tak tau nak wat pape. Akhirnye aku pakai ubat bibir wawa. Doktor bagi die. Ade dua, satu untuk pakai malam, satu untuk pakai siang. Mula2 ok pakai bibir tak jadi gatal. Tapi kene pakai tiap2 hari. Klu tak pakai, bibir jadi teruk balik. Tambah bila pakai krim siang tu, bibir yang mengelupas tu, senang je nak dikelupaskan (?) hehehe. Disebabkan itu. Bibir aku tiap2 hari mengelupas. Pastu aku pakai pulak Lip treatment body shop yang ade aloe vera. Betul die melembabkan bibir. Jadi bibir tak pedih. Tapi kulit yang mengelupas kat bibir jadi keras. Rase geram, nak tarik2 je kulit keras tu. Yang akhirnya menyebabkan bibir aku bukan setakat mengelupas dan gatal, malahan jadi pedih n luka. Jumpa doktor, doktor suruh cari sendiri produk yang sesuai, sebab lain orang, lain effeknye. Doktor ade bagi vitamin B and C untuk dimakan. aku makan dalam 2minggu, bibir aku dah kurang mengelupas. sikit2 je mengelupas. tapi aku perasan badan aku mengembang (tak boleh jadi ni, penat aku berusaha nak kurus). jadi aku stop makan vitamin. jadi bibir aku kembali mengelupas, gatal and luka berdarah. Kemudian aku try satu produk ni, cocoa collagen power plus. Sejenis minuman perasa capucino. Tujuan utama minum ni sebenarnye untuk kurangkan rambut gugur(juga merupakan masalah aku). Tapi selepas seminggu aku minum cocoa collagen ni. Bibir aku dah tak mengelupas, gatal dan luka dah. Malah dah licin kembali. Thank god. Skang aku tak perlu pakai lip balm sudah. Bila aku teringat baru aku pakai vaselin lip treatment. Aku cari lip treatment ni kat farmasi, dah takde dah. Sukanye, setelah hampir setahun aku bergelumang dengan bibir mengelupas, gatal,luka berdarah. Akhirnya aku berjaya memulihkan bibir aku.

Nota kaki:cocoa collagen power plus a.k.a ccpp selain bibir aku dah pulih, rambut aku pun dah kurang gugur, n tak rase penat sampai ke malam (selalu kul 9 malam aku dah ngantuk, tapi sejak minum ni, kul 11 pun tak ngantuk gi. Which is good untuk sape2 yang dah kawin? Hahahaha. Peace sume
Nota kaki lagi:CCPP hanya untuk wanita. laki tak leh minum. tak pasal2 benda lain lak naik.

1 ulasan:

  1. wah....aku pun penah jadi bibir mengelupas kat usm dulu.masa 3rd year tak silap aku...memang teruk..siap gok kata kat aku akibat soka 'kata' kat org which i thing kadang2 btol gak...hahahah..(after beli byk lipbalm yg mahal2 konon2 leh lempab la panama la....)aku pun amik ubat creme gak.kalo pakai ok sket,kalo xpakai jadi teruk balik..aku pun tak hengat mcmana aku leh baik tp dalam 2-3bulan lepas tu oke balik...(mungkin aku da stop 'kata' kat org kott...hahaha.... sungguh senang ati sbb bibir kita da ok!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...