Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 10 Disember 2009

Saga SE saya, Bekerja dan Berniaga

Banyak perkara berlaku.. Tetapi mood yang tidak ada membantutkan saya meng'update' blog ini. Baru sekarang saya terasa mahu meng'update' blog saya ini

Saga SE sayaSetelah dua bulan saya membeli kereta, setelah sentiasa ada Aniza disebelah semasa saya memandu, akhirnya saya memandu Saga saya dari Ipoh ke Taman Melati seorang diri. Memang agak bosan memandu seorang diri. Ini membuatkan saya memandu dengan agak laju. Saya memandu antara 100 ke 140km/j dengan torque tidak melebihi 5 rpm. Bila saya bosan memandu laju, saya memperlahankan Saga saya. Penggunaan minyak? Dari indikator minyak, turun sebanyak 3 bar yang saya rasakan agak banyak penggunaannya. Tetapi dari apa yang saya baca di forum, itu adalah perkara biasa bagi kereta Saga baru. Ada juga yang mengatakan jika penggunaan minyak seperti air yang mengalir, kemungkinan besar ada kerosakan pada IAFM. Tetapi saya tidak tahu baaimana mahu mengesan jika ada kerosakan padanya. Alhamdulillah saya selamat sampai walau ada satu insiden yang menyebabkan saya cuak. Sedang saya memandu di belakang sebuah lori, lori itu mengubah ke laluan sebelah kanan. Saya terkejut apabila terdapat kereta yang berhenti dihadapan saya. Nasib baik saya dapat mengawal Saga saya. Setelah mula membawa kereta, saya mula mahir mengawal Saga saya cuma tinggal saya masih kurang mahir untuk parking.

Bekerja dan Berniaga
Sejak akhir-akhir ini, saya tiada semangat untuk bekerja. Saya makin berputus asa untuk meneruskan kerja saya. Kerja yang berpatah balik ini sangat memenatkan hati. Lagi-lagi bila date due sudah terlepas. Betul saya rasa sangat stress. Ada satu minggu tu, tiap-tiap hari saya datang lambat ke pejabat. Paling awal saya sampai pejabat minggu itu adalah pukul 8.30 pagi dan paling lambat saya datang pada minggu itu adalah pukul 9.30 pagi. Apabila bersedia untuk buat kerja, orang yang perlu membantu saya pula buat hal lain. Lagi rasa stress bila timbul satu masalah dalam kerja itu, akhirnya saya sendiri juga yang menemui penyelesaiannya. Mungkin saya tidak perlu pertolongan orang luar. Orang dalam pun sudah cukup. Buat apa bayar orang luar sampai berganda-ganda, tapi akhirnya saya sendiri yang menyelesaikan masalah, saya sendiri yang buat kerja.

Disebabkan hal-hal itu, saya mula mencari kerja lain,saya mula buka laman web SPA melihat-lihat jawatan apa yang sesuai dengan kelulusan saya. Disamping itu, saya mula rasa ingin berniaga. Sekarang saya dapat produk yang boleh saya jual. Harap-harap, berjayalah saya untuk berniaga. Saya menjual sejenis minuman yang dikenali sebagai Coco Colagen Power Plus (CCPP). Saya berani menjualnya kerana saya pernah minum CCPP ini. Rasanya seperti Capucino. Sedap. Saya dapat rasa beberapa perubahan setelah saya mengambil CCPP ni. Bibir saya yang sebelum ini merekah teruk dan pedih-pedih sudah sembuh, rambut saya yang banyak gugur dulu, sudah kurang gugur, kuku saya tumbuh dengan cantik dan yang paling saya suka saya mudah membuang pada waktu pagi yang menyebabkan perut saya mengempis. Ada juga testimoni yang saya baca mengatakan jerawat mereka mengecut, payudara jadi mantap, berat badan turun, tumit kaki yang pecah sembuh dan kulit jadi cantik. Ya memang ada produk colagen yang lain tetapi agak mahal. CCPP ni murah dan orang mampu beli. Harga jualan untuk satu set CCPP(stok untuk sebulan) hanya berharga RM59.90. Tetapi sempena saya baru mula berniaga, saya ingin menjual dengan harga RM50. Sudah pasti jika anda beli banyak, bolehla saya bagi murah sikit. Jadi silalah promote pada kawan-kawan untuk mencuba produk ini. Entri yang seterusnya, saya akan beri butiran mengenai produk ini. Silalah support saya ya kawan-kawan. Jika bisnes saya berjalan dengan lancar, saya akan convert blog saya yang lagi satu menjadi blogshop.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...