Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 12 Mac 2009

Angsi

Saya baru sahaja pulang dari Platform Angsi. Jikalau saya kelapangan nanti, saya 'update' kat sini ye. Sekarang ini pun kepala masih rasa pening. Jalan pun terhuyung hayang lagi..

daaa...

Rabu, 4 Mac 2009

PGCE 2009

Pengalaman baru bagi aku dalam PGCE. Sebelum ni, aku pernah pergi sekali je PGCE mase aku 2nd year kat USM. Masa tu, PGCE buat kat Hotel Istana and time tu jugak aku tengah internship kat Orogenic tak silap. Pengalaman yang aku takleh lupa masa tu adalah bila muka aku bengkak-bengkak, mata merah, mulut aku rasa semacam dan aku muntah-muntah. Ini terjadi selepas selesai makan tengahari kat Hotel Istana tu. Rupa-rupanya aku alah dengan udang harimau. Nasib baikla Mima ade ubat alergik, dapat la kurangkan rase badan taks edap.

Dulu aku datang atas tiket student. Skang aku datang atas tiket sub-commitee under registration. Pijan and Farez yang jadi ketua untuk ini. Ape yang aku blaja masani? Aku dapat tangani pelbagai jenis orang dari pelbagai jenis negara. Ade yang baik, ade yang kurang ajar. Ada seorang mat saleh ni dari Syarikat **r*****. Namanya takde dalam daftar nama. Bila bagitau nama dia takde dalam sistem, dia kata "what a shame!" Lepas tu suruh die kontek kawan dia yang kat dalam dewan pameran untuk keluar bawa pas teknikal. Lepastu boleh pulak die kata "do you cannot walk?" yang bermaksud memerli kami kerana tidak boleh bawa dia masuk ke dewan. Disebabkan malas nak cari gaduh, maka kami pun bawa la dia masuk.

Lagi satu kes, mat salleh jugak. Aku cek nama die dalam sistem takde. jadi aku buat baru nama dia atas tiket visitor. Bila mat saleh ni dah blah, aku cek nama die balik, rupanya ada. Aku salah eja nama die. Sebab tu nama die tak kuar dalam sistem. Aku dah rasa bersalah gile. Dahla die CEO and die dah bayar rm750 untuk ogce tapi hanya dapat masuk exhibition je. Lepas kontek beberapa OC, Kak Ita dan Ahya tolong buat pengumuman panggil mat saleh tu untuk dapat kan pas deligate untuk die.

Aku memang tak sempat langsung nak dengar talk. Dr Zuhar pun ade present paper. Sempat jalan kejap je kat pameran dan dapat jugakla cenderahati.

Kesimpulannya, best memang best. Lepas habis PGCE semua orang bergembira dengan menyambutnya kat RedBox Pavilion. Karaoke. Bos-bos pun sume ade. Ini pun pertama kali pergi RedBox. Memang macam best sangat tempat ni. Tak macam tempat karaoke lain.

Ahad, 1 Mac 2009

Bila Tiada Duit

bila tiada duit
terasa kepala nak pecah je
nak pinjam orang pun orang tak bagi
terus air mata ini meleleh
mengenang kenapala aku ni baik sangat

mungkin bila tiada duit
dapat belajar kesusahan ibu bapa dulu
dapat lebih berjimat cermat
dapat lebih merancang perbelanjaan

banyak yang perit bila tiada duit
sebab kau akan sendirian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...