Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 23 Disember 2009

Cinta dan hatiku yang emo

Perhatian, ini adalah entri jiwang. Jadi yang tak suka jiwang-jiwng itu, janganlah baca entri ini;)

Setiap kali cinta pertama pertama saya sakit. Saya akan rasa sangat risau. Sudah makankah dia, siapa yang tolong tengok-tengokkan dia. Siapa yang tolong masakkan bubur untuk dia. Betul, saya terasa nak menjaganya seumur hidup. Biar betapa susah pun hidup.Saya sanggup Haritu dia demam, saya dah rasa tak keruan sangat. Kerana saya tahu dia tinggal seorang sahaja di rumah. Siapa yang tolong tengok-tengokkan dia. Lega rasanya bila dapat tahu,adik-adik dan mak ayahnya ada dirumah. Kebetulan waktu itu waktu cuti semester.

Tapi, kalau memang tak ada jodoh nak buat macamana. Terima sajala. Dulu, masa masih bercinta, saya sangat setia kepadanya. Apa jua kesilapan yang saya lakukan, saya dengan jujurnya memberitahu dia. Walaupun kesilapan itu sangat melukakan hatinya. Bila sudah putus cinta, saya belajar supaya tidak terlalu setia kepada seorang kekasih. Betulkah tindakan itu?

Dengan cinta kedua, lagi banyak benda yang saya pelajari. Lagi banyak hal yang saya tahu tentang lelaki. Salah satunya, jika kamu mengharap lelaki itu akan berubah setelah bersama kamu, jangan kamu mimpi. Lelaki takkan berubah, kecuali ada insiden yang betul-betul membuatkan mereka tergerak hati.

Bila patah hati dengan cinta pertama, hati memang terasa amat sakit. Sampai sekarang pun masih terasa sakitnya. Saya ingat cinta kedua dapat mengubat hati yang patah ini. Rupanya saya silap. Bila patah hati denga cinta kedua saya tidak terasa sakit. Mungin cinta saya terhadapnya tidak sedalam cinta saya kepada cinta pertama. Patah hati memang sangat sakit. Sampai sekarang pun masih sakit. Namun lebih sakit bila keseorangan. Keluarga dan kawan-kawan sahaja yang benar-benar dapat membuatkan saya lupakan kesakitan itu.

~Jika hati ini adalah sebuah pilihan baginya, jangan kau jadi kan dia sebagai keutamaan kau. Kau bukannya pilihan. Jika dia betul cintakan kau, kenapa harus jadi pilihan~
~

Khamis, 17 Disember 2009

Mimpi dan CTO

Semalam saya bermimpi
Saya dapat surat CTO
Liew juga dapat
Saya rasa sangat sedih
Jumlah pampasan tak sampai RM2000
Saya beritahu kepada kawan-kawan saya

Dalam keadaan sedih itu
Nun diluar tingkap
Saya melihat cahaya yang terang
Dan bunyi yang sangat kuat
Bangunan berdekatan KLCC meletup
KLCC bergegar!!
Saya bergegas ke tangga kecemasan
Berlari turun secepat mungkin
Bimbang KLCC akan runtuh

Saya berjaya turun
Tetapi pengawal menutup jalan keluar
Tidak tahu bagaimana
Saya akhirnya dapat selamatkan diri
Saya sudah tenang dan
Teringat kembali tentang surat CTO yang saya dapat

Jumaat, 11 Disember 2009

Diari Pengurusan Berat Badan 3


Tik tok tik tok tik tok!!!
Sungguh, saya tersasar dari objektif saya untuk mengurangkan saiz badan saya. Daripada entri yang lepas, saya mengalami depresi yang hebat yang menyebabkan saya tidak mengawal pengambilan makanan saya. Saya makan untuk menggembirakan hati saya yang gundah ini. Namun saya harapkan saya dapat mula semula untuk mengurus berat badan saya. Mungkin saya perlu lebih berdisiplin dan mempunyai objektif yang lebih jelas. Itu penting bagi saya yang jenis hangat-hangat tahi ayam. Saya perlukan sesuatu untuk saya tidak cepat mengalah. Jadi ini yang dapat saya pikirkan.
  1. Sebelum tidur, saya pastikan saya menelan sebiji pil lecithin
  2. Pagi-pagi semasa mengambil air kosong di pantry, saya pastikan saya meletak diet drop ke dalamnya.
  3. Sentiasa pastikan stok CCPP sentiasa ada di dalam laci meja kerja saya
  4. Pastikan saya berjogging sekurang-kurangnya seminggu sekali di Taman KLCC atau di mana-mana sahaja
Saya tidak boleh jika tidak makan malam. Maka saya pastikan saya makan malam sebelum pukul 8 malam.
Harap-harap saya dapat lakukan ini, jika tidak boleh juga, mungkin saya perlu permudahkan lagi cara.

Khamis, 10 Disember 2009

Saga SE saya, Bekerja dan Berniaga

Banyak perkara berlaku.. Tetapi mood yang tidak ada membantutkan saya meng'update' blog ini. Baru sekarang saya terasa mahu meng'update' blog saya ini

Saga SE sayaSetelah dua bulan saya membeli kereta, setelah sentiasa ada Aniza disebelah semasa saya memandu, akhirnya saya memandu Saga saya dari Ipoh ke Taman Melati seorang diri. Memang agak bosan memandu seorang diri. Ini membuatkan saya memandu dengan agak laju. Saya memandu antara 100 ke 140km/j dengan torque tidak melebihi 5 rpm. Bila saya bosan memandu laju, saya memperlahankan Saga saya. Penggunaan minyak? Dari indikator minyak, turun sebanyak 3 bar yang saya rasakan agak banyak penggunaannya. Tetapi dari apa yang saya baca di forum, itu adalah perkara biasa bagi kereta Saga baru. Ada juga yang mengatakan jika penggunaan minyak seperti air yang mengalir, kemungkinan besar ada kerosakan pada IAFM. Tetapi saya tidak tahu baaimana mahu mengesan jika ada kerosakan padanya. Alhamdulillah saya selamat sampai walau ada satu insiden yang menyebabkan saya cuak. Sedang saya memandu di belakang sebuah lori, lori itu mengubah ke laluan sebelah kanan. Saya terkejut apabila terdapat kereta yang berhenti dihadapan saya. Nasib baik saya dapat mengawal Saga saya. Setelah mula membawa kereta, saya mula mahir mengawal Saga saya cuma tinggal saya masih kurang mahir untuk parking.

Bekerja dan Berniaga
Sejak akhir-akhir ini, saya tiada semangat untuk bekerja. Saya makin berputus asa untuk meneruskan kerja saya. Kerja yang berpatah balik ini sangat memenatkan hati. Lagi-lagi bila date due sudah terlepas. Betul saya rasa sangat stress. Ada satu minggu tu, tiap-tiap hari saya datang lambat ke pejabat. Paling awal saya sampai pejabat minggu itu adalah pukul 8.30 pagi dan paling lambat saya datang pada minggu itu adalah pukul 9.30 pagi. Apabila bersedia untuk buat kerja, orang yang perlu membantu saya pula buat hal lain. Lagi rasa stress bila timbul satu masalah dalam kerja itu, akhirnya saya sendiri juga yang menemui penyelesaiannya. Mungkin saya tidak perlu pertolongan orang luar. Orang dalam pun sudah cukup. Buat apa bayar orang luar sampai berganda-ganda, tapi akhirnya saya sendiri yang menyelesaikan masalah, saya sendiri yang buat kerja.

Disebabkan hal-hal itu, saya mula mencari kerja lain,saya mula buka laman web SPA melihat-lihat jawatan apa yang sesuai dengan kelulusan saya. Disamping itu, saya mula rasa ingin berniaga. Sekarang saya dapat produk yang boleh saya jual. Harap-harap, berjayalah saya untuk berniaga. Saya menjual sejenis minuman yang dikenali sebagai Coco Colagen Power Plus (CCPP). Saya berani menjualnya kerana saya pernah minum CCPP ini. Rasanya seperti Capucino. Sedap. Saya dapat rasa beberapa perubahan setelah saya mengambil CCPP ni. Bibir saya yang sebelum ini merekah teruk dan pedih-pedih sudah sembuh, rambut saya yang banyak gugur dulu, sudah kurang gugur, kuku saya tumbuh dengan cantik dan yang paling saya suka saya mudah membuang pada waktu pagi yang menyebabkan perut saya mengempis. Ada juga testimoni yang saya baca mengatakan jerawat mereka mengecut, payudara jadi mantap, berat badan turun, tumit kaki yang pecah sembuh dan kulit jadi cantik. Ya memang ada produk colagen yang lain tetapi agak mahal. CCPP ni murah dan orang mampu beli. Harga jualan untuk satu set CCPP(stok untuk sebulan) hanya berharga RM59.90. Tetapi sempena saya baru mula berniaga, saya ingin menjual dengan harga RM50. Sudah pasti jika anda beli banyak, bolehla saya bagi murah sikit. Jadi silalah promote pada kawan-kawan untuk mencuba produk ini. Entri yang seterusnya, saya akan beri butiran mengenai produk ini. Silalah support saya ya kawan-kawan. Jika bisnes saya berjalan dengan lancar, saya akan convert blog saya yang lagi satu menjadi blogshop.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...