Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 25 Januari 2010

Apa maksudnya

Seseoranga menghantar mesej kepada saya:

Dalam hidup kita
Allah akan bagi peluang untuk berjumpa dengan orang yang betul-betul kita sayang
Tapi hanya sekali
Sekiranya kita leka
Kita akan kehilangannya selamanya
Tetapi,
Kita tak pernah tahu siapa orangnya
Jika kita sendiri tidak pernah sedar dan tak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya
Mungkin,
Setelah segalanya berlalu,
Kita mula sedar dan munngkin kita tak berpeluang memiliki dirinya untuk selama-lamanya


Sungguh saya tidak paham apa maksudnya

Isnin, 11 Januari 2010

Lets make it clear ~ random

1) Berita saya sudah break up dengan pakwe nombor dua adalah benar.

2) Eye candy saya di ofis adalah wujud dan tetap menjadi eye candy sahaja.

3) Saya tidak akan mengambil tahu apa-apa pun tentang eye candy saya. Jadi hentikan bertanya. Sesiapa yang bertanya, saya akan buat gossip baru.

4) Saya mohon maaf kepada Husna dan Nazrie tentang gossip harini. Ini adalah kerana Nazri menuduh saya suka buat gossip. Maka saya pun membuat gossip di status facebook saya dengan harapan mendapat hint siapa yang bagi bunga kepada Husna.

5) Husna mendapat sejambak bunga merah jambu sempena hari jadinya dan orang yang memberinya bunga masih menjadi tanda tanya.

6) Apa-apa pun "I live in the now". Today i can be very naughty. Then tomorrow i can be very quite.

Rabu, 6 Januari 2010

Eye Candy

Ohh DGA-DGA ku sayang, maaf buat kamu semua berteka-teki siapakah mata gula-gula itu. Saya masih tidak boleh beritahu siapakah dia kerana saya adalah malu. Tapi sebelum ni ada beberapa kali saya tulis dalam blog ini tentang dia. Satu entri tentang mimpi jogging bersama.

Am I officially a stalker? OMG, terasa macam budak-budak pulak.. Oh i dont care.

Ahad, 3 Januari 2010

Keputusan yang samar-samar

31 Disember lepas
Saya pulang awal dari kerja
Pukul 3 petang

Sebelum itu
Pakwe saya sudah setuju
Setuju untuk jumpa saya
Setuju untuk balik ke Ipoh bersama saya

Pukul 1.30 petang
Dia mesej
Dia tak jadi datang
Serta-merta saya menjadi lemah
Ya, tindak-balas dari hati
Hati yang tak mahu merasa sakit
Menyebar kelemahan ke seluruh badan
Badan menggigil, Kepala sakit

Sebelum ini tidak pernah isytihar putus
Hanya diam dengan sendirinya
Kali ini saya tekad untuk isytihar putus
Hati saya bukan untuk suka-suka

Memang sukar
Mengakhiri 2009 dengan kecewa
Saya terus pulang ke Ipoh
Jadual asal mahu pulang Jumaat pagi
Pulang bersama dia
Sudah begini jadinya
Hanya keluarga yang dapat mengubat

Kali ini saya tidak akan memilih sendiri
Biar orang lain tentukan

Pemulaan 2010
Saya tidak merasa apa-apa
Tidak gembira
Tidak teruja
Tetap, susunan hajat terbayang-bayang
Terbayang-bayang di awangan minda

Kerana itu juga
Saya tidak mengucapkan salam tahun baru


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...