Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 16 Februari 2009

Apa yang tersirat semuanya sudah tersurat

nota kepala: warning, sape yang tak suke berjiwang karat karat. jangan baca entry ni. nanti korang nak termuntah

patutla kau berkata
itu adalah balasan untuk dirikau
apabila cinta kau tidak di balas olehnya
itu menjadi pengajaran bagi diri kau
kerana mempermainkanku
kerana menipuku

benar aku juga bersalah
kesalahan yang menyebabkan kau tidak mencintaiku lagi
tetapi aku jujur aku ceritakan segala kesalahan yang ku lakukan

baru aku sedar diri ku bukan apa2 bagi kau
selepas kesalahan yang ku lakukan
aku hanyalah mainan bagi kau

nasib baik perkara tersirat itu tersurat
supaya aku tak perlu terus bodoh menangis
mengingati kenangan bersama

Jumaat, 13 Februari 2009

Dekorasi Tingkap

ini adalah deco tingkap ku yang lama.. sangat suka warnanya yang sweet purple and pink.
purple itu ade corak bunga rose yang cantik.

ini adalah deco tingkap ku yang baru. maroon n orange. nampak sungguh bertenaga
warna oren itu ade urat2 warna gold and warna maroon ade glitter warna gold jugak

semuanya harus berubah termasuk deco bilikku untuk melupakan cinta lama

ape jadi dengan perak?

dulu, mak kata skang najib yang jaga perak
pastu terus perak dapat kat bn
tadi, mak kata sume sultan turun perak
murka?
si nizar nak perbodohkan diri buat ape
lepaskan sume, pastu nak saman ke, nak memberontak ke, buatla

tapi itu sume aku tak kisah
yang aku kisah, sebab perang kat perak ni
ayah aku tak boleh pegi mana2
kene stand by 247
takut tiba2 ade orang wat rusuhan
ceh

Khamis, 12 Februari 2009

Kisah Dahulu Kala #1

Jiran depan rumah saya, selalu adakan majlis hari jadi anak dia. Seperti biasa, emaknya akan menjemput anak-anak jiran. Pada salah satu majlis hari jadi anak dia, Aniza dan Firdaus dijemput sama menghadiri majlis itu. Aniza dan Firdaus mempunyai badan yang gemuk. Senang bahasa obesity. Masa mahu mengambil makanan, emak yang anaknya menyambut hari jadi itu berkata kepada Aniza dan Firdaus, “Kamu berdua takleh makan, nanti habis makanan. Korang dah cukup makan dah”. Semua budak-budak di majlis itu gelakkan mereka. Maka Aniza dan Firdaus sangatla berkecil hati dan tidak makan langsung pada majlis hari jadi itu.

Bertahun-tahun berlalu,

Aku yang jarang balik ke rumah ini, amatla tertanya-tanya, siapakah perempuan yang sangat gemuk yang berada dihadapan rumah jiran aku itu? Selepas ditanya kepada Aniza, itulah budak yang mengadakan hari jadi dahulu kala yang emaknya telah mengutuk Aniza dan Firdaus. Budak itu adalah sangat gemuk. Lebih gemuk dari Aniza. Itulah akibatnya suka mengutuk anak orang. Akhirnya terkena tulah Aniza, anak dia pulak yang sangat gemuk.

Sekian sudah cerita dahulu kala
** Ini adalah kisah benar. Aniza dan Firdaus adalah merupakan adik-adikku =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...