Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 8 Disember 2010

Jauh dari perasaan

Asyik hal perasaan je. Takda cerita lain kah untuk diceritakan. Eh suka hati akulah.

Tahun 2010 tahun paling kelam kabut bagi aku. Lagi-lagi hal kerja. Tapi aku gembira dengan kerja aku sekarang. Budak-budak di pejabat pun baik-baik sahaja. Cumanya dari segi pengurusan kerja je yang aku tak dapat tangani.

13 Disember aku ada penilaian (ACD). Tahu tak, aku tak membuat ulangkaji apa-apa lagi. Sudah pula harini ada kos sampai hari Jumaat. Hari Jumaat lepas kerja, aku terus nak balik Ipoh. Kakak aku tunang 12 Disember tu. Habis bila masa aku nak mengulangkaji nih? Aduh pening aku memikirkannya. Taktau lah nak kata bernasib baik atau tidak. Ruler ACD aku adalah Reservoir Geophysics bukannya Reservoir Geoscience. Bernasib baikkah sebab aku tak pernah buat kerja berkaitan seismik nih makanya tak perlulah aku mengulangkaji gila-gila atau bernasib burukkah sebab masa ACD nanti sudah tentu aku boleh dapat satu sahaja. Apapun aku masih menganggap diriku dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan kerja. Tahun depan, walau apapun rintangan, aku mahu lulus ACD aku.

Kerja ku sekarang? Suka walau masih takut-takut. Kalau bos suruh pergi pelantar gerudi, dengan rela hatinya aku mahu pergi. Seronok tau duduk laut. Tak perlu nak fikir hal-hal darat nih. Rasa ringan je kepala. Tapi aku kena fikir jugak KPI aku yang lain. Aku tak pernah lagi jadi operation geologist. Aku tak pernah lagi jadi project geologist. Eh apa ni, bukan kah ruler ACD aku sekarang adalah Reservoir Geophysics? Tak pedulilah aku, selagi aku gembira dengan kerja aku. Silap-silap tahun depan aku tukar ruler pulak. Relaks relaks, kita cuba dulu. Belum cuba belum tahu kan.

Hidupku pun lebih gembira sekarang. Takda lagi rasa murung, takda lagi rasa sedih. Ya, hidup ini penuh hikmahnya. Dalam pada aku sangat rendah, sangat murung, sangat menuduh segalanya, tuhan menyelamatkan aku dari segala yang buruk. Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat. Jadi janganlah pernah kamu berputus asa. Pasti saat-saat rendah kamu itu akan dibalas. Bertahanlah dan bersabarlah.

Tahun 2011, aku pasti banyak halangan yang aku hadapi. Tapi aku akan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segalanya. Agar dipermudahkan jodoh ku. Agar jalan 2011 aku lebih lurus. Agar aku lebih bersemangat untuk bekerja. Ya itu harapan ku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...