Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 6 September 2010

Patik Cemburu Melihat Ramai Rakyat Jelata sudah membuat ini

Sudah ramai rakyat jelata blog yang membuat entri raya. Patik pun berkenan juga mahu buat entri raya.

Persiapan Raya patik nak kata terlalu meriah, tidaklah semeriah orang sebelah-menyebelah patik ini. Apa yang mampu dan apa yang berkenan yang itulah patik mahukan.

1)      Patik sudah menghantar baju raya patik untuk dijahit hampir tiga purnama lepas. Namun baju raya patik baru siap pada setengah purnama ini. Kisahnya selepas turun ke darat, patik pulang ke kampung halaman untuk mengambil baju patik. Tapi patik amat kecewa kerana gerai jahitannya tidak buka. Maka patik sudah merajuk dan tidak mahu mengambil baju tersebut. Semasa patik kembali ke tempat membanting tulang,  teman sebanting tulang ada menjual baju raya. Arakian, untuk mengubat rajuk hati patik, patik telah membeli sepasang darinya. Walaupun patik sebenarnya berkenan berpasang-pasang baju yang dijualnya. Patik juga sudah membeli kain untuk menjahit baju patik sendiri.

2)      Tahun ini, patik tidak pula mendapat kuih-kuih pemberian dari sekutu-sekutu tempat patik membanting tulang.  Mungkin kerana patik terlalu lama di perantauan meredah lautan luas, maka patik tidak sempat untuk hadir ke majlis-majlis iftar oleh sekutu-sekutu. Nasib patik amat baik apabila ada penjual  kuih di tempat membanting tulang patik. Maka patik membuat keputusan untuk membeli sejenis kuih sekadar memenuhi syarat kemeriahan raya nanti

3)      Persiapan ini pula hanya kebetulan sahaja apabila patik sebenarnya mahu mencari capal bertutup untuk digunakan semasa patik meredah lautan. Entah bagaimana patik terpana melihat sepasang capal yang amat memikat hati kesuma patik ini. Maka tidak semena-mena, patik mahu capal itu. Sudahnya, patik membeli kedua-duanya dan capal yang menambat hati kesuma patik ini, patik tinggalkan sahaja di tempat patik membanting tulang dahulu.

4)      Persiapan lahir patik semuanya hampir lengkap. Bagaimana pula dengan  persiapan batin dan rohani. Owh persiapan yang tak kekal sahaja yang patik lagak-lagakkan. Persiapan kekal biarlah tidak dilagak-lagakkan. Tapi tanggungjawab utama belum patik dan rakyat jelata selesaikan lagi. Puasa dan zakat fitrah.

Kepada pembaca-pembaca setia blog patik,

1)      SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

2)      Maafkan patik yang hina ini jika selama ini tulisan-tulisan patik  ada menyakitkan hati pembaca-pembaca sekalian

3)      Selamat memacu kenderaan. Memaculah dengan hawa dingin bukannya dengan hawa nafsu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...