Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 24 September 2010

Life is a choice

Life is a choice. Depend on you. On how wisely you make your choice

Seseorang pernah berkata kepada aku. Kita boleh pilih apa yang kita nak orang tahu tentang kita. Kita boleh pilih untuk cakap perkara yang buruk atau baik. Terpulanglah kepada kita. Tapi seseorang itu pilih hanya untuk orang tahu yang baik sahaja.

Katanya, "Buat apa kita nak cerita perkara tak baik, jika perkara tak baik itu membuatkan orang berfikir banyak kali untuk berkawan rapat dengan kita?"

Tapi bagaimana pula jika perkara tak baik itu boleh membawa kesan kepada orang lain? Bukankah Islam mengajar kita untuk bercakap benar sekalipun benda itu pahit?

Jadi aku cuba untuk bercakap perkara yang baik-baik sahaja. Tapi aku jadi rungsing. Aku tak mahu kemudian hari nanti orang lain akan rasa tertipu.

Aku buat pilihan aku. Ada pilihan aku yang betul ada juga pilihan aku yang tak betul. Macam kita jawab soalan objektif kena pilih mana yang betul. Kita pilih mana-mana jawapan yang betul. Tapi hakikatnya, jawapan yang kita rasa betul, salah rupanya.

Apapun pilihan aku, samada betul atau salah. Pilihan itu harus diteruskan. Pilihan itu harus dibetulkan. Jika tak, pilihan yang salah itu akan terus menghantui kita.

mood: geram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...