Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 3 Januari 2010

Keputusan yang samar-samar

31 Disember lepas
Saya pulang awal dari kerja
Pukul 3 petang

Sebelum itu
Pakwe saya sudah setuju
Setuju untuk jumpa saya
Setuju untuk balik ke Ipoh bersama saya

Pukul 1.30 petang
Dia mesej
Dia tak jadi datang
Serta-merta saya menjadi lemah
Ya, tindak-balas dari hati
Hati yang tak mahu merasa sakit
Menyebar kelemahan ke seluruh badan
Badan menggigil, Kepala sakit

Sebelum ini tidak pernah isytihar putus
Hanya diam dengan sendirinya
Kali ini saya tekad untuk isytihar putus
Hati saya bukan untuk suka-suka

Memang sukar
Mengakhiri 2009 dengan kecewa
Saya terus pulang ke Ipoh
Jadual asal mahu pulang Jumaat pagi
Pulang bersama dia
Sudah begini jadinya
Hanya keluarga yang dapat mengubat

Kali ini saya tidak akan memilih sendiri
Biar orang lain tentukan

Pemulaan 2010
Saya tidak merasa apa-apa
Tidak gembira
Tidak teruja
Tetap, susunan hajat terbayang-bayang
Terbayang-bayang di awangan minda

Kerana itu juga
Saya tidak mengucapkan salam tahun baru


1 ulasan:

  1. ooo...begitukah...ahh...tak kire...nk ucap slmt tahun baru jugak...slmt tahun baru zarith!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...