Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 22 September 2010

Hidup ini adalah pilihan?

Aku sangat gembira harini. Tak tahulah kenapa. Adakah kerana aku memakai baju berwarna oren? Bagi aku, warna oren ini melambangkan tenaga dan gembira. Sebab itulah kot aku gembira semacam. Dulu aku ada cadar warna oren. Aku langsung tak boleh tidur atas cadar tu. Bila aku tukar cadar, baru lah dapat tidur.

Atau mungkin juga sebab aku jumpa seseorang yang sudah sangat lama aku tak jumpa. Dekat sebulan lebihlah juga. Jadi aku sangat rindu nak melihat dia. Bila dapat lihat dia hari ini, aku jadi sangat gembira. Walaupun tak bertegur sapa. Eleh malu-malu taik kucing pulak. Cehh.. =)

Atau mungkin kejadian semalam yang membuatkan aku sangat gembira sehingga terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Kejadian semalam yang merasakan diri ku ini masih dihargai oleh kawan-kawan.

Seseorang pernah berkata kepada aku, hidup ini adalah pilihan. Terpulanglah kepada kita sama ada kita mahu pilihan yang baik atau tidak. Terpulanglah kepada kita mahu cerita tentang jahat kita atau tentang baik kita. Aku berdebat juga tentang perkara ini. Bukankah kita harus bercakap benar walaupun benda itu pahit dan jahat. Lagi-lagi jika ia memberi kesan kepada orang lain. Pilihan kita untuk bercakap benda yang pahit dan jahat mungkin dapat mengelakkan seseorang untuk merasa sakit dengan kebenaran yang kita cakap. Siapa suka jika seseorang itu dapat tahu kita menipuka?. Tak kisahlah kalau perkara yang kita cakap itu akan menyingkirkan kita dari lingkungan sosial.

Motifnya di sini, aku sangat gembira hari ini. Aku sangat gembira dengan pilihan yang aku buat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...