Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 7 Disember 2010

Kampungnya

Aku tak jumpa external hardisk aku. Adush kemana la aku tertinggal. Jangan tertinggal di labuan sudah. Down.......

Aku kampungnya.

Kampungnya aku. 
Aku tak peduli. 
Aku kekal begini.
Kekalnya aku begini kerana aku tak mahu. 
Aku  tak mahu aku leka.

Aku tahu aku tak kuat menahan nafsu.
Selalu sahaja aku terpesong.
Lalai dengan keseronokan duniawi.
Kekalkanlah kampungku.

Jika ku berubah pun
Aku berubah untuk harga diriku
Aku berubah untuk masa depanku

Aku terkejut dan aku terpaku
Aku tak  mampu seperti mereka yang bandar
Mereka sibuk dengan urusan keseronokan
Cukuplah aku begini

Eh eh tapi aku nak juga bergaya macam mereka
Tapi aku tak pandailah
Aku ni sempoi-sempoi je
Duit pun tak banyak nak bergaya sakan

Mampukah aku untuk menjadi mereka yang baik
Aku tak setaraf mereka itu
Tapi aku nakla mereka yang baik
Aku nak jadi baik
Aku nak harga diriku terjaga
Aku nak jalan di depan ku lurus

Jika tidak dapat mereka yang baik pun
Aku sudah bersedia untuk kekal begini
Besedia dengan rancangan hadapan

Jika terpaksa aku teruskan hal ini sepanjang hidupku
Aku sanggup
Tak ada apa lagi yang aku tunggu kecuali mereka yang baik
Jika tak kesampaian, inilah aku

Walau sejauh mana aku pergi, walau sejauh mana rasa ku ini. Lindungilah aku. Kuatkanlah hati ku. Kuatkanlah hati mereka yang baik. Jalan yang aku pilih sukar. Sangat sukar. Kuatlah wahai hati.

Ku harap kampungnya aku . Ku harap aku kekal

*UPDATED: Rupa-rupanya harddisk tertinggal kat rig

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...