Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 29 September 2010

PTPTN

Tajuk pun dah jelaskan?

Aku ni antara penerima PTPTN nih. Ye lah, dulu masa kat matriks tak nak belajar sungguh-sungguh. Jadi CGPA pun tak lepas nak mintak biasiswa JPA ke, MARA ke atau PETRONAS ke.

Ini je la caranya untuk aku sambung belajar dengan menerima PTPTN. Jika korang mampu nak belajar tanpa ada pinjaman PTPTN nih, tak payahlah gatal tangan nak terima PTPTN nih. Kemudian hari nanti akan menyusahkan diri korang nak bayar pulak kan? Macam-macam alasan bagi sebab tak nak bayar.

Antaranya:
# Interest a.k.a kos pentadbiran bulan-bulan banyak sangat, penipu je PTPTN nih (hello!!!! kalau nak dibandingkan dengan interest kad kredit or interest loan kereta. Kira paling rendah dah tau interest a.k.a kos perkhidmatan PTPTN ni. Sekarang ni 3%, nanti jadi 1% je)

# Sepatutnya belajar ni kerajaan bagi percuma je (Dah tau macam tu kenapa nak terima PTPTN tu. Pergila minta kat siapa-siapa yang baik hati nak tanggung belajar kau tu)

# Tak tau macamana nak bayar (Ni aku akuilah juga. PTPTN tak terangkan secara jelas macamana nak bayar TAPI usaha lah sikit!!! Buka laman web PTPTN tu. Kat situ ada terangkan macamana nak bayar. Tak pun telefon terus hotline PTPTN tu tanya macamana nak bayar. Apa dia? Tak tahu no rujukan dan no pin? Dalam surat yang PTPTN bagi tu kan ada no rujukan dan no pin. Kalau dah takda surat tu, telefon atau email je PTPTN. Sekarang ni pun PTPTN dah ada forum jika korang ada masalah berkaitan)

Aku ni pun bukannya setiap bulan bayar. Kadang-kadang sangkut juga tak bayar. Tapi sekurang-kurangnya aku bayar la jugak. Dah la pinjam duit orang nak belajar dah tandatangan semua perjanjian kata sanggup terima dan bayar balik. Tup tup, bila dah habis belajar tak nak bayar pulak. Berkat ke korang belajar tu? Masih berhutang. Kalau dari dulu tak setuju tentang PTPTN nih. Tu duit mak bapa aku bayar cukai semualah, jangan gatal tangan nak terima.

Tu satu hal. Hal lagi satu duit PTPTN tu korang betul guna ke untuk tanggung belajar? Ke duit tu korang pergi beli motor baru, handset baru? Pastu duit habis. Nak beli buku dah tak da duit?

OK, cukup pasal tu. Macamana nak bayar dan nak tahu berapa banyak nak bayar? Sila pergi ke laman web PTPTN dan KLIK pada ikon e-fes pada sebelah kanan web.

Aku setuju sangat mewajibkan potongan gaji untuk bayar PTPTN. Walaupun sebenarnya aku lebih suka bayar sendiri. Sebab, jika ada duit lebih, boleh aku bayar lebih sikit PTPTN. Kalau dah buat potongan gaji, banyak tu je la boleh dipotong. Ini sesuai sangat bagi orang-orang yang liat nak bayar tu.


2 ulasan:

  1. couldn't agreeeee more!! SETUJU!! aku cukup marah dgn org yg pinjam ptptn tp TANAK bayar..
    aku pun pinjam gak,walopun liat nak bayar but intention ado NAK bayar..dah lama aku stop ni,kena smbung balik la gayanya...waktu first stat keja aku penah soh company tlg potong gaji aku utk ptptn,tp diorang tanak....bukan polisi la...so sbb tu aku jadi liat....theeheeee.... awal tahun depan aku akan stat bayar balik konsisten...janji kat diri sendiri... tp awat kena awal taun depan,bukan bulan ni......teettttt...

    BalasPadam
  2. ptptn...nntlah..tunggu gaji aku 3ribu baru aku bayor..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...