Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 2 Julai 2010

Hari Sukan Kompeni

Lebih sebulan aku tak update blog ni. Broadband digi aku tiada dengan aku. Sekarang ni pun masih tiada dengan aku. Tapi aku boleh update blog ni sebab ada wifi dekat rig ni. Ya saya dekat rig sekarang dan drilling belum bersambung lagi. Ada masalah dengan bearing MPD. Sudah tentang kerja, bukan korang paham pun nanti sebab aku pun masih tak berapa paham. Masih belajar hehehehe.

Apa terjadi pada bulan Jun?

Korang ingat tak entry aku yang ni?
Aku dah tengok cerita ni dengan kawan serumah aku. Aku punya rate, 2.5 out of 5. Jalan cerita dah ok, cuma pengolahannya tak berapa best. Mungkin sebab novel tu panjang sangat. Maka babak yang penting sahaja dimasukkan. Kalau dijadikan drama, mesti lagi best cerita ni. Tak sampai dua minggu keluar panggung, dah ada dah filem ni kat astro ria. Membazir je rm13 aku

Hari sukan kompeni 
First time aku masuk hari sukan ni. Ada pelbagai permainan. Ragbi, badminton, tenis, futsal, bola tampar, hoki, sepak takraw, bola jaring, dart, karom. Tapi aku tak masuk sukan pun. Aku memang tak berbakat bab-bab sukan ni. Sekadar main biasa-biasa bolehla. Jadi aku masukla pasukan sorak. Pergi menjerit-jerit bila team kita orang lawan dengan team lain. Bukan menjerit-jerit saja, menjerit-jerit beri semangat dan menjerit-jerit bagi pihak lawan gentar. Tapi jujurnya, aku tak tahu samada pasukan sorak membantu pemain atau tidak. Mestila membantukan? Kalau tak, kenapa dia orang request pasukan sorak pergi sorak game tertentu? Yang bestnye, tentula sebab tak perlu masuk ofis selama seminggu. Hilangla stress kerja kejap. Tahun depan, jika ada rezeki lagi boleh lah masuk lagi. =)

Geng-geng sorak =)

Macam banyak yang berlaku pada bulan jun. Tapi tak dapat recall pulak. Hidup aku? masih sama, masih single, masih available. huahuahuahua. Teringat pulak masa aku pas kad kawin kat abang fadhil. Dia ingat kad kawin aku, rupanya kad kawin orang lain. hihiihihihihi. Jangan risau, sampai masa, ada jodoh, adalah aku jemput semua. Kalau tak, takda la. hihihi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...