Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

Akhir 2010

Akhir 2010 yang penuh rasa cinta
Akhir 2010 yang penuh rasa bersalah
Akhir 2010 yang diisi lebih seribu kilometer di jalanan

2010 yang penuh dengan rasa kecewa di hati, rasa cinta di hati dan rasa kehidupan baru dihati

Moga 2011 akan penuh dengan hari-hari gembira dan kecintaan
Alhamdulillah aku masih bernafas untuk menjenguk 2011

Khamis, 23 Disember 2010

Melankolik

Ini lagi hari yang aku rasa melankolik
Ini lagi hari yang aku fikir perkara mengarut
Ini lagi hari yang aku banyak menimbang-nimbang masa kini dan depan

Tapi semalam dan hari ini, ramai kata aku manis, aku comel, aku cantik.
Suka, tapi hatiku tetap suram
Harini ada orang cakap aku lawa dan hot. Sudah ada bf ke belum.
Suka, tapi hatiku tetap mendatar

Comel ke aku? huahuahua

Ok.. sudah. Aku rindu sebenarnya. Sudah 40 hari aku tak berjumpa kecintaan ku. Sudah 3 minggu aku tak mendengar suara kecintaanku. MELANKOLI~~~~~

Selasa, 21 Disember 2010

Rindu Bayangan

Bila aku dengar lagu ni, aku dapat  merasakan perasaan seseorang yang kehilangan kekasih hatinya buat selama-lamanya. Bertapa rindunya seseorang itu terhadap orang yang telah pergi. Al-fatihah.


Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah diingat pada yang sudah tiada

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lama kan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi

Apalah yang hendak dikata
Sudah suratan takdir menentukan
Inilah ragam manusia
Hanya doa dapat ku utuskan

Berputar-putar mengingatkan masa lalu
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan


Sometimes you've got to get hurt in order to grow, Sometimes our visions seem clearer after our eyes are washed out with tears. Have a good cry, wash out your heart. If you keep it inside, it'll tear you apart. Sometimes you lose, but you're going to win if you just hang in

Malu ke?

Lama sungguh aku tidak tidur awal. Semalam entah macamana sebelum pukul 10 aku dah tido. Langsung tak jumpa housemate aku semalam.

Ceritanya adalah tentang rasa malu. Korang malu tak kalau kau masih lagi pakai handset 3310?
 Ye la zaman sekarang ni, semua handset canggih-canggih. Blackberry, iPhone, Galaxy dan ntah apa-apa lagi. Bagi aku, aku tak kisah pun kalau masih pakai handset 3310. Apa yang nak dimalukan. Orang lain handset canggih-canggih, pedulilakan.

Korang malu tak kalau korang pakai handbag or kasut yang takde brand? Kalau boleh taknak tunjuk nama brand tuh. Owh, aku tak peduli, as long as cantik, ada brand atau takda brand aku tak peduli. Yang penting aku suka.

Lantaklah orang nak kata aku ni tak technology updateke, kuno ke, kekampungan ke, aku tak peduli. Eh eh lagipun memang aku datang dari kampung pun. Buat pe nak malu dengan asal usul sendirikan. Kalau aku macam rusa masuk kampung pun, peduli apa aku. Owh my ignorance about my lifestyle now..... shooooohhhh.. shoooooohhhhh go away. Please save me from being orang OVER kebandaran. Been kebandaran is ok. But not over kebandaran sampai lupa asal usul ko. Sampai ko malu sebab ko pakai handbag takde brand. Sampai ko leh tanye kawan ko, "eh ko pakai handbag brand ape tu? tak penah dengar pun. Handbag pasar malam ek?" Hey, ko takda hak nak menjatuhkan orang lain ok. Kalau ko pakai barang branded pun atas duit orang lain, apa klassss. Kau pun papa kedana jugak. Eh eh ko je yang papa kedana, aku kaya-raya. AMIN!!!! Kau nak jadi pisau cukur, lantak ko lah. Owh aku teringat cerita pisau cukur. Sangat best cerita itu.

Cerita pasal kasut, banyak sungguh kasut aku rupanya..... @__*

Khamis, 16 Disember 2010

Tak best

Aku tak suka perasaan aku sekarang ni
Kalau boleh aku nak berada kat laut sekarang ni
Takdalah aku terlalu terfikir-fikir
Ok aku mengarut.

Yang penting, perasaan aku sekarang tak best
Rasa rindu ada, rasa sedih ada, rasa tak keruan ada, rasa panas ada
Macam-macam rasa ada

Tapi aku mestilah kena sentiasa ingat status aku sekarang
Dimana aku terletak
Kemungkinan tak jadi itu mungkin tinggi
Apa-apa pun redha je la perjalanan hidup ini
Kita merancang dan melaksanakan
Tapi tuhan yang akan menentukan segalanya

Tunggu dan lihat berapa lama aku boleh tahan perasaan rindu ini

Rabu, 15 Disember 2010

Kau ada cahaya cinta

"Zarith, Good Luck!!"
"Kau ada cahaya cinta"

Ucapan sebelum aku ACD. Terima kasih kepada semua yang mengajar dan mengucap good luck kepada aku. Walau sebenarnya aku sempat study pagi sebelum ACD je. Lebih kurang dalam empat jam saja untuk study. Apa aku buat weekend tu sampai tak sempat study? Owh aku sibuk dengan majlis pertunangan. Kene potong bawang, siang udang dan ayam. Sampai bau bawang pun masih melekat kat tangan aku ni. Mana nak sempat study kalau dah sibuk macamtu kan.

Hasilnya? The worse ACD I  ever had in my life. Tapi relaks-relaks. Kalau aku study lebih-lebih pun aku still akan dapat satu juga kerana aku tak pernah hands on. Jadi tak guna la kalau nak elobrate panjang-panjang pun kalau kau tak pernah buat kerja-kerja tersebut. Kadang-kadang terfikir jugak betul ke aku nak ruler reservoir geophysics ni? Kerana sekarang aku semakin selesa berada dalam operation team ni. Takpela, yang penting aku riang di mana sahaja aku berada.

Aku ada cahaya cinta
Cahaya cinta yang membuatkan aku sentiasa gembira walaupun ada gundah mengundang
Cahaya cinta yang membuatkan aku bersemangat untuk berjaya dalam hidup ini
Cahaya cinta yang membuatkan aku sedar batas-batas hidup ini
Semoga cahaya cinta ini terus menyuluh jalan hidupku ini

Rabu, 8 Disember 2010

Jauh dari perasaan

Asyik hal perasaan je. Takda cerita lain kah untuk diceritakan. Eh suka hati akulah.

Tahun 2010 tahun paling kelam kabut bagi aku. Lagi-lagi hal kerja. Tapi aku gembira dengan kerja aku sekarang. Budak-budak di pejabat pun baik-baik sahaja. Cumanya dari segi pengurusan kerja je yang aku tak dapat tangani.

13 Disember aku ada penilaian (ACD). Tahu tak, aku tak membuat ulangkaji apa-apa lagi. Sudah pula harini ada kos sampai hari Jumaat. Hari Jumaat lepas kerja, aku terus nak balik Ipoh. Kakak aku tunang 12 Disember tu. Habis bila masa aku nak mengulangkaji nih? Aduh pening aku memikirkannya. Taktau lah nak kata bernasib baik atau tidak. Ruler ACD aku adalah Reservoir Geophysics bukannya Reservoir Geoscience. Bernasib baikkah sebab aku tak pernah buat kerja berkaitan seismik nih makanya tak perlulah aku mengulangkaji gila-gila atau bernasib burukkah sebab masa ACD nanti sudah tentu aku boleh dapat satu sahaja. Apapun aku masih menganggap diriku dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan kerja. Tahun depan, walau apapun rintangan, aku mahu lulus ACD aku.

Kerja ku sekarang? Suka walau masih takut-takut. Kalau bos suruh pergi pelantar gerudi, dengan rela hatinya aku mahu pergi. Seronok tau duduk laut. Tak perlu nak fikir hal-hal darat nih. Rasa ringan je kepala. Tapi aku kena fikir jugak KPI aku yang lain. Aku tak pernah lagi jadi operation geologist. Aku tak pernah lagi jadi project geologist. Eh apa ni, bukan kah ruler ACD aku sekarang adalah Reservoir Geophysics? Tak pedulilah aku, selagi aku gembira dengan kerja aku. Silap-silap tahun depan aku tukar ruler pulak. Relaks relaks, kita cuba dulu. Belum cuba belum tahu kan.

Hidupku pun lebih gembira sekarang. Takda lagi rasa murung, takda lagi rasa sedih. Ya, hidup ini penuh hikmahnya. Dalam pada aku sangat rendah, sangat murung, sangat menuduh segalanya, tuhan menyelamatkan aku dari segala yang buruk. Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat. Jadi janganlah pernah kamu berputus asa. Pasti saat-saat rendah kamu itu akan dibalas. Bertahanlah dan bersabarlah.

Tahun 2011, aku pasti banyak halangan yang aku hadapi. Tapi aku akan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segalanya. Agar dipermudahkan jodoh ku. Agar jalan 2011 aku lebih lurus. Agar aku lebih bersemangat untuk bekerja. Ya itu harapan ku.

Selasa, 7 Disember 2010

Kampungnya

Aku tak jumpa external hardisk aku. Adush kemana la aku tertinggal. Jangan tertinggal di labuan sudah. Down.......

Aku kampungnya.

Kampungnya aku. 
Aku tak peduli. 
Aku kekal begini.
Kekalnya aku begini kerana aku tak mahu. 
Aku  tak mahu aku leka.

Aku tahu aku tak kuat menahan nafsu.
Selalu sahaja aku terpesong.
Lalai dengan keseronokan duniawi.
Kekalkanlah kampungku.

Jika ku berubah pun
Aku berubah untuk harga diriku
Aku berubah untuk masa depanku

Aku terkejut dan aku terpaku
Aku tak  mampu seperti mereka yang bandar
Mereka sibuk dengan urusan keseronokan
Cukuplah aku begini

Eh eh tapi aku nak juga bergaya macam mereka
Tapi aku tak pandailah
Aku ni sempoi-sempoi je
Duit pun tak banyak nak bergaya sakan

Mampukah aku untuk menjadi mereka yang baik
Aku tak setaraf mereka itu
Tapi aku nakla mereka yang baik
Aku nak jadi baik
Aku nak harga diriku terjaga
Aku nak jalan di depan ku lurus

Jika tidak dapat mereka yang baik pun
Aku sudah bersedia untuk kekal begini
Besedia dengan rancangan hadapan

Jika terpaksa aku teruskan hal ini sepanjang hidupku
Aku sanggup
Tak ada apa lagi yang aku tunggu kecuali mereka yang baik
Jika tak kesampaian, inilah aku

Walau sejauh mana aku pergi, walau sejauh mana rasa ku ini. Lindungilah aku. Kuatkanlah hati ku. Kuatkanlah hati mereka yang baik. Jalan yang aku pilih sukar. Sangat sukar. Kuatlah wahai hati.

Ku harap kampungnya aku . Ku harap aku kekal

*UPDATED: Rupa-rupanya harddisk tertinggal kat rig

Rabu, 1 Disember 2010

My 73 Minutes Survey

My Countless Minutes Survey
Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.

Person who tagged : Aliza
Starting time : 3.14 am

Name : Zarith
Full name : Hey you know my full name. I would like to keep it empty.
Sibling(s) : 5 (second child)
Eye colour : Brownish black
Shoe size : 5 or 6
Hair : Almost long not straight hair 
Height : 156cm 

What are you wearing right now : Pinky night tee
Where do you live : KL
Favourite number : 21
Favourite drink : milo ais
Favourite month : any month would do accept the month oh ACD and review
Favourite breakfast : roti sardin subaidah usm

******-Have you ever-******
Broken a bone : nope
Been in a police car : yup
Fallen for a friend : nope
Fallen for a guy/girl in a short period of time : yup
Swam in the ocean : yup
Fallen asleep in school : yup..
Broken someone's heart : i think so
Cried when someone died : yup
Sat by the phone all night waiting for someone to call : yup. that someone just called me while i'm answering this tag (see how long i wait)
Saved e-mails : some
Been cheated on : yup (see kejutan budaya sisi gelap series in my previous entry)

******-What-******
Your room looks like : a really small room pack with a lot of staff
What is right beside you : a tea table
What is the last thing you ate : seafood ~ a lot of prawn and crab

******-Ever Had-******
Chicken pox : yup??
Sore throat : yup
Stitches : yup (head, forehead, tummy)
Broken nose : nope

******-Do You-******
Believe in love at first sight : yup. 
Like picnics? : yup especially at the beach or waterfall

******-Who-******
Who did you last yell at? : Yell? its not me.
Who was the last person you danced with? : Danced? Alone? =)
Who last made you smile? : my kecintaan, my love =)

******-Final Questions-******
What are you listening to right now? : the sound of calm loneliness night with sayup-sayup bunyi tv dalam bilik
What did you do today? : visiting SLB Labuan base
Are you the oldest?  : nope
Indoors or outdoors? : both

******-Today did you-******
Talk to someone you like? : Yup 
Kiss anyone? : Is through phone count? Yup
Sing? : Yup ~ baik baik sayang
Talk to an ex? : nope. Why should I?
Miss someone ? : yup
Eat? : yup

******-Last person who-******
You talked to on the phone? : my kecintaan, my love
Made you cry? : my kecintaan, my love
Went to the movies with? : Bal ~ HP7
You went to the mall with?  : Bal
Who cheered you up? : my kecintaan, my love and my friends

******-Have you-******
Been to Mexico? : nope
Been to USA? : nope

******-Random-******
Have a crush on someone? : yup, lolly lolly oh lollypop
What books are you reading right now? : i forgot to bring my book here
Best feeling in the world? : Happy 
Future kids name? : Emmm.. emmmm.. Cempaka
Do you sleep with a stuffed animal? : nope
What's under your bed? : Storage box full of books and magazine
Favourite sport(s) : jogging ( is it count?)
Favourite place : My room
Who do you really hate? : none
Do you have a job? : yes and i enjoying my job right now
What time is it now? : 4.27am (hey tadi terstop kejap, sebab jawab telefon)

p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _____ Minutes Survey" and tag 15 people

I'm tagging Teefa, Nadh, Zack, Harlina, Natrah,.....

Jumaat, 26 November 2010

Ada masanya

Ada masanya rasa sangat rindu
Ada masanya rasa sangat sedih
Ada masanya rasa sangat marah

Ada masanya tak dapat lakukan apa-apa
Hati rasa kosong dan mati
Hati rasa berbunga dan hidup

Hei kau jangan dengar lagu putus cinta
Dengarlah lagu harapan cinta
Seperti ini:



dan ini:



Jangan biarkan diri kau ada masa
Ada masa untuk rindu, sedih dan marah.
Adakan masa untuk dirimu
Sibukkan dirimu =)

Khamis, 25 November 2010

Tiada Tajuk





Selasa, 23 November 2010

Leher Angsa a.k.a Gooseneck

Ohh Leher Angsa!!!


Jangan kamu bawa masalah lagi ya =)

Isnin, 22 November 2010

Senyumlah!!!

My Teddy Bear, nak gi mana tu?

Meow meow, tengah kejar sapa tu?


Owh no, the rain is after me!!!

Jumaat, 19 November 2010

Birthday Celebration!!!!!!!!

Ana's!!!!!!!!!!!




As!!!!!




Wawa's!!!!!!




Teefa's!!!!!!!



Bila lagi mahu happy- happy time begini =)

Untukku dan hidupku



Untukku dan hidupku

Di malam dan siangku
Kau kan selalu ada

Untukku dan hidupku
Di malam dan siangku
Kau kan selalu buktikan

Membimbingku adalah janjimu
Menjagaku adalah janjimu

Dua tahun tempoh penantian
Tak mudah tuk kau lepaskan
Bila sudah ku kau miliki sekarang

Walau apa terjadi
Walau dunia berperang
Takkan kau lepaskan aku


Rabu, 17 November 2010

Gelap

Sila tafsirkan lagu ini untukku.



Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ooh...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...



http://bebelanwararies.blogspot.com/2010/11/risk-seeker.html

IF - Rudyard Kipling

IF you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or, being lied about, don’t deal in lies,
Or, being hated, don’t give way to hating,
And yet don’t look too good, nor talk too wise;
If you can dream – and not make dreams your master;
If you can think – and not make thoughts your aim;
If you can meet with triumph and disaster
And treat those two imposters just the same;
If you can bear to hear the truth you’ve spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to broken,
And stoop and build ‘em up with wornout tools;
If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breath a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: “Hold on”;
If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings – nor lose the common touch;
If neither foes nor loving friends can hurt you;
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds’ worth of distance run –
Yours is the Earth and everything that’s in it,
And – which is more – you’ll be a Man my son!

Sabtu, 13 November 2010

Aku penat

Aku penat
Perut aku sangat sluggish/ buncit/ ketakhadaman makanan
Aku terasa sangat gemuk...

Sudah tiba masanya untuk aku detoks...
Nak detoks cara apa pula ya
Sungguh rasa lemah dan tak best je badan
Any suggestion?

Mode: Sangat penat + tak cukup tido

Jumaat, 12 November 2010

Hanya Kerana

Hanya kerana
Secebis rasa rindu
Aku jadi tak keruan

Hanya kerana
Aku tak biasa menghubungi
Membuat hati ingin memberontak

Hanya kerana
Janji diberi tak terlaksana
Aku rasa ingin bersedih

Tidak, aku harus tabah
Aku telah pilih jalan hidup
Maka aku harus teruskan

Ya masih  ada pilihan lain
Tapi aku setia tak memilih lain
(Nakal sikit-sikit adalah =P)

Hanya kerana nak juga tulis blog
MErapu jiwang jadinya kata ku

Mode: Rindu

Selasa, 9 November 2010

Sambungan Kenapalah Ada Orang Yang Dengki

Sudah lama aku tak menumpukan perhatian menulis blog ni.
Aku banyak tumpukan perhatian terhadap hati aku
Maaflah ye, memang tak dapat nak elak.

Ingat tak entri ini?
Kenapalah ada orang yang dengki?
Maksud aku kenapalah ada orang yang dengki sampai sanggup gunakan ilmu-ilmu salah?
Takkanlah pasal tanah sekangkang kera tu pun sanggup nak hantar hantu kat keluarga sendiri.
Sudah pula satu keluarga pulak kena?

Geram betul aku orang-orang yang begini.
Tanah sekangkang kera tu bukannya boleh jamin kau masuk syurga

Aku dah beberapa kali dengar cerita dari orang sekeliling aku yang kena benda-benda macam ini.

Masa aku menyewa kat Sri Nilam, Ampang dulu,
Kakak ni cepat sangat naik pangkat (dah keja dia bagus mestila senang naik pangkat kan)
Ada pula orang yang dengki, hantar benda bukan-bukan
Pemilik rumahtu perasan, tiba-tiba ja bilik kakak ni penuh dengan langau
Padahal bilik-bilik lain kat rumah tu takda pun
Jadi pemilik rumah tu bacalah ayat suci al-quran
Baru hilang langau-langau itu

Di rumah yang sama
Lagi seorang kakak kena juga
Tak tahu sebab apa orang buat kat dia
Dia alami sakit kepala yang sangat teruk

Kawan baik aku sorang ni pun kena juga
Bagaimana aku dapat tahu tak perlu ceritalah
Kawan baik aku ni, satu keluarga dia kena
Sejak sebelum dia dilahirkan
Bermula dari mak dia
Sebabnya, tak diketahui.
Mungkin pasal tanah, mungkin pasal tak puas hati, aku tak tahu
Tapi yang pasti, saudara yang terdekat
Hantu ni sentiasa ikut kawan aku ni (aku budget setiap orang dalam family dia pun ada hantu ikut)
Alhamdulillah, haritu dah merawat kawan aku ni. Tapi still benda itu ada, cuma tak dapat kacau kawan aku ni, selagi ibunya tidak dibuang, selagi itu ada)
Masalahnya, emak dan kakak dia pula yang semakin teruk
Maknya, kat bahu macam ada orang duduk, rasa sakit je. 
Bila waktu azan dan solat baru tak rasa sakit (sebab benda tu keluar kejap)
Tapi lepas tu sakit balik (aku tahu apa benda tu, tapi aku taknak bagitahu korang, karang korang takut pulak)

Kakaknya, situasi lebih kurang sama dengan maknya
Cuma lagi teruk sikit, dia sampai jalan dan diri bongkok sebab rasa bertapa beratnya bahu dia
Kaki rasa ngilu seperti ada benda yang mencucuk-cucuk
Sampai tak larat bangun
Aku harap benda ni dapat diselesaikan cepat. 

Aku doakan semuanya akan baik-baik saja
Aku doakan keluarganya dilindungi
Aku doakan orang yang merawatnya dilindungi
Aku doakan aku juga dilindungi =)

Lindungilah diri kita daripada perbuatan tukang sihir. Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan- (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al-Falaq: 1-5)



Isnin, 8 November 2010

Kenapalah ada orang yang Dengki

KENAPA YA?


أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِيْ لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرٌّ وَلاَ فَاجِرٌ
مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، وَبَرَأَ وَذَرَأَ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ
السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا، وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي
اْلأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ
وَالنَّهَارِ، وَمِنْ شَرِّ آُلِّ طَارِقٍ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا
رَحْمَانُ.



“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, yang tidak akan
diterobos oleh orang baik dan orang durhaka, dari kejahatan apa yang diciptakan
dan dijadikanNya, dari kejahatan apa yang turun dari langit dan yang naik ke
dalamnya, dari kejahatan yang tumbuh di bumi dan yang keluar daripadanya, dari
kejahatan fitnah-fitnah malam dan siang, serta dari kejahatan-kejahatan yang
datang (di waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan Yang Maha
Pengasih.” (HR. Ahmad 3/419 dengan sanad yang shahih, Ibnus Sunni no. 637, lihat
pula Majma’uz Zawa’id 10/127 dan Takhrijuth Thahawiyah lil Arnauth 133.)

Jumaat, 5 November 2010

This Feeling

This is crazy 


and


 I don't know how to handle it

this feeling hurt me, this feeling scared me

I hope I can survive through this period of time

Khamis, 4 November 2010

Kisah Kasih Ku

kisah ku seperti Lagenda Budak Setan

Jika TAK KU ....
Tak mungkin kisah ini terjadi

Terima kasih S, M dan budak baju merah

Jumaat, 29 Oktober 2010

Undur, undur, jangna tak undur

Kalau sesiapa yang biasa dengan mesin minyak Petronas Taman Melati, mesti tahu ada satu jalan kecil lalu masuk sebelah Mc D.

Kisahnya tadi, aku nak gi drive thru Mc D tapau makan untuk Bal, lalula kat jalan kecil tu. Sekali ada kereta saga merah parking situ daaa.. Huh, memalukan kaum Saga SE je. Ciss.

Jadi tak dapatla aku lalu. Kena undur balik. Kat belakang aku ada dua tiga kereta nak lalu kat situ. Aku pun undur perlahan je la kan sebab dah aku mengundur kat jalan utama. Masa mengundur tu, dah perasan muka lelaki perasan macho kereta belakang tu bengang. Mesti dia duk ngutuk aku undur tengah jalan.

Pastu aku dah jalan, aku suh Bal tengok kereta tu. Laju gila dia masuk dan brek mengejut. Wakakakakakakakakakakakakakakakaka!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku gelak gila dengan Bal. Padan muka, berlagak sangat masuk laju-laju. Last-last dia pun mengundur jugak.. Suka gila aku. Wakakakakakakaka!!!

Ok, enough gelak. Tak baik tau gelakkan orang. Eh eh dia pun dah duk ngumpat aku dulu. Ala, tak baikla balas dendam. hehehehhehehehehhe. Gelak lagi.

Team Building 2010 - Fantasy Themed Dinner

Tarikh: 18 -20 Oktober
Tempat: Selesa Beach Resort, PD

Sangat seronok. Tapi masih tak boleh lawan tahun lepas punye membina pasukan. Mungkin sebab tahun ni persediaan untuk malam gala sekejap sahaja. 

Aktiviti makan durian!!! Walaupun bukan musim durian, ada jugak durian. Yummy yummy. Aku buat rekod tau. Aku makan 3 ulas durian je malam tu. Selalunya berbiji-biji aku makan. Lepas abis sesi makan durian. Gossip time di bilik salah sorang dalam gambar ni. Yang amazingnya, ada sorang budak dalam gambar ni tak pernah-pernah makan durian, tetiba makan. you go girl!!! =)

Aktiviti membuat layang-layang. Setiap kumpulan diberi masa 15 or 30 minit (tak ingat berapa minit sebenarnya hehehe =P) untuk membuat layang-layang. Dari tiga layang-layang kumpulan kami buat, dua daripadanya berjaya berada di udara. yeay!!!!!

Sesi berlatih dikir barat. Mentang-mentang la aku main botol yang berisi batu dan pasir je, bolehla aku tangkap gambar. hehehehe

Sesi menghias dewan. Tema malam gala adalah fantasy, myth and ..... (ok aku lupa lagi +___+ )
Semangat diorang mendeco. Bukan setakat menampal dinding, siap ada dragon, hantu bungkus, dan pintu gerbang yang sangat menarik =) (Eleh tak payah cakap, orang-orang PRD memang semuanya kreatif belaka =) )

 MALAM GALA!!!!!!!

Eh ada red riding hood and hot devil laaaaa =)


Puteri kayangan mendapat cahaya dari Mahatma Ghandi dan Bidadari Dewi

Eh eh ada Fiona dan puteri kayangan lagilah. Kali ni dengan kakak tiri cinderella, witch dan pirate =)

Juliette dengan Harry Porter ni ada apa-apa ke? eh.. Hushhhh... senyap-senyap sudey!!! Tengok backdrop tu.. cantikkan

Kenapa pulak witch dengan puteri kayangan ni... Witch ni macam tak suka ye kelembutan puteri kayangan...

Aku tak ingat nama permainan ni. Tapi enjoy gile permainan ni. Kena ada strategi kene kira keuntungan dan kerugian sebelum bertindak

Selain aktiviti di atas, ada explorace, permainan-permainan yang membina pasukan (yela nama pun membina pasukan kan hehehhe), bola sepak dan bola tampar pantai dll. Kali ni, program ni lebih relaks daripada tahun lepas. Walaupun ade yang sakit-sakit badan sebab dah lama tak bersenam, tapi semua orang pun sporting. =)
Looking forward for next year team building pula =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...