Halaman

Pengikut-pengikut

Sabtu, 15 Mei 2010

Cuti-cuti Malaysia: Langkawi


Minggu lepas pergi Langkawi dengan keluarga. Seronok

8 May 2010
Kami bertolak kira-kira pukul 5 petang dari Ipoh. Sampai di Bertam, Kepala Batas, kami sekeluarga singgah rumah along untuk berehat. Malam tu makan kari kepala ikan kat restoran kawasan Bertam. 

9 May 2010

Dalam pukul 2 pagi bergerak semula sehingga sampai ke Kuala Perlis. Sampai Kuala Perlis dalam pukul 4 pagi. Jadi kitorang tunggulah kat jeti Kuala Perlis sampai kaunter tiket buka pada pukul 6 pagi. Waktu tu berapa kali saya gi tandas pun tak taula. Kena cirit-birit yang sangat teruk. Tak taula sebab makan kari kepala ikan semalam kah. Tapi, orang lain tak sakit pulak perut. huhuhu.

Kat jeti Kuala Perlis ni boleh parking kereta dengan kadar RM10 setiap hari. Bolehlah pilih parking mana-mana yang selesa. Harga feri ke Pulau Langkawi adalah RM13  seorang. Kitorang ambil feri yang paling awal pukul 7 pagi. Hari pun masih gelap masa kitorang naik feri.


Sampai je kat Jeti Pulau Langkawi, ayah cari kereta sewa. Jumpalah kaunter ni. Ayah sewa Vannete dengan harga RM200 untuk tiga hari. Kakak kaunter tu siap promot tiket  kereta kabel RM14. Harga biasa RM15. Jadi kitorang terus beli tiket kat kaunter tu. Lagi murah, sampai kat kereta kabel terus tukar tiket je. Kakak tu pun ada promot pakej lain. Pakej ke Pulau Payar RM95. Tapi kitorang pilih untuk tak ambil lagi pakej tu.

Kereta Kabel dan Oriental Village 


Destinasi pertama kitorang. Panas ok. Tapi teruja. Sampai sahaja terus naik kereta kabel. Seronok sebab tak ramai orang dan tak perlu beratur untuk beli tiket.

Sepanjang perjalanan naik, boleh nampak telaga tujuh. Tapi air dah hampir kering kat situ. Masa kali pertama pergi Langkawi, konon nak pergi Telaga Tujuh, tapi sekerat jalan je sebab mak tak larat nak naik. Dah sampai atas, apa lagi, bergambar-gambar, mendaki dan menuruni tangga. Stamina kena kuat juga ni, kalau tak semput. 


AB Motel vs Malibest Resort


Kitorang dah tempah bilik keluarga kat AB Motel. Aniza bagi salam kat receptionist, tapi salam tak berjawab. Tanya kami dah tempah bilik semua. TAPI, boleh tak makcik tu (dipercayai pemilik motel ni) dengan tiada adabnya tanya balik bilik apa yang kitorang tempah. Mak cakap balik dah tempah takkan la tak tahu. Punya kurang ajarnya, cakap macam nak menengking orang kata takda bilik famili. Kalau nak, kena tempah dua bilik. Semua orang tercengang dan berapi. Hai, masa mak telefon tempah, beria kata ada dan boleh muat 6 orang. Lepas kitorang tanya, ada orang putih tanya makcik tu, elok pulak dia layan. Owh pilih kasih ya makcik. Dengan ini saya blacklist AB MOTEL ni. Ingat takda tempat lain kitorang boleh tinggal ke?Sepanjang Pantai Chenang tu banyak lagi motel, resort, dan hotel pilihla mana suka. Akhirnya kitorang check-in kat Malibest Resort. Walaupun dapat check-in lambat, dalam pukul 3 lebih, (sebab bilik kitorang tak siap kemas lagi, sebab orang duk bilik tu check-out lambat dan sebab orang yang check-out tu telah mengotorkan bilik itu dan merosakkan alat elektrik dalam bilik itu) tapi berpuas hatila dengan bilik famili yang luas. Harga bilik famili RM150 semalam (dekat dengan pantai) dan RM120 semalam (jauh sikit dari pantai).


10 May 2010

Kitorang ambil pakej Island Hoping (Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah) dengan harga RM35 seorang dan pick-up dari resort. Sepanjang Pantai Chenang ni, banyak kauter-kaunter yang tawarkan pakej-pakej aktiviti. Pilihla mana ang korang suka.

Pulau Dayang Bunting

Kat sini terletaknya Tasik Dayang Bunting. Dipercayai sesiapa yang susah dapat anak dan datang kesini mandi dan minum air tasik ini, ada harapan untuk mengandung (Sila baca disini tentang sejarah tasik ini). Aktiviti disini, boleh berenang, main kayak, kayuh bot itik, spa kaki ikan keli. Owh semasa mendaki ke tasik, berhati-hati dengan monyet disitu ya =) 


Pulau Singa Besar

Wah banyak sangat burung helang kat sini. Kalau ada kamera DSLR cantiklah tangkap gambar. Helang kat sini dah moden, tak makan ikan, diorang makan kulit ayam. Kenapa ya terlalu banyak helang di sini? Seronok tengok helang-helang ni sambar makanan dari air

Pulau Beras Basah



Kota Mahsuri dan Pusat Kraf

Destinasi seterusnya, Kota Mahsuri!!! Disini lah terletaknya makam mahsuri, telaga mahsuri, muzium, mini zoo dan macam-macam lagi. Tiket masuk berharga 5 ringgit seorang. Seronok baca sejarah kisah Mahsuri (Saya memang suka sejarah dari dulu lagi =))


Lepas Kota Mahsuri, kononnya nak tengok pameran tekstil kat Pusat Kraf, tapi kitorang sampai kat sana dekat pukul 5. Sempat jalan kejap ja.

Banana Boat @ Pantai Chenang

Sempat jugak naik banana boat sambil melihat matahari terbenam. RM60 satu boat. Tapi sebab kitorang 4 orang je yang naik orang banana boat bagi diskaun RM50.


11 May 2010
Pulau Payar Marine Park

Highlight percutian kami. Snorkerling kat Pulau Payar. Harga pakej RM100 seorang dan pickup dari hotel. Perjalanan menggunakan feri mengambil masa selama sejam. Feri ni ada tiga tingkat. Jadi, sesiapa yang nak berjemur dan udara segar bolehla naik tingkat atas? Kat pulau ni tiada bekalan air tawar. Tandas dan tempat mandi awam pun guna air laut. Air laut kat sini memang sangat jernih. Dari atas pun boleh nampak ikan dan batu karang. 






Lihat apa yang kami jumpa. Gamat, ikan buntal, tiram, ikan (sudah tentulah =P), telur ikan dan nemo!!!!!! =) Owh anak ikan yu pun banyak kat sini =)

Membeli-belah di Pekan Kuah

Malamnya, ke pekan Kuah membeli-belah. Kitorang prefer membeli-belah di kedah Hj Ismail Group sebab banyak pilihan. Seronok mencuci mata kat kedai ni

12 May 2010

Hari terakhir kami. Jalan-jalan di Dataran Helang dan Jety Point =)

Selamat sampai di Jeti Kuala Perlis. Seronok. Rasa nak pergi lagi sebab ada lagi aktiviti yang tak sempat nak buat macam masuk gua, mangrove cruise dan lain-lain.


Saya makin sukalah aktiviti snorkeling. First time snorkeling kat Pulau Pangkor tahun lepas. Lepas tu kat Krabi, Thailand. Ras teringin pulak nak ambil kelas berenang dan Kelas Diving. Baru lagi seronok tengok ikan dan batu karang. Budak-budak DGA dah nak mula kelas renang diorang Isnin ni. Huhuhuhu. Overall memang sangat seronok. Lepas ni, Sandakan pula !!!! =)

2 ulasan:

  1. wahhhh,zarith...i love to see a happy family traveling together. kalau aku nak buat mcm tu kumpul family aku,mesti kena double up the total cost.ramai hokeyyy...

    BalasPadam
  2. nak tangung sorang memang tak mampu la. Tong-tong sume tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...