Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 30 Jun 2009

kurang ajar - i do take revenge

“Jom parking sini along”. Dah elok-elok parking, tetiba sorang Rela ni bagi isyarat takleh parking kat situ. Ok takpela. So along pun kuarla balik dari parking tu. Then tengok kereta depan masuk dalam.so decide nak masuk dalam gak. Elok je belok, tetiba sorang lagi rela duk ketuk tingkap keta. Kuat a gak die ketuk. Obviously takleh nak react dgn cepat nak berhentikan kete. Elok berhenti kete, along pun buka tingkap tanye ”awat?”.
Rela tu jawab ”ape awat2?”. Along jawab balik ”takkan nak tanye awat pun salah?”. Rela tu marah pulak along. Along bengang terus tutup tingkap, undur kereta, belok, cari parking lain. Mase belok kereta along saja langgar rela tu. Tapi obviously pelan2. rela tu melompat gakla. Siap kate along kurang ajar. Org yang duduk kat situ pun mengiakan je. Padahal die tak dengar percakapan rela tu dgn along. Mak aku yang dah turun dlu dari kete ckp kuat2 ”kereta lain apasal boleh masuk”. Terdiam orang kat sekeliling tu.

Persoalannya disini:
1) Tak boleh kah along bertanya? Rela tu terus nak tengking kakak aku. Aku yang ade dalam keta tu pun naik bengang. Orang tanye elok-elok, jawabla cara elok. Klu tak boleh masuk dalam pun, cakap jela elok2. kakak aku memang jenis klu org dah kurang ajar ngan die, die akan kuang ajar balik ngan org tu. Tak kira a tua ke muda. Terkejut rela tu. Ingat sume pompuan dalam keta tu , die leh wat suka ati je. Dah tau org nak gerak kereta tu, ke tepila. Padan muka. Rela tu siap report kat polis trafik yg jaga kat situ gak. Polis trafik tu pun wat bodoh je. Malas nak layan
2) Tak bolehkah kitorang parking kereta kat dalam. Selepas kitorang parking keta kat luar (lebih kurang 200meter dari pintu masuk a.k.a tempat kejadian), tengok-tengok banyak je kereta lain yang masuk dalam. Rela tu langsung tak jaga. Lagi bengang la rase. Nak kate die khaskan untuk orang tua, or yang bawa budak2 je boleh masuk dalam, tak jugak. Ade je kereta yang sume muda2 masuk dalam tu. Pilih kete ye pakcik rela ni. Taula kete kitorang buruk. Takpe takpe. Baru jadi Rela dah nak berlagak lebih. Dah tau ”rela”, buatla kerja secara ikhlas

Peristiwa ini terjadi semasa AgroFest di Sungai Siput. Every year aku pegi event ni. Best. Tapi this year tak best, sebab rasa bengang, nak jalan2 pun tak semangat.

Moral of the story: jangan kurang ajar dengan kakak aku n aku, once kurang ajar, kakak aku n aku will take revenge. Kurang ajar balik. Which is sangat bertentangan ngan ayah aku. Time tu kakak aku nak gi je balik kat rela tu nak tanye sakitke kene langgar? Or knape kereta lain boleh masuk? Tapi ayah aku tak bagi even ayah aku polis. Ketua polis balai dekat2 area situ. Sib baik ayah aku ada time tu. Klu tak, kakak aku dah gi jumpa rela tu.

1 ulasan:

  1. aku pun macam tu gak....(kadang2 aku rasa mcm share tagline dr.khir plak) - urespect me,i respect u, what goes around come around, bla bla bla...mcm2 lagik..hahha!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...