Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 15 November 2009

Should I try again?

Ada seorang lelaki nak berkenalan dengan saya.
Patutkah saya cuba?

Ada kawan di ofis mahu kenalkan saya dengan kawannya
Patutkah saya cuba?

Saya tidak mahu perkara sama berulang
Sangat penat dan lelah tahu

Selasa, 10 November 2009

Fight Till The End

Selalu saja saya rasa ingin mengalah. Berhenti saja apa yang saya lakukan sekarang. Yalah lagi banyak saya nak betulkan sesuatu, lagi banyak saya jumpa kesilapan yang dilakukan oleh orang terdahulu. Sehinggakan sampai satu masa, saya tidak tahu apakah arah tujuannya. Samada mahu bermula semula dengan membetulkan kesilapan dahulu atau teruskan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Betul, saya mula merasa letih. Letih untuk selalu berpatah balik. Berpatah balik sehingga kepermulaan. Mungkin salah saya juga kerana mempercayai seratus peratus apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Tetapi harus begitukan, walau dalam realitinya tidak begitu logik, tetapi itu la yang digunakan oleh orang selepasnya. Dan saya perlu ikut betul-betul sama ape yang digunakan oleh orang selepasnya. Betul, rasa penat dan ingin mengalah. Apa yang dilakukan masih tidak menampakkan hasil. Masa pula makin suntuk.

Namun, saya pilih untuk tidak mengalah. Walau berapa letih pun kerja itu. Walau berkali-kali pun berpatah balik, saya takkan mengalah. Saya masih berpegang kuat pada motto ini "Fight till the end". Motto batch saya masa di TKC dahulu. Saya akan berjuang hingga ke akhir. Bila saya terasa ingin mengalah, saya akan ingat pada motto ini. Ingat pada lagunya.

Fight Till The End!!!

Ahad, 8 November 2009

Diari Pengurusan Berat Badan 2

8 Nov 2009
Pagi tadi pergi ke Tasik Titiwangsa dengan Min. Kami bersenamrobik dan berjogging di sana. Tiap-tiap hari ahad memang ade senamrobik di sana dianjurkan oleh Majlis Kecergasan Malaysia. Seronok. Lepas bersenamrobik, saya berjoging. Tapi tak lama sebab terasa berdenyut kat perut sebelah kanan. Sudah lama saya tak rasa macamtu. Berjogging di Tasik Titiwangsa tidak sepenat berjogging di Taman KLCC. Taman KLCC lebih berbukit berbanding Tasik Titiwangsa.

Harini saya rasakan, sudah tiba masanya untuk saya ber'detox'. Simptom-simptom bahawa saya perlu ber'detox' sudah muncul. Mulut saya sudah mula berbau kurang menyenangkan, perut saya selalu rasa sebu, badan terasa lesu. Sebelum ini, saya ber'detox' dengan minum Cleanextea. Berkesan memang berkesan, rasanya pun saya suka. Tapi saya tak tahan asik perlu ke tandas je. Kalau tak kerja tak mengapa. Duduk dirumah, suka hatila mahu pergi tandas berapa kali pun. Tapi kalau dekat pejabat, takkan setiap setengah jam nak pergi tandas. Kerja pun tak jalan nanti. Jadi kali ini saya nak ber'detox' dengan cara luaran pula. Saya mahu pakai 'foot detox patch (FDP)'. Kalau kat Guardian dan Watson tu selalu yang jenama Kinohimitsu yang popular. Harganya pun mahal. FDP yang saya akan guna ni, saya beli 'online' di laman web WanitaMelayu. Harganya lebih murah sebab dijual dalam bentuk 'loose'. Harganya hanya RM1.50 sekeping. Murah kan? Klu beli banyak-banyak, lagi murah boleh dapat. Esok baru sampai FDP ni. Selepas saya pakai selama sebulan, saya beritahu hasilnya.

Harini, sudah masuk tiga hari saya terlupa makan lecithin. Saya cek dalam beg, rupa-rupanya saya tinggal kat ofis botol lecithin tu. Tak mengapala, esok makan balik. Lepas detox lagi bagusla penyerapan lecithin dalam badan saya. Setakat yang saya baca, lecithin ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan. Lecithin ni juga digunakan untuk merawat pesakit Alzheimer. Namun, terdapat juga 'argument' yang menyatakan lecithin ini boleh menambah peratus lemak didalam badan. Takpe, selagi saya ikut cara makannya, diharapkan ia tidak menggemukkan saya =)

Mimpi: Joging bersama?

Semalam saya bermimpi
Tentang seseorang, tentang joging bersama
Masa itu waktu pagi
Saya mahu pergi joging dengan Min
Masa turun dari rumah,
Terserempak dengan seorang lelaki
Lelaki itu, saya minat kepadanya
Dia pakai baju kurung hijau bunga-bunga!!!!
Dia cakap dia juga nak pergi joging
Dia nak tukar pakai seluar 'tight' kejap
Dia juga bagi saya seluar 'track' suruh pakai
Dia pegi tuka, saya pun pegi tuka dekat rumah Min
Masa itu, Min tunggu di kereta
Tak tahu kenapa
Rasa susah Benar nak pakai seluar 'track' tu
Lama sangat.
Masa saya turun balik, Min sudah pergi dulu
Dia ingat, saya pergi dengan lelaki itu
Tetapi, lelaki itu pun sudah tiada
Sudah pergi juga

Tiba-tiba telefon saya bunyi mesej masuk
Saya terjaga
Min yang mesej bertanya sudah bangun ke belum
Sudah janji dengan Min untuk joging di tasik titiwangsa

Selasa, 3 November 2009

Diari Pengurusan Berat Badan 1

3 Nov 2009
Saya hanya berketinggian 156cm dengan berat anggaran 62kg. Jika dikira Body Mass Index (BMI) saya, saya adalah dalam kategori berlebihan berat badan. Dengan keadaan saya yang suka makan, ia menyukarkan saya untuk menurunkan berat badan. Maka, dengan adanya "entry" ini, diharapkan dapat memberi saya semangat untuk menurunkan berat badan.
Saya berusaha untuk kawal kuantiti makanan yang saya ambil dan melakukan aktiviti yang membakar kalori. Sekarang, saya mengambil pil lecithin sebagai makanan tambahan. Lecithin dapat melarutkan lemak. Maka, ia dianggap dapat mengurangkan lemak didalam badan sekaligus dapat mengurangkan berat badan dan mengecilkan saiz badan. Walaubagaimanapun ada hujah perubatan yang menyatakan ia tidak membantu seseorang untuk mengurangkan lemak didalam badan. Selepas tiga bulan, saya akan lihat hasilnya sama ada ia berkesan atau tidak.
Harini saya berjogging 2 pusingan dan berjalan laju 2 pusingan di taman KLCC. Sebelum ni, saya mampu berjogging sehingga 4 ke 5 pusingan. Tetapi, harini saya sudah mengalah setelah menghabiskan 2 pusingan berjogging. Dari segi kepenatan tidak sangat, saya mengalah kerana kaki kiri saya terasa amat sakit. Maka, untuk mengelak kecederaan, saya hanya berjalan untuk pusingan ke3 dan ke4. Selalunya, saya akan pastikan saya berjogging sekurang-kurangnya selama 30minit.
Setiap kali saya berjogging, tangan kanan saya akan merasa kebas. Kenapa ya? Ada sesiapa yang tahu? Mungkin dari segi perubatan ke?

Berat Badan =P

Dulu masa darjah 6, saya gemuk tau. Mungkin dalam 60++ kg. Lepas saya masuk asrama penuh, berat saya mula turun. Berat terendah saya semasa akhir tingkatan 5 adalah 54kg. Sejak itu, berat saya sudah tidak turun-turun lagi. Malah, apabila masuk USM, berat saya bertambah semula sehingga mencecah 67kg. Pipi saya tembam. Baju banyak sangkut kat lengan sebab lengan membesar. Seluar pun banyak yang tak boleh dipakai sebab perut membuncit dan peha membesar.

Apabila saya mula bekerja, berat saya bertambah lagi kerana menghadiri pelbagai kursus di hotel. Sudah tentulah bertambah kerana makan di hotel tak ingat dunia. Makin lama bekerja, akhirnya saya dapat menurunkan perlahan-lahan berat badan saya. Saya melakukan senaman ringan dirumah. Sekarang, saya berjoging di Taman KLCC. Saya harap, saya dapat turunkan berat badan sehingga 54kg.

Dengan itu, saya akan "update" prestasi saya di blog ini. Doakan semoga saya berjaya. Jika tidak dapat turunkan berat pun, sekurang-kurangnya saya dapat kuruskan lengan saya yang mengeleber ini :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...