Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 19 Mac 2010

Minggu STRESS

Disebabkan satu benda ni saja membuatkan saya stress sepanjang minggu ini.
MICROSOFT OUTLOOK!!!!!! Kenapa kamu buat hal setiap kali saya launch kamu?
Hari Isnin saya launch kamu, saya dah rasa tak sedap hati.
Memang pun, kamu jadi tak betul.
Hari Selasa juga sama, buka sekejap sudah hang
Hari Rabu jadi makin teruk, buka sahaja keluar mesej entah apa-apa
Terus crash tak boleh buka langsung
Saya pun lapor kat MyGeniie petang Rabu tu
Hari Khamis saya menunggu iPerintis call
Tapi setiap kali dia call saya tiada kat tempat saya
Takde pula inisiatif dia mahu call handset saya
Jadi, berkali-kali saya call 1-3333
Selepas cubaan yang keberapa pun saya tak ingat
Akhirnya ada juga yang sanggup jawab call saya
Dia selesaikan masalah saya dengan kamu
Alhamdulillah selesai

Saya ingat berakhir setakat itu je
Hari ni, hari Jumaat, kamu buat hal lagi
Launch je kamu terus hang
Berkali-kali juga saya call 1-3333 untuk selesaikan masalah kamu
Tapi tak dapat juga selesaikan masalah kamu
Dia terpaksa hantar onsite support untuk selesaikan masalah kamu

Microsoft Outlook, kenapa kamu macamni?
Merajuk dengan saya kah sebab saya bawa laptop saya?
Ke ada orang yang hack kamu, sampai kamu sakit macamni.
Harap-harap hari ini selesailah masalah kamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...