Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 15 April 2010

Kerja di Marudi

Saya di Marudi untuk belajar tentang land seismic aqcuisition  selama dua minggu. Banyak yang saya jangkakan bila saya berada disini.

Bila dengar cerita-cerita batch sebelum ini, perjalanan meraka adalah sukar dan saya harapkan itu. Tetapi setelah tujuh hari di sini, semuanya adalah sangat mudah bagi saya. Bridging, power rig drilling, uphole, explosive, compressor drilling, recording dan survey semuanya saya saksikan tanpa banyak menggunakan tenaga. Tidak perlu berjalan jauh, tidak perlu daki bukit yang tinggi, tidak perlu melalui paya. Turun sahaja dari bot terus sampai tempat yang dituju. Turun sahaja dari 4WD, hanya perlu jalan beberapa meter sahaja sudah sampai tempat dituju. Tak mencabar dan bosan.

Hari ni, hanya site visit ke mud volcano dan Engkabang-1 well tapi sudah penat. 4WD tidak boleh masuk. Jadi harus lalui kawasan jalan yang teruk sejauh lebih 1 km (atau mungkin lebih 2km) sebelum melalui semak-samun. Jadi bayangkanlah site visit yang tak seberapa pun dah penat tapi yang lain-lain tak penat. Nampak sangat yang lain-lain tu mudah sahaja jalannya. Mungkin yang saya jangkakan tidak berlaku, kerana hanya tinggal flushing sahaja lagi yang tak tengok dan site visit ke field magazine. Juga ke bengkel.


Saya tak rasa gembira seperti gembira yang dirasakan oleh Ana dan Pipah. Kenapakah? Apakah yang membuatkan mereka sangat gembira? Saya masih wonder.

Tapi saya megaku orang-orang di sini sangat peramah. Jadi tidaklah saya rasa sangat kekok di sini. Semuanya peramah dan senang di bawa bersembang. Tujuh hari lagi disini. Jika flushing, site visit, dan bengkel leh habis dalam masa tiga hari, Ada empat hari yang free. Empat hari itu lama, mungkin boleh ulang tengok uphole, drilling ect? Owh, mungkin boleh pergi berjalan-jalan sekitar Marudi dan pergi ke base camp jumpa ahli geofizik dan orang-orang QC.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...