Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 17 Ogos 2010

Pakej Digi Broadband

Aku tak jumpa entri yang aku tulis pasal Digi Broadband. Tapi takpelah.
2 Minggu lepas aku pegi PC Fair. Biasalah kat PC Fair mesti ramai orang promo broadband.
Aku dulu beli broadband pun dekat PC fair.  Digi Broadboand

Pakej waktu aku beli dulu adalah macamni:
- Pakej Explore
- Unlimited Usage (Usage sebenar adalah 10gig)
- Free Modem (Harga modem RM180 tak silap)
- RM88 sebulan (Harga sebenar adalah RM108 sebulan)

Kat PC Fair baru-baru ini pula:
- Pakej Explore
- 10gig usage
- Free Modem
- RM78 sebulan (harga sebenar RM108 sebulan)

Kisahnya, aku dah ada broadband. Tapi aku nak tukar pakej baru yang bayar RM78 sebulan. Orang yang promo tu kata boleh. Hanya perlu terminate account lama dan daftar akaun baru. Bolehkah macam tu? Akan takda masalahkah nanti? Cara orang tu promo pun macam dia tak sure juga samada akan ada masalah atau tidak.

Disebabkan aku sudah ada modem, dia promo pula suruh ambil pakej yang paling murah kat aku. aku tak ingat plan ape tetapi bulan-bulan hanya bayar RM38 dengan usage limit 3gig. Tapi dia cakap, disebabkan aku dah ade modem 10 gig, kalau ambil plan RM38 tu pun, still leh guna sampai 10gig. Betulkah macamtuh ke dia nak kelentong aku. Sekarang dia dah buat aku konpius. Usage limit tu ada kaitan dengan modem yang kita gunakah? Setahu aku takda kaitan.

Disebabkan terlalu banyak fikir, aku wat keputusan tak nak tukar plan aku sekarang. Lagi pun aku gembira dengan prestasi digi broadband aku sekarang. Takdanya nak putus-putus line dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...