Halaman

Pengikut-pengikut

Sabtu, 24 April 2010

Lakukan sesuatu tanpa tahu sebab?

Apa maksud kawan sebenarnya.
Kenapa kawan tak boleh cerita masalahnya pada saya
Padahal kawan mahu saya lakukan satu perkara yang berkait dengan masalahnya
Macam mana saya nak lakukan jika saya tak tahu apa penyebabnya
Apa cerita disebaliknya?

Jika saya lakukan juga tanpa sebab musababnya
Saya tahu, seumur hidup akan saya rasa tak senang hati
Membuat banyak telahan-telahan yang tak tahu betul atau salah

Dua minggu lepas, semasa saya di Marudi, saya sudah buat keputusan membuang kawan dari friend list Facebook saya. Kerana saya tidak mahu jadi stalker kepada kawan lagi. Memang pedih dan sukar dilupakan. Tapi tak sangka selepas saya lakukan itu, saya rasa lebih tenang. Saya masih kawan dengan kawan cuma saya tak mahu tahu hal peribadi kawan lagi.

Tapi tadi, kawan mesej minta saya lakukan sesuatu. Tetapi saya tak mahu lakukan kerana kawan tak  bagitau kenapa saya perlu lakukan. Kawan nampak sangat tertekan, sedih, dan terdesak. Kawan, saya risaukan kamu. Apa yang terjadi pada kamu sebenarnya kawan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...