Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 12 Oktober 2010

101010: Kemalangan Ngeri Bas Ekspres Delima

Peristiwa dan Tragedi.
Itu yang ada.
Ramai yang pilh tarikh ini untuk meraikan cinta.
Termasuklah angkasawan negara Sheikh Muszaffar.
Kawan-kawan aku pun ramai yang memilih tarikh ini untuk meraikan hari bahagia.
Tahniah aku ucapkan kepada semua. Semoga kamu semua bahagia hingga ke anak cucu.

Ramai juga yang memilih harini untuk melakukan aktiviti istimewa
Termasukla dekat rig ni.
Sebagai menyematkan tarikh ini dalam sejarah

Tetapi, tarikh ini juga memperlihatkan tragedi.
Tragedi Oktober.
Tragedi berdarah.
Tragedi yang meragut nyawa.
Bukan, bukan seperti tragedi 13 Mei.
Ini tragedi yang boleh dielakkan

Kemalangan ngeri Bas Ekspress Delima.
12 mati ditempat kejadian.
Ramai yang cedera parah.
Ngeri dan sangat sedih.

Walaupun memandu dengan berhemah
Sedaya upaya kita berhati-hati di jalan raya
Tapi akibat kecuaian orang lain
Orang lain yang menjadi mangsa

Teringat kembali kemalangan bas dari Melaka ke Pulau Pinang
Seorang sahabat satu "school physics" USM terkorban
Waktu itu arwah dalam perjalanan ke konvo USM
Tidak sempat arwah menerima ijazahnya.
Al-fatihah untuk arwah.

Banyak gambar-gambar kemalangan yang aku tengok dalam FB
Sangat mengerikan dan sangat sayu
Ok sudah

Taknak memperkatakan siapa yang bersalah.
Apa tindakan yang perlu di ambil.

Al-fatihah untuk keluarga mangsa yang terlibat


إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى وَآُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَ  مى
                                            فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ.....



Sesungguhnya hak Allah adalah mengambil sesuatu dan memberikan sesuatu.
Segala sesuatu yang di sisi-Nya dibatasi dengan ajal yang ditentukan. Oleh karena
itu, bersabarlah dan carilah ridha Allah.” (HR. Al-Bukhari 2/80; Muslim 2/636.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...