Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 7 Mac 2010

Jalan-jalan Cari Makan: Madam Lim's Kitchen Restaurant


Restoran ini menjadi tempat kegemaran baru kami untuk makan. Terletak di Jusco AU2 Keramat, ia sesuai untuk mereka yang mahu makan makanan yang biasa ada di kedai-kedai makan tepi jalan tapi dalam suasana yang lebih selesa. Stail masakannya adalah masakan nyonya, masakan cina dan masakan thai. Sebelum ini, tidak pernah lagi makan tomyam di restoran ini. Jadi, kami serumah ingin mencuba tomyam di restoran ini. Hari itu kami memesan:-

Ikan Siakap Goreng Masam Manis
(Sweet&Sour Deep Fried Fish)
RM27

Kailan Sos Tiram
(Choy Tham Stir-Fried with oyster sauce)
RM6

Telur Dadar
(Madam Lim's XL Ommelette)
RM6

Sup Tomyam
(Tom Yum Soup)
RM6

Ais Kisar Coklat
(Chocolate Ice Blended)
RM4.90

Calamansi with Grapefruit
RM4.90

Longan Ice
RM4.90

Secara keseluruhannya, Ikan itu memang kegemaran kami bila berkunjung ke sana. Ikan segar dan sangat sedap. Ada tiga jenis ikan yang anda boleh pilih. Kailan dan telur juga sedap. Tomyam ada perencah yang kurang sedikit, tapi tak tahu apa yang kurang. Tapi masih boleh dimakan. Ice blended sangat sedap. Setiap kali datang sini, saya mesti pesan ice blended ni. Harganya tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah lebih kurang taraf harga makanan di Kuala Lumpur. Harga keseluruhannya? Untuk tiga orang makan adalah RM69.65 termasuk 10% cas servis. Lebih kurang RM23 seorang. Bolehlah sekali sekala makan disini.

Jika berminat untuk mencuba, sila kunjungi restoran ini di Jusco AU2 Setiawangsa. Owh, restoran ini juga terdapat cawangan di Tesco Mutiara Damansara, Tesco Setia Alam, dan Jusco Taman Maluri.

4 ulasan:

  1. waah...jalan2 cari makan...nyummmy..

    BalasPadam
  2. Saya pun suka makan kat sini. Servis pantas, makanan banyak dan sedap. Harga pun OK!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...