Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 7 Julai 2010

Penjara Pudu dirobohkan

Sedang-sedang blogwalking, aku terjumpa satu blog ni cerita pasal Penjara Pudu.

Menarik. Sekarang penjara pudu hendak dirobohkan. Selalu je lalu depan tembok penjara pudu ni nak ke Time Square. Dah roboh penjara pudu ni, boleh lagi ke lalu jalan kaki kat situ?(Tiba-tiba aku rindu bau time square, hehehe). Dengan traktor semuanya?

Tentu keputusan sukar dibuat oleh kerajaan. Nak robohkan atau tidak. Aku yang tak tahu menahu sangat jalan disitu dan asal-usul cadangan itu, boleh komen sikit jelakan. Jalan kat situ memang sesak, haruslah kot besarkan jalan disitu. Tapi aku tak berapa setuju kalau nak bina bangunan baru kat situ. Nanti jadi sesak gak jalan di situ walaupun dah dibesarkan. Kalau nak roboh pun, tinggalkanlah sedikit tembok atau pintu gerbang atau bilik terakhir untuk tatapan generasi akan datang. Sekurang-kurangnya mereka tahu la apakah itu Penjara Pudu. Dulu masa berjalan nak ke Time Square, naklah ambil gambar kat pintu gerbang penjara pudu tu. Tapi pengawal kat dalam tu tak bagi kita orang ambil gambar kat pintu gerbang tu. Kenapa ya?

Tahu jugaklah aku sejarah penjara ni sikit-sikit lepas baca dekat sini, situ dan sana. Lepas baca dekat sini, situ dan sana. Aku terasa nak tahu lebih lanjut lagi tentang sejarah penjara pudu ni. (Owh aku memang suka sejarah. Aku suka nak tahu sebab dan akibat sesuatu perkara atau peristiwa itu berlaku.) Tak perlu cerita banyak, terus saja ke sini, situ dan sana.

1 ulasan:

  1. another link
    http://agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_58927ac1-7f000010-1d956ad0-50a2a4f8

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...