Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 21 September 2010

Kejutan Budaya Sisi Gelap Siri 1

Setiap hari ada je kejutan budaya yang aku alami

Ini termasuklah kejutan budaya kepada cara hidup orang-orang tertentu. Tak kisahlah yang gelap atau yang terang.

Aku pernah berkawan dengan seorang lelaki. Lama dah setahun lebih jugak aku berkawan dengan lelaki ni. Dari dia kerja KL sampailah dia kerja kat kampung dia kat Kluang. Masa dia ni kerja Kluang, jaranglah aku kontek dia. Adalah sekali-sekala aku jumpa dia kat KL.

Nak dijadikan cerita, sepatutnya dia datang KL sehari sebelum aku cuti raya. Aku pun tunggulah dia sampai. Tapi aku telefon dan mesej tak angkat langsung. Aku bengang aku balik la rumah. Dalam pukul 6 camtu dia mesej tak dapat datang sebab die kemalangan motor.

Cerita disebaliknya, pada hari yang sama, waktu petang jugak, ada seorang perempuan mesej aku. Aku pelikla, tak pernah ada perempuan nak kenal ngan aku. Jadi aku cakap dengan dia,

“akak ada kacau teman lelaki adik ke? Kalau ada, takpalah adik ambil je dia. Akak taknak”

Mula-mula dia tak nak mengaku. Dia pertikai salahkah perempuan nak kenal dengan perempuan. Malam sikit, barula dia mengaku. Dia tanya samada aku ada kenal budak Kluang ke tak. Ada aku kenal sorang. Dia cakapla yang dia tu adalah teman lelaki dia.

Bila digabungkan dua cerita tu, barulah aku dapat kesimpulannya.

Ceritanya,

Kali terakhir aku mesej lelaki tu sebelum dia tak balas mesej adalah sewaktu dia di atas motor bersama perempuan itu menuju ke bas stesen. Waktu tu, lelaki tu tengah bergaduh hebat dengan perempuan tu. Tak semena-mena, mereka kemalangan. Sepatutnya, lelaki tu naik bas ke KL pada pukul 11.30. Tapi perempuan tu nyatakan mereka berada di bas stesen sampai pukul 1.

Perempuan itu tinggal bersam-sama dengan lelaki tu. Macam suami isteri, tiada ikatan apa-apa. Melalui perempuan itu aku tahu lelaki ini sudah  6 bulan lebih tak bekerja (berdasarkan berapa lama dah perempuan itu tinggal bersama dia). Sewa rumah, makan minum, duit rokok semuanya perempuan tu yang sediakan.

Bukan itu sahaja, kereta satria dia bukan dia beli sendiri, ada seorang peguam perempuan yang bagi dia duit 20K beli kereta.  Peguam perempuan tu mengamuk gila sampai tuntut balik duit dia. Ada lagi seorang budak dari Batu Pahat, lelaki ni minta perempuan BP ni buat loan kahwin untuk dia. Memang tak sedar diri lelaki ni.

Nasib baiklah aku tak berhabis untuk lelaki keparat ni. Ada sekali dia pinjam duit RM150 aku dan aku akan dapatkan balik duit tu. Tapi tak boleh buat cara peguam perempuan tu, lelaki tu pandai tukar no telefon. Ada ke patut lelaki tu suruh aku belanja dia kasut timberland yang harganya lapan ratus. Kasut aku pun tak pernah pun cecah seratus tau. Nasib baik lah aku tak terpedaya dengan lelaki ini.

Waktu tu juga aku rasa tuhan nak bagi petunjuk kat aku yang lelaki ni tak boleh dipakai. Petunjuk sebab dia eksiden. Perempuan yang tinggal sebumbung dengan dia pun ada cakap kat lelaki tu klu dia cakap bohong, adalah benda buruk yang berlaku. Aku sangat bersyukur sebab perempuan ni bagitahu aku. Dari mesej pertama perempuan ni pun aku dah terhidu yang perempuan ini ada kaitan dengan lelaki tu.

Kejutan budayanya disini adalah

Ada juga lelaki yang macamni. Sudahlah tinggal serumah dengan perempuan lepas tu boleh lagi main dengan perempuan lain. Kalau kawan dengan dia, Nampak semuanya jujur berlaka tak terlintas pun difikiran bahawa dia ni menipu. Sekarang semua perempuan yang kawan dengan dia sudah lari. Yang lain-lain tu berhati-hatilah. Kalau terjumpa atau berkenalan dengan orang yang bernama Syahrimay (kadang-kadang dia guna nama tipu, tengok Ic dia), janganlah berkawan dengan dia.

Satu lagi yang aku pelik, perempuan ni dah tahu lelaki ni main banyak, masih lagi tinggal sebumbung dengan lelaki ni. Tak paham betul aku. Aku tanya kenapa, dia cakap nak tengok sampai mana ego lelaki ni. Aku pun nasihatlah dia, tak da gunanya, lelaki memang takkan berubah. Jangan haraplah nak jatuh egonya, kalau ko masih support dia. Sekarang dua-dua pun aku malas nak layan. Tapi perempuan ni selalu gak updet aku apa yang terjadi sekarang.

Jumpa lagi di siri kedua

8 ulasan:

  1. i'm readin' it with jawdrop... wah...kisah benar kah ini zarith?? takutnya aku mendengar benda2 ni jadi kat org sekeliling...-anisah

    BalasPadam
  2. yup kisah benar. kisah ni dipendekkan je. nak cite, smpai ke sudah pun tak habis.. hihihi..

    BalasPadam
  3. OMG.. ade jugak org camni.. nauzubillah.. nasib ko tak tertipu babe!

    BalasPadam
  4. tu la pasal teefa.. gile tak gile

    BalasPadam
  5. laki pisau cukur.teruknyeee.hensem ke x? ngee

    BalasPadam
  6. hensem memang hensem. tapi takleh pakai. tu la je pun modal die nak ayat pompuan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...