Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 26 September 2010

Kejutan Budaya Sisi Gelap dan Terang Siri 3

Aku alergik dan fobia dengan budak Kluang. Semua pun tak boleh pakai.

Kepada orang-orang Kluang, No offends.

Pengalaman aku yang membuatkan ianya terjadi

Kisahnya adalah lebih kurang seperti ini

Yang berbezanya, aku dah lama kenal budak ni dan selalu juga berjumpa

This is my story:

Dua orang dah budak Kluang aku kenal

Sorang yang si budak S nilah. Tak perlu lah lagi aku cerita pasal budak ni.

Aku nak cerita pasal budak M pulak. Berasal dari Kluang juga. Aku tahu banyak juga tentang kisah silam dia dan aku pernah jumpa adik dia.

Aku dah kenal dia ni lama juga. Dah setahun lebih aku kenal M. Selalu jugak keluar. Tapi ada satu jarak masa ni aku dan M langsung tak kontek. Lebih kurang sebulan sebelum puasa, tiba-tiba aku dapat mesej dari M ni. Ada juga dia call. Tapi kalau call aku malas sikit nak layan.

Dah berapa kali M ajak aku keluar. Tapi berapa kali jugakla aku tolak. Sampailah habis cuti raya. Aku berniat nak jumpa dia. Sebab rasa serba salah haritu dia ajak keluar semuanya aku tolak. Dia gembira aku ajak dia keluar. Hari tu pun adalah hari pertama dia kerja kat tempat baru.

Seperti biasa M ajak aku makan kat tempat kegemaran aku kat Danau Kota. Maka bersembang-sembanglah kami.

Kejutan Budayanya disini.

Dia cakap dia nak kawin dan orang yang paling dekat dengan dia sekarang adalah aku. M merancang nak kawin sebelum umur 30. Umur M sekarang adalah 29. Itu bermaksud adalah tahun depan.

Tapi dia tak da perasaan yang betul-betul mendalam lagi dengan aku (Ini dia cakap ok). Tapi aku ada dalam list dia. Kalau ada jodoh adalah kita (Ini pun dia cakap). Tak pernah tau orang laki cakap kat perempuan yang dia suka, yang perempuan itu ada dalam senarai bakal isteri dia. Dia ingat hati dan perasaan perempuan boleh dimainkan macam itu sahaja? Aku tak kisahlah sangat. Dia pun cakap dia taknak hati dia dan aku terluka kalau tak jadi apa-apa.Dia tahu sangat sakit. Jadi lebih baik kawan dulu.

Aku pula macam nak cerita kisah silam aku. Ingat tak entry ini dan ini. M lah cakap tentang pilihan tu kat aku. Terjadi, pilihan aku sebenarnya adalah silap. Bila aku cerita pilihan aku, pada sesi telefon esoknya. Dia seperti boleh terima. 

Tapi pada keesokan harinya, aku telefon dan mesej langsung tak angkat. Apa ni kata kawan. Tak kisahla kalau dah memang tak boleh ada perasaan mendalam dengan aku. Kawan tetap kawan.  Sekarang M dah lukakan hati aku. Luka sangat tau. Konon tak nak lukakan hati orang. Tapi M dah sangat melukakan hati aku.  Bukan melukakan hati aku sebagai kekasih (sebab aku pun takda perasaan sangat M ni. Hensem memanglah hensem, Tapi bukan taste aku). Tetapi melukakan aku sebagai seorang kawan. Lebih menyakitkan tau

M tarik kerusi aku untuk duduk. M bukakan pintu kereta untuk aku. Tapi M tak cukup gentleman sebab tak balas mesej aku. Senang tak cukup gentlement untuk bagitahu aku M dah taknak kawan dengan aku. Patutlah M jadi lone ranger. Suka sangat tinggal kawan tanpa nota.

Atau mungkin M dah temui list yang baru?


Perlukah aku banned je orang-orang Kluang yang lain?

bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...