Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 28 Mac 2010

MARI MEMASAK: Kari Ikan

Bahan-bahannya:
1) 2 ekor Ikan kembong (atau ikan apa-apa sahaja yang anda suka)
2) 1 peket rempah kari di bancuh dengan air
3) Daun kari
4) 3 ulas bawang putih
5) 5 ulas bawang merah
6) Santan (tapi hari ini saya guna susu rendah lemak)
7) Air asam
8) Garam
9) Bendi (boleh juga guna terung atau timun)

Cara memasak:
1) Tumbuk bawang putih dan bawang merah
2) Panaskan minyak dalam periuk
3) Tumis bawang putih dan bawang merah serta daun kari sehingga naik wangi
4) Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh. Kacau sehingga naik minyak
    Tips: Kalau banyak sangat minyak bila sudah naik minyak, buang sikit minyak tu.
5) Masukkan santan, ikan, bendi, air asam dan garam  secukup rasa
6) Kacau secara menceduk sehingga ikan masak
7) Sedia untuk dihidangkan

Gambar google je nih. Tak sempat ambil gambar, dah ngap habis
{via}


Walaupun  menggunakan susu rendah lemak, rasanya tetap sama seperti guna santan. Nisbah penggunaan santan dan rempah kari adalah bergantung kepada anda. Jika anda suka rasa yang lebih berempah, lebihkan rempah kari dan jika anda suka rasa yang lebih berlemak, lebihkan santan. Selamat mencuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...