Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 9 Februari 2010

Punca kemalangan kereta Kancil

Cuti Thaipusam haritu saya kemalangan
Masa tu dalam perjalanan ke KL bersama Along dan Aniza
Lepas sikit dari "exit" Tapah
Tayar belakang kiri Kancil pecah
Saya brek dengan kuat
Kancil masih stabil
Aniza panik
Aniza suruh saya ketepi
Minda saya terus tangkap itu
Saya pun ketepi

Bermula dari situ Kancil terbabas
Melanggar penghalang jalan
Ingat Kancil berhenti disitu
Namun tidak, Kancil berpusing semula
Kancil berhenti ditengah-tengah lebuh raya
Menghalang kedua-dua lorong yang ada
Saya panik masa itu dan berdoa tiada kereta tengah laju
Nasib semua kereta dan lori perlahan waktu itu
Alhamdulillah hayat kami masih panjang

Punca kemalangan:
1. Skru "seat belt" tersembul keluar di bahagian bawah berdekatan dengan tayar kereta



2. Waktu itu Kancil agak berat menyebabkan skru itu mengenai tayar.

3. Skru itu sikit-sikit memotong tayar itu dan akhirnya tayar itu pecah dengan cantiknya. Dawai-dawai halus pada tayar itu terpotong dengan kemasnya oleh skru itu.


4. Akibat membelok sedikit ketepi, kereta terbabas dan menyebabkan kemalangan. Jika saya terus memandu lurus dan brek sehingga berhenti, sudah tentu Kancil tidak terbabas. Namun harus dipastikan juga tiada kereta dari belakang yang laju

Terselamatnya kami:
1. "Kanggaroo bar" yang dipasang dibahagian depan Kancil mengelakkan Kancil kemik teruk dan mengelakkan kami dari tersepit di dalam Kancil


2. Semua kenderaan sudah bergerak perlahan waktu Kancil berhenti ditengah-tengah lebuh raya

3. Kelajuan kenderaan pada waktu tayar pecah adalah lebih kurang 80 ke 90km/j. Maka tidak terlalu kuat menghentam penghalang jalan.

Apa perlu dilakukan?
1. Telefon polis/PLUS

2.Selesaikan dengan PLUS, polis ditempat kejadian

3. Telefon "tow car" atau kebiasaannya "tow car" tiba tanpa diduga. Pastikan "tow car" itu boleh dipercayai . "Tow car" akan bawa kereta ke balai polis trafik dahulu

4. Jika mengalami kecederaan, sila ke hospital.

5. Buat aduan di balai polis trafik

6. Buat salinan aduan

7. Selesaikan kereta perlu dihantar dimana

Kerosakan dan Kecederaan
1. Saya tidak cedera, cuma mengalami sesak nafas selepas kemalangan

2. Aniza muka dan mulutnya bengkak sedikit dan kaki sakit kembali

3. Along tangannya bengkak. Selepas sehari baru sedar bahu pun rasa sakit

4. Akibat menghentam penghalang jalan, kedua-dua tayar depan kancil pecah.

5. Tidak diketahui apa yang rosak dibahagian bonet. Apa yang dapat dilihat, semua benda dalam enjin terhimpit. Nasib baik enjin tidak pecah.

Alhamdulillah hayat kami masih panjang

1 ulasan:

  1. sungguh saya ada masalah kiri dan kanan. sepatutnya tayar kanan yang pecah bukan kiri.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...