Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 7 Julai 2010

Kesan guna telefon bimbit

"Ha apa dia?"
"tak dengarla"
"ulang lagi sekali"

Ini adalah ayat-ayat biasa aku bila aku bercakap di telefon. Mesti akan ada ayat-ayat tersebut. Aku tak dengar dengan jelas apa yang orang sana cakap. Tulah sebab aku tak suka telefon dan lebih suka hantar sms. Dan sebab itu juga aku masih pakai prepaid. Kalau aku pakai postpaid, mestila aku akan rugi. Aku pakai prepaid ni pun kadang-kadang RM30 kadang-kadang RM60 je aku topup setiap bulan. Itu pun masih ada baki lagi kredit aku akhir bulan.

Tapi sekarang ni, aku kena praktis cakap telefon kerana kerja sekarang dan akan datang akan banyak menggunakan telefon. Seperti melapor pagi-pagi ke bandar tentang operasi telaga sekarang. Pagi tadi pun, masa aku melapor, banyak kali aku "ha?", "apa dia?". Teruk, teruk. Haruslah aku selalu telefon orang macam ni. Nak bagi biasa cakap melalui telefon.

Lagipun, cakap melalui telefon bimbit kan tak baik untuk kesihatan. Boleh perasan pun kalau cakap telefon lama-lama telinga aku jadi panas dan kepala aku jadi sakit. ish, ish, ish teknologi yang memudaratkan sungguh. Jadi kurang-kurang la cakap melalui telefon bimbit. Selagi boleh guna talian tetap, gunalah. Lebih selamat.

p/s: owh mencari gambar adalah lama, jadi tiada gambar di entri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...