Halaman

Pengikut-pengikut

Sabtu, 27 Februari 2010

Krabi Update? No, not now...

No, not now. Because i'm not in the mood. Means, my writing will be full of negative emotion. Then, the happy story will be story full of tension to reader. For the time being, please go here:





Ahad, 21 Februari 2010

MARI MEMASAK Sambal Sosej

BAHAN-BAHAN:

1) Bawang besar sebiji (dipotong)
2) Bawah putih 3 biji (dipotong)


3) Cili kering dikisar (dalam kes ini ditumbuk kerana tiada 'blender' =P)



4) Sosej dipotong ikut kekreatifan anda =)



5) Air asam secukup rasa
6) Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
1) Panaskan minyak didalam kuali
2) Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
3) Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan masak sehingga naik minyak
4) Masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa (jika suka pedas, tak perlu masukkan gula kerana bawang besar sudah memaniskan masakan =))
5) Masukkan sosej dan masak sehingga sosej masak
6) Sedia untuk dihidangkan


Sambal sosej ini boleh dimakan bersama-sama nasi putih atau pun roti tak kirala roti canai atau roti gardenia =P

Jersi Liga Malaysia

Kepada peminat-peminat Liga Malaysia di luar sana, anda berpeluang untuk mendapatkan jersi-jersi liga malaysia dengan harga berpatutan.



Sila ke pautan di bawah untuk mendapatkan Jersi Liga Malaysia kegemaran anda.




Untuk sebarang pertanyaan, sila email ke:
malaysianleaguejersey@gmail.com

Khamis, 18 Februari 2010

Tersalah nombor ke?

Tidak pernah dalam hidup saya merasa meluat kepada seorang lelaki.
Caranya sama, tersalah nombor lagaknya.
Lepastu terus nak berkenalan pula.
Dari caranya tiada keikhlasan cuma mahu mengambl kesempatan saja.
Meluat sungguh saya.
Bukan saya sombong.
Saya cuma tiada hati untuk berkenalan dengan lelaki lagi.
Cukup setakat ini saya mengenali lelaki.

Berminat untuk hidup

Sampai satu tahap..
Semua yang ada terasa sangat bosan
Patutlah ada orang yang sanggup mengakhiri hidupnya
Apabila tiada apa lagi yang orang itu berminat untuk lakukan
Bertuah saya masih ada Islam
Yang terus menyuluhi hidup
Walaupun selalu juga saya terpesong
Saya terus berdoa supaya saya masih berminat dengan hidup ini

Jumaat, 12 Februari 2010

Luahan Perasaan - Saya Tidak Peduli

Saya tidak peduli samada kamu mahu kutuk dan mengumpat saya selepas membaca blog saya
Seperti yang saya nyatakan, adakah saya cukup berani?
Cukup berani untuk apa?
Cukup berani untuk menerima kutukan dan umpatan kamu semua
Seperti, 'Eleh itu pun nak cite kat blog? Tak maluke orang lain tahu?'
Dan seperti, 'Apa luahan perasaan ko harini?'
Harap saya cukup berani. Kamu akan tahu saya tidak cukup berani apabila blog ini menjadi rahsia kembali.

Selasa, 9 Februari 2010

Punca kemalangan kereta Kancil

Cuti Thaipusam haritu saya kemalangan
Masa tu dalam perjalanan ke KL bersama Along dan Aniza
Lepas sikit dari "exit" Tapah
Tayar belakang kiri Kancil pecah
Saya brek dengan kuat
Kancil masih stabil
Aniza panik
Aniza suruh saya ketepi
Minda saya terus tangkap itu
Saya pun ketepi

Bermula dari situ Kancil terbabas
Melanggar penghalang jalan
Ingat Kancil berhenti disitu
Namun tidak, Kancil berpusing semula
Kancil berhenti ditengah-tengah lebuh raya
Menghalang kedua-dua lorong yang ada
Saya panik masa itu dan berdoa tiada kereta tengah laju
Nasib semua kereta dan lori perlahan waktu itu
Alhamdulillah hayat kami masih panjang

Punca kemalangan:
1. Skru "seat belt" tersembul keluar di bahagian bawah berdekatan dengan tayar kereta



2. Waktu itu Kancil agak berat menyebabkan skru itu mengenai tayar.

3. Skru itu sikit-sikit memotong tayar itu dan akhirnya tayar itu pecah dengan cantiknya. Dawai-dawai halus pada tayar itu terpotong dengan kemasnya oleh skru itu.


4. Akibat membelok sedikit ketepi, kereta terbabas dan menyebabkan kemalangan. Jika saya terus memandu lurus dan brek sehingga berhenti, sudah tentu Kancil tidak terbabas. Namun harus dipastikan juga tiada kereta dari belakang yang laju

Terselamatnya kami:
1. "Kanggaroo bar" yang dipasang dibahagian depan Kancil mengelakkan Kancil kemik teruk dan mengelakkan kami dari tersepit di dalam Kancil


2. Semua kenderaan sudah bergerak perlahan waktu Kancil berhenti ditengah-tengah lebuh raya

3. Kelajuan kenderaan pada waktu tayar pecah adalah lebih kurang 80 ke 90km/j. Maka tidak terlalu kuat menghentam penghalang jalan.

Apa perlu dilakukan?
1. Telefon polis/PLUS

2.Selesaikan dengan PLUS, polis ditempat kejadian

3. Telefon "tow car" atau kebiasaannya "tow car" tiba tanpa diduga. Pastikan "tow car" itu boleh dipercayai . "Tow car" akan bawa kereta ke balai polis trafik dahulu

4. Jika mengalami kecederaan, sila ke hospital.

5. Buat aduan di balai polis trafik

6. Buat salinan aduan

7. Selesaikan kereta perlu dihantar dimana

Kerosakan dan Kecederaan
1. Saya tidak cedera, cuma mengalami sesak nafas selepas kemalangan

2. Aniza muka dan mulutnya bengkak sedikit dan kaki sakit kembali

3. Along tangannya bengkak. Selepas sehari baru sedar bahu pun rasa sakit

4. Akibat menghentam penghalang jalan, kedua-dua tayar depan kancil pecah.

5. Tidak diketahui apa yang rosak dibahagian bonet. Apa yang dapat dilihat, semua benda dalam enjin terhimpit. Nasib baik enjin tidak pecah.

Alhamdulillah hayat kami masih panjang

Eye Candy oh Eye Candy

Its all started when I stated in my facebook's status


Then the DGA start investigate on me
They got bored of me for not telling them
Then Chuna brought it back again in her Facebook's status


Havoc again in the office

The girls and the guys start teasing me

Still I don't want to reveal

But when I'm thinking back

Its better for me to confess to my dearly DGA

So, here I am today with my Monday blues

I confess to them and hope this will end

Happy eye-candy searching to those who dont have

Happy eye-candying to those who have

And not to worry if you don't have any eye candy

Because you know you dont have to have one =))

Isnin, 8 Februari 2010

Buka Kembali

Saya tak rasa saya bersedia untuk buka blog ini kepada umum. Walaupun saya sudah lama berblog. Saya mahu lihat berapa lama saya dapat bertahan dengan terbukanya blog saya kepada umum. Bertapa saya dapat menerima cemuhan, kritikan, pendapat dan pujian daripada pembaca. Saya mahu melatih hati saya untuk tidak terlalu sensitif dengan hal yang kecil-kecil. Iyalah, blog saya ini kan penuh dengan luahan jiwang dan sedikit umpat dan keji. Jadi, mari melatih hati. Dalam masa 3 hari ini, saya akan buka blog ini kepada umum.

Dengan Penuh Cinta,
zarith =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...