Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 4 Mac 2010

Cuti-Cuti: KRABI, THAILAND

Tidak mahu bercerita panjang dan bergambar-gambar kerana kawan saya telah bercerita dengan lengkap di sini. Ya, hampir 6 bulan kami tempah percutian ini di MATTA Fair. Sangat berbaloi-baloi!!!!! Tiket kapal terbang pergi balik, penginapan untuk 4 hari 3 malam dan lompat-lompat pulau (Island Hoping) satu hari hanya berharga RM532. Sangat berpuas hati. Tak percaya cuba baca lagi sekali di sini. Kami ambil pakej Go Holiday Air Asia.

Owh, insiden-insiden yang mendebarkan jantung juga ada.

Seperti ini:
"Eh, mane beg aku? Ko pegangkan tadi? Ha? tertinggal kat bangku?Alamak camane ni, sure dah ilang."

Ini:
"Kamera mane, kan tadi suruh pegang? Macamane ni? Gambar kuda ada dalam kamera tu je, uwaaaa!!!!"

Dan ini:
"Assalammualaikum, you are so pretty. I like you. Saya cinta kamu, can I be your boyfriend?"

Jika teringin ke sana, sila bawa sunblock, suncreen, aftersun spray dan sewaktu dengannya kerana harga barangan ini amat mahal disana. Jika ingin membeli barang, tawar setengah atau suku daripada harga yang dinyatakan oleh penjual. Percayalah, berbaloi-baloi. Owh, jangan lupa juga melakukan Thai Massage. Sangat murah dan merehatkan badan.

Apa lagi ya, hampir semuanya sudah diceritakan oleh kawan saya. Tak perlu saya ulas panjang lebar lagi. Betul memang tidak cukup 4 hari. Rasa mahu pergi ke sana lagi.

Owh tidak sabar untuk cuti-cuti seterusnya. Ada ura-ura dari DGA untuk cuti-cuti seterusnya. MATTA Fair tunggu kami datang!!! =))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...