Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 9 November 2010

Sambungan Kenapalah Ada Orang Yang Dengki

Sudah lama aku tak menumpukan perhatian menulis blog ni.
Aku banyak tumpukan perhatian terhadap hati aku
Maaflah ye, memang tak dapat nak elak.

Ingat tak entri ini?
Kenapalah ada orang yang dengki?
Maksud aku kenapalah ada orang yang dengki sampai sanggup gunakan ilmu-ilmu salah?
Takkanlah pasal tanah sekangkang kera tu pun sanggup nak hantar hantu kat keluarga sendiri.
Sudah pula satu keluarga pulak kena?

Geram betul aku orang-orang yang begini.
Tanah sekangkang kera tu bukannya boleh jamin kau masuk syurga

Aku dah beberapa kali dengar cerita dari orang sekeliling aku yang kena benda-benda macam ini.

Masa aku menyewa kat Sri Nilam, Ampang dulu,
Kakak ni cepat sangat naik pangkat (dah keja dia bagus mestila senang naik pangkat kan)
Ada pula orang yang dengki, hantar benda bukan-bukan
Pemilik rumahtu perasan, tiba-tiba ja bilik kakak ni penuh dengan langau
Padahal bilik-bilik lain kat rumah tu takda pun
Jadi pemilik rumah tu bacalah ayat suci al-quran
Baru hilang langau-langau itu

Di rumah yang sama
Lagi seorang kakak kena juga
Tak tahu sebab apa orang buat kat dia
Dia alami sakit kepala yang sangat teruk

Kawan baik aku sorang ni pun kena juga
Bagaimana aku dapat tahu tak perlu ceritalah
Kawan baik aku ni, satu keluarga dia kena
Sejak sebelum dia dilahirkan
Bermula dari mak dia
Sebabnya, tak diketahui.
Mungkin pasal tanah, mungkin pasal tak puas hati, aku tak tahu
Tapi yang pasti, saudara yang terdekat
Hantu ni sentiasa ikut kawan aku ni (aku budget setiap orang dalam family dia pun ada hantu ikut)
Alhamdulillah, haritu dah merawat kawan aku ni. Tapi still benda itu ada, cuma tak dapat kacau kawan aku ni, selagi ibunya tidak dibuang, selagi itu ada)
Masalahnya, emak dan kakak dia pula yang semakin teruk
Maknya, kat bahu macam ada orang duduk, rasa sakit je. 
Bila waktu azan dan solat baru tak rasa sakit (sebab benda tu keluar kejap)
Tapi lepas tu sakit balik (aku tahu apa benda tu, tapi aku taknak bagitahu korang, karang korang takut pulak)

Kakaknya, situasi lebih kurang sama dengan maknya
Cuma lagi teruk sikit, dia sampai jalan dan diri bongkok sebab rasa bertapa beratnya bahu dia
Kaki rasa ngilu seperti ada benda yang mencucuk-cucuk
Sampai tak larat bangun
Aku harap benda ni dapat diselesaikan cepat. 

Aku doakan semuanya akan baik-baik saja
Aku doakan keluarganya dilindungi
Aku doakan orang yang merawatnya dilindungi
Aku doakan aku juga dilindungi =)

Lindungilah diri kita daripada perbuatan tukang sihir. Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan- (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al-Falaq: 1-5)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...