Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 22 Mac 2010

Sembelit setiap kali travel

Perut saya yang bakal kempis (pshyco =P)

Setiap kali saya travel, mesti saya akan mengalami sembelit. Jika tiga hari, tiga hari tu la saya tidak membuang. Serius, saya tak tahu apa problem perut saya ni. Saya cuba makan banyak buah waktu sarapan dan minum banyak air tetapi masih tiada tanda-tanda saya mahu ke tandas. Sangat tensen. Sembelit satu hal, perut pun mulalah membesar macam orang mengandung gara-gara segala makanan untuk 2-3 hari masih berada dalam perut. Lagi-lagi setiap kali travel, makan mesti makanan laut dan makanan lain yang sedap-sedap. Jika tak makan, rugi. Jika makan pula, kena tanggung akibat perut buncit. Tetapi, apabila sampai sahaja di rumah, dengan sendirinya perut saya memulas-mulas mahu ke tandas untuk melepaskan hajat. Kenapa ya macam itu? Adakah faktor persekitaran mempengaruhi fungsi sistem penghadaman saya?

Memang dari kecil saya selalu sahaja mengalami masalah perut. Saya mula dapat gastrik masa saya berumur 11 atau 12 tahun. Gastrik saya berterusan sehingga umur 17 tahun. Masa umur 14 tahun, perut saya kena bedah sebab apendix. Sekarang ni, selalu sahaja perut saya mengalami ketakhadaman makanan. Apa yang saya perlu lakukan? Mungkin saya patut berpuasa untuk menuetralkan semula enzim-enzim dan hormon-hormon dalam sistem penghadaman saya dan juga berdetoks. Owh ya, saya masih belum mula berdetoks dengan jus yang saya cerita sebelum ini. Saya belum beli blender lagi. hihihihi. Selepas saya beli blender, saya akan cuba jus detoks ini untuk seminggu. Sangat berharap fungsi sistem penghadapan saya menjadi makin baik.

Bercakap tentang makanan laut tadi. Hari ini kami makan malam dekat Restoran makanan laut. Lupa pula saya nama restoran ini. Hidangannya sangat sedap dan banyak. Tak terhabis pun semua makanan itu. Ada Butter Prawn, ketam berempah, ikan talapia masak 'tak tahu', shark fin soup, 'sejenis lala' masak tiram, dan 'sejenis sayur' 'tak tahu masak apa'. Perlukah tidak makan? Owh tidak. Akibatnya, perut saya amak bloated sekarang.

Owh perutku, cepat-cepatlah kamu sembuh

1 ulasan:

  1. haha...ko dh train perut utk setia pade comfortable zone die je iaitu rumahmu saja...ni semua mental neh...haha...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...