Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 4 April 2010

Kesan Hati Sakit

Owh, baru saya sedar banyak entri saya sejak kebelakangan ini entri hati sakit (itupun setelah diberitahu oleh tunang kawan saya). Pasti kamu meluat membacanya. Hihi, jikalah ada alat yang boleh menyembuhkan hati, kan bagus. Owh mungkin saya perlu lebih dekatkan diri dengan Allah. Baru hati saya gembira.

Hampir juga saya mengalami keruntuhan komunikasi. Saya jadi keras kepala dan mahu menang. Itu penangan bila tidak dapat berbicara dengan aman. Stress dan tanpa teman sosial membuatkan komunikasi saya runtuh

Ahad, satu lagi hari yang bosan tapi penuh terisi. Workout, kemas rumah, masak tengahari dan susun atur bilik sudah terlaksana. Cuma satu lagi yang belum terlaksana, saya mahu tukar window paper bilik saya. Emm, kali ini mahu warna apa pula ye? Pink-purple sudah, oren-maroon sudah. emm, kuning-purple ok tak? wuwuwuwu (gaya sinchan), macam tak sesuai pula dengan saya. Dahla langsir pun sudah warna maroon, nampak janggal pula warna kuning-purple. Mungkin saya patut kekalkan warna maroon itu. Mungkin selepas saya pulsng dari Marudi baru saya selesaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...