Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 21 Mac 2010

Terasa gembira di Kota Kinabalu?(Feeling good in Kota Kinabalu?)

Perasaan saya lebih gembira  di sini. Tiada yang istimewa pun disini, cuma saya rasa lebih gembira dari semalam. Saya akan cuba lupakan soal kerja seketika sepanjang saya berada di KK.

Saya mengharapkan seseorang menyatakan sesuatu pada hari ini tetapi saya sungguh kecewa. Walaupun sebenarnya saya tak patut berharap demikian kerana saya bukan apa-apa baginya, saya tetap manusia yang mempunyai perasaan yang sukar dibendung. Seterusnya ia menyebabkan saya merasa lebih sakit lagi.

Tadi bermesej dengan K, dia risau sebab semua orang kata dia sudah gemuk. Dia pun rasa begitu. Saya tak perasan pula dia dah gemuk. Mungkin sebab saya tak pernah lihat semasa dia kurus. Dari cara dia menulis, saya dapat rasakan K sangat stress dengan keadaannya. Tidak pernah lagi saya jumpa lelaki risau lebih dari perempuan tentang beratnya.Lebih tepat sudah seperti saya, risau sudah gemuk, kemudian jadi emo, kecewa dan menyalahkan diri sendiri. Betul memang sama seperti saya. Saya nak pujuk dan nasihat pun tak pandai sebab saya pun mengalami hal yang sama. Lama saya struggle dengan berat badan saya. Dari berat badan saya naik, turun, naik, turun, dan naik balik. Kemudian saya berfikir, selagi saya dapat kekalkan tahap kesihatan saya, tiada salahnya badan saya besar. Cuma kena kawal sedikit cara pemakanan saya. Setakat ini, tahap kolestrol saya bagus, tahap glukosa saya bagus,tahap urik asid pun bagus, semuanya bagus. Cuma yang tak bagus saya berat sikit daripada berat yang sepatutnya. Ada kawan saya yang kurus, tapi tidak sihat. Ada yang tahap kolestrol tinggi, ada yang tahap glukosa tinggi. Jadi orang tidak boleh judge tahap kesihatan seseorang berdasarkan saiz badannya. Seringkali orang menganggap bahawa orang yang gemuk itu banyak penyakit yang kadang-kadang tidak betul sama sekali. Satu sebab orang kurus  nampak sihat sebab tahap BMR (Basal Metabolik Rate) nya tinggi. Normal BMR untuk perempuan dalam lingkungan 25 tahun adalah 1800. BMR saya pula ialah 1200 dimana sangat rendah. Jadi saya kena berusaha lebih untuk bakar kalori saya berbanding mereka yang mempunyai BMR lebih tinggi. Lain kali saya cerita lebih jelas lagi tentang BMR ini. K janganlah bimbang. Kita berusahalah sama-sama ya =)

Berbalik kepada kegembiraan di KK. Ya lebih gembira kerana saya lebih bersosial hari ini. Saya harus teruskan untuk bersosial dan cuba elakkan perasaan takut dalam diri ini esok. Esok, bermula lawatan lapangan. Harus tidur sekarang supaya esok lebih bersemangat untuk belajar benda baru.

Selamat malam dan moga mimpi yang indah-indah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...