Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 19 Oktober 2009

Kekasih Lama

Khamis minggu lepas, saya jumpa kekasih lama
Kebetulan dia mahu ke Pulau Pinang menghadiri kursus belia
Tiketnya pukul 11malam
Dia ambil keputusan untuk berjumpa dengan saya
Pada waktu itu, saya di bilik simulasi
Niatnya mahu abiskan sebanyak kerja yang boleh
Tapi dia pula datang
Saya waktu itu pun teruja nak jumpa dia
Sudah hampir setahun tak jumpa dia

Nak tahu sesuatu?
Muka dia ada iras Anndy Flopp Poppy

Bila jumpa,
kekasih lama saya nampak lain
Hitam sebab berjemur kat kebun setiap hari
Dan juga kurus
Gaya nya masih sama seperti dulu
Gaya yang memang saya suka sampai sekarang
Yang lainnya sekarang, dia suka menyakat saya

Kenapa saya dengan dia berpisah?
Saya ada buat salah dulu
Dan dia tak boleh terima
Dia pun ada buat salah juga dulu
Tapi saya ok saja
Manusia, memang tak lepas dari buat salah
Disebabkan kesalahan itu,
Cintanya terhadap saya pudar
Berakhir dengan dia bermain kayu tiga dibelakang saya

Sekarang,
Saya dan dia hanya kawan biasa
Walau saya masih cintakan dia
Saya simpan saja
Tak guna untuk saya mengharap lagi

Ya hari itu,
Saya dan dia tengok wayang, makan,
Dan bersembang macam-macam
Saya dan dia berpisah di Putra LRT
Saya menuju ke Taman Melati
Dia menuju ke Masjid Jamek
Selamat Tinggal Kekasih Lama

3 ulasan:

  1. isk..jgn diingat lagi..
    once he cheated, he'll always cheat..u deserve better.

    BalasPadam
  2. betul cakap teefa.
    aku tak bole kawan ngan ex aku, tapi penah cube.
    skrg gf dia yg nak kawan ngan aku.
    gf dia skrg lah penyebab nye.
    demit.

    BalasPadam
  3. uit
    teefa: ntah, susah gak kan nak lupakan 1st love. hihihi.. tapi dont worry. i deserve better..
    chuna: ape kes gf die nak kwan dengan ko?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...