Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 16 Mac 2010

Cinta bertepuk sebelah tangan (of heart and feeling)

Supaya perkara ini tak berulang lagi kepada kawan saya yang dua orang ini


Ya kawanku, kamu memang ada perasaan terhadapnya
Tapi kamu tak pasti dia ada perasaan terhadap kamu atau tidak
Dia juga pernah cakap, kita hanya kawan

Walaupun cara dia bercakap dengan kamu
Berbalas mesej dengan kamu
Terasa lebih dari seorang kawan
Namun kamu harus ingat dia hanya kawan saja
Ya, ini pun saya masih tidak paham 
Lelaki, kenapa harus layan lebih-lebih jika hanya kawan
Kamu suka ya ramai perempuan jatuh hati pada kamu
Kamu suka ya melukakan hati ramai perempuan

Lelaki, cara kamu menyebabkan perempuan jatuh hati
Jika hanya kawan, itu saja
Jangan layan perempuan itu seolah-olah perempuan itu kekasih kamu
Kamu hanya merungsingkan dia dan membuatkan dia tidak keruan
Kamu sudah tahu perempuan itu sukakan kamu
Dan kamu tahu kamu tak suka perempuan itu
Jadi, berhenti melayannya seperti kekasih
Berterus-terang saja kamu tiada perasaan terhadap perempuan itu
Tiadalah perempuan itu berada dalam dunianya
Ingatkan kamu menyukainya

Kawanku, itu hak kamu untuk merasai apa sahaja dalam hati kamu
Saya hanya mampu beri pendapat
Jangan jeratkan diri kamu kepada seorang 
Kerana percayalah, 
Ada sesetengah lelaki membuat ranking perempuan mana paling bagus untuknya
Kenapa perlu buat ranking jika lelaki tahu siapa yang dia cintai?
Satu lagi persoalan yang saya masih tidak paham

Dan percayalah,
Sampai masanya kamu akan tahu dengan sendiri

2 ulasan:

  1. huhu tQ my frens..this really helps a lot..;)) aah lelaki mmg camni kan? ntah ape2..x nak tp gaya mcm nak..nak tp gaya mcm xnak..kekonpiusan meletus..

    BalasPadam
  2. hahahahaha, tak sume kot. tapi majoriti memang camtu kot

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...