Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 10 Ogos 2010

Aku Rindu Dia, Kamu, Kekanda, Engkau

Aku RINDU
RINDU kepada siapa?
Dia, kamu, kekanda dan engkau.
Aku RINDU mereka semua


Dia
Dia sudah senyap
Kadang-kadang saja munculkan diri
Kerana dia malu dengan keadaannya tak berjaya
Tapi ada saya kisah?
Dia yang terlalu kisah
Sampai tak nak kontek saya pulak
Apa cerita dia sekarang?
Saya RINDU dia

Kamu
Walau dekat masih terasa jauh
Terpisah oleh jurang mulut yang membisu
Hanya pandangan mata yang berkata
Yang mana kamu dan aku memang mengerti maksudnya
Tapi kamu dan aku masih tak mampu
tak mampu berkata-kata dengan mulut
Bilakah keberanian itu akan ada? 
Pada aku?
Pada kamu?
Aku RINDU kata-kata matamu
Aku RINDU kamu

Kekanda
Kenapa kekanda asyik menghilangkan diri?
Takut dengan adinda ya?
Adinda bukannya makan orang?
Betulkah adinda RINDUkan kekanda.
Atau ada benda lain pada kekanda yang adinda RINDU?
Rasanya betullah
Benda pada kekanda itu yang adinda RINDU
Adinda RINDU kekanda

Engkau
Kenapa aku rasa RINDU pada engkau
Padahal kitakan hanya kawan
Kawan untuk berhibur
Kawan untuk berkongsi cerita
Tapi aku RINDU engkau
Macam ada bibit-bibit cinta disana
Tapi terlalu awal pulak untuk mentafsir
Adakah aku perlu jauhkan diri dari engkau?
Tapi nanti aku RINDU pula kat engkau.
Aku RINDU engkau

Ini tempias-tempias yang sedang aku rasa sebelum menaiki kapal lusa.
Elakkan aku dari meRINDU dia, kamu, kekanda dan engkau.
Kerana belum tentu dia, kamu, kekanda dan engkau akan meRINDUi aku

p/s 1: "Dia" ditujukan khas untuk K_ _ _ K
         "Kamu" ditujukan khas untuk L_ _ _ _ _ P
        "Kekanda" ditujukan khas untuk S_ _ H
        "Engkau" ditujukan khas untuk F _ _ _ _ N
         Semuanya adalah nama samaran yang aku beri

p/s 2 : mode jiwang berkarat-karat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...