Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 31 Mac 2010

Tahu jalan atau tidak

Tahu jalan KL atau tidak,
Aku tak mahu terlalu bergantung kepada Saga ku.
Jika ada pengangkutan yang lebih cepat dan jimat, apa salahnya.
Owh, satu penyataan yang menyatakan aku tidak mahu hidup senang
Nanti aku leka dan bergantung sahaja

Tahu jalan berkawan atau tidak
A rasa apa yang dia cakap lebih penting dari apa yang B cakap
B juga ingin perhatian
Berkawan bukan hanya satu hala
Berkawan perlu dua hala
Kalau B asyik concern tentang A
Tapi A tak concern tentang B
Tak guna juga, A hanya membuatkan B rendah diri
Lebih baik B wat sorang semua benda

Bila A mahu pendapat, B bersungguh memberi pendapat dengan ikhlas
Tapi bila B mintak pendapat, acuh tak acuh sahaja A
Kadang-kadang meninggalkan B terkial-kial membuat pilihan
Sungguh B kecewa

A berhak merasakan diri dia penting
Tapi A bukan hidup bersendirian
Bukan semua yang A buat PENTING

Selasa, 30 Mac 2010

Pergi jauh dari sini

Aku mula merindui mu
Aku mula perlukan mu
Tolong pergi jauh dari sini
Jika kamu hanya terus membuat hati aku suka
Jika kamu hanya terus membuat hati aku berdebar

Walaupun kamu dan aku tahu
Kamu tak mahu aku

p/s: penangan karok lagu jiwang

Ahad, 28 Mac 2010

MARI MEMASAK: Kari Ikan

Bahan-bahannya:
1) 2 ekor Ikan kembong (atau ikan apa-apa sahaja yang anda suka)
2) 1 peket rempah kari di bancuh dengan air
3) Daun kari
4) 3 ulas bawang putih
5) 5 ulas bawang merah
6) Santan (tapi hari ini saya guna susu rendah lemak)
7) Air asam
8) Garam
9) Bendi (boleh juga guna terung atau timun)

Cara memasak:
1) Tumbuk bawang putih dan bawang merah
2) Panaskan minyak dalam periuk
3) Tumis bawang putih dan bawang merah serta daun kari sehingga naik wangi
4) Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh. Kacau sehingga naik minyak
    Tips: Kalau banyak sangat minyak bila sudah naik minyak, buang sikit minyak tu.
5) Masukkan santan, ikan, bendi, air asam dan garam  secukup rasa
6) Kacau secara menceduk sehingga ikan masak
7) Sedia untuk dihidangkan

Gambar google je nih. Tak sempat ambil gambar, dah ngap habis
{via}


Walaupun  menggunakan susu rendah lemak, rasanya tetap sama seperti guna santan. Nisbah penggunaan santan dan rempah kari adalah bergantung kepada anda. Jika anda suka rasa yang lebih berempah, lebihkan rempah kari dan jika anda suka rasa yang lebih berlemak, lebihkan santan. Selamat mencuba


Weekend Randomness

Saturday:
~ Going to facial treatment at Ampang for only RM36 =)
~ Pickup K at Wangsa Maju LRT and head up to Kilang Jambu88, Taman Medan. Some serious business have to be done.
~ Walk around at Sunway Pyramid with K, bored just because I'm really tired
~ Overnight in my car

Sunday:
~ Drive alone from Sunway Pyramid to Taman Melati for the first time. Lost, cannot found the exact road. Fortunately found the Duke Highway signboard. =)
~ Shopping alone at Pasar Minggu Taman Melati and Carrefour. Yeay!!! dah beli blender yang murah!!! =D Gonna start my detox juice tonight. =)
~ Cook for lunch. The menu: Fish Curry, Paku Pakis Tumis, and Lina's nugget.
~ Clean up the refrigerator. Banyaknya coklat dan jeruk dalam peti ais. Sape nak!!!!

Jumaat, 26 Mac 2010

Fasa termenung

Masa beli makanan termenung
Masa reverse kereta termenung
Owh bila lah nak berlalu fasa termenung ni
Banyak sangat berfikir ni

Isnin, 22 Mac 2010

Sembelit setiap kali travel

Perut saya yang bakal kempis (pshyco =P)

Setiap kali saya travel, mesti saya akan mengalami sembelit. Jika tiga hari, tiga hari tu la saya tidak membuang. Serius, saya tak tahu apa problem perut saya ni. Saya cuba makan banyak buah waktu sarapan dan minum banyak air tetapi masih tiada tanda-tanda saya mahu ke tandas. Sangat tensen. Sembelit satu hal, perut pun mulalah membesar macam orang mengandung gara-gara segala makanan untuk 2-3 hari masih berada dalam perut. Lagi-lagi setiap kali travel, makan mesti makanan laut dan makanan lain yang sedap-sedap. Jika tak makan, rugi. Jika makan pula, kena tanggung akibat perut buncit. Tetapi, apabila sampai sahaja di rumah, dengan sendirinya perut saya memulas-mulas mahu ke tandas untuk melepaskan hajat. Kenapa ya macam itu? Adakah faktor persekitaran mempengaruhi fungsi sistem penghadaman saya?

Memang dari kecil saya selalu sahaja mengalami masalah perut. Saya mula dapat gastrik masa saya berumur 11 atau 12 tahun. Gastrik saya berterusan sehingga umur 17 tahun. Masa umur 14 tahun, perut saya kena bedah sebab apendix. Sekarang ni, selalu sahaja perut saya mengalami ketakhadaman makanan. Apa yang saya perlu lakukan? Mungkin saya patut berpuasa untuk menuetralkan semula enzim-enzim dan hormon-hormon dalam sistem penghadaman saya dan juga berdetoks. Owh ya, saya masih belum mula berdetoks dengan jus yang saya cerita sebelum ini. Saya belum beli blender lagi. hihihihi. Selepas saya beli blender, saya akan cuba jus detoks ini untuk seminggu. Sangat berharap fungsi sistem penghadapan saya menjadi makin baik.

Bercakap tentang makanan laut tadi. Hari ini kami makan malam dekat Restoran makanan laut. Lupa pula saya nama restoran ini. Hidangannya sangat sedap dan banyak. Tak terhabis pun semua makanan itu. Ada Butter Prawn, ketam berempah, ikan talapia masak 'tak tahu', shark fin soup, 'sejenis lala' masak tiram, dan 'sejenis sayur' 'tak tahu masak apa'. Perlukah tidak makan? Owh tidak. Akibatnya, perut saya amak bloated sekarang.

Owh perutku, cepat-cepatlah kamu sembuh

Ahad, 21 Mac 2010

Terasa gembira di Kota Kinabalu?(Feeling good in Kota Kinabalu?)

Perasaan saya lebih gembira  di sini. Tiada yang istimewa pun disini, cuma saya rasa lebih gembira dari semalam. Saya akan cuba lupakan soal kerja seketika sepanjang saya berada di KK.

Saya mengharapkan seseorang menyatakan sesuatu pada hari ini tetapi saya sungguh kecewa. Walaupun sebenarnya saya tak patut berharap demikian kerana saya bukan apa-apa baginya, saya tetap manusia yang mempunyai perasaan yang sukar dibendung. Seterusnya ia menyebabkan saya merasa lebih sakit lagi.

Tadi bermesej dengan K, dia risau sebab semua orang kata dia sudah gemuk. Dia pun rasa begitu. Saya tak perasan pula dia dah gemuk. Mungkin sebab saya tak pernah lihat semasa dia kurus. Dari cara dia menulis, saya dapat rasakan K sangat stress dengan keadaannya. Tidak pernah lagi saya jumpa lelaki risau lebih dari perempuan tentang beratnya.Lebih tepat sudah seperti saya, risau sudah gemuk, kemudian jadi emo, kecewa dan menyalahkan diri sendiri. Betul memang sama seperti saya. Saya nak pujuk dan nasihat pun tak pandai sebab saya pun mengalami hal yang sama. Lama saya struggle dengan berat badan saya. Dari berat badan saya naik, turun, naik, turun, dan naik balik. Kemudian saya berfikir, selagi saya dapat kekalkan tahap kesihatan saya, tiada salahnya badan saya besar. Cuma kena kawal sedikit cara pemakanan saya. Setakat ini, tahap kolestrol saya bagus, tahap glukosa saya bagus,tahap urik asid pun bagus, semuanya bagus. Cuma yang tak bagus saya berat sikit daripada berat yang sepatutnya. Ada kawan saya yang kurus, tapi tidak sihat. Ada yang tahap kolestrol tinggi, ada yang tahap glukosa tinggi. Jadi orang tidak boleh judge tahap kesihatan seseorang berdasarkan saiz badannya. Seringkali orang menganggap bahawa orang yang gemuk itu banyak penyakit yang kadang-kadang tidak betul sama sekali. Satu sebab orang kurus  nampak sihat sebab tahap BMR (Basal Metabolik Rate) nya tinggi. Normal BMR untuk perempuan dalam lingkungan 25 tahun adalah 1800. BMR saya pula ialah 1200 dimana sangat rendah. Jadi saya kena berusaha lebih untuk bakar kalori saya berbanding mereka yang mempunyai BMR lebih tinggi. Lain kali saya cerita lebih jelas lagi tentang BMR ini. K janganlah bimbang. Kita berusahalah sama-sama ya =)

Berbalik kepada kegembiraan di KK. Ya lebih gembira kerana saya lebih bersosial hari ini. Saya harus teruskan untuk bersosial dan cuba elakkan perasaan takut dalam diri ini esok. Esok, bermula lawatan lapangan. Harus tidur sekarang supaya esok lebih bersemangat untuk belajar benda baru.

Selamat malam dan moga mimpi yang indah-indah

Antara tertutup dan terbuka (Life Crisis)

Saya selalunya sentiasa tertutup dengan diri saya. Kadang-kadang saya jeles dengan blog Aliza bertapa dia sangat terbuka tentang dirinya. Mungkin saya masih takut untuk terbuka. Saya rasa itu satu cara yang bagus untuk mengalir perasaan negatif dalam diri. Tapi kadang-kadang saya rasa perkara itu terlalu sensitif untuk diketahui umum.

Namun harini, saya ingin rasa lebih terbuka terhadap diri saya. Saya seperti sedar yang saya mendera diri saya kerana saya tidak benarkan ia terbuka. Terbuka untuk mengalirkan perasaan negatif dalam diri. 

Hidup bekerja (Work life)
Saya masih rasa tidak stabil dalam perkejaan saya. Kadang-kadang saya suka dengan kerja saya. Kadang-kadang saya sangat tidak suka dengan kerja saya. Senang saja mahu mengetahuinya, jika saya selalu datang lambat, kerja tidak terurus, lebih banyak diam, tandanya saya tengah tidak suka dengan kerja saya. Lain pula jika saya datang awal, bersemangat untuk kerja, lebih banyak bercakap, tandanya saya tengah suka dengan kerja saya. Itu belum saya nyatakan berapa kali sudah saya menangis sebab kerja. Apapun kerja masih harus diteruskan, masih harus disiapkan. 

Hidup bersosial (Social life)
Harini, bila saya fikir-fikir balik saya rupa-rupanya tidak banyak kawan, siang tadi saya mahu pergi MAPEX tapi saya tiada teman. Jadi saya ajak housemate saya, tapi semuanya ada hal lain. Ajak Bal yang duduk jauh di Nilai, dia tidak sihat. Ajak Min, dia pula di ofis, rasa bersalah pula mengajak dia. Sudah tiada siapa untuk saya ajak. Akhirnya saya ajak ex-bf saya yang tinggal kat Rembau Negeri Sembilan. Saya bernasib baik kerana dia memang dalam perjalanan ke KL atas urusan bisnes. Dia bersama kawan dia. Dia dan kawan dia sangat baik hati untuk teman saya ke Mid Valley. Dalam perjalanan, timbul persoalan bertapa lamanya saya duduk KL tapi masih tak tahu selok-belok jalan di KL. Sepatutnya lebih dua tahun duduk KL, dah tahu banyak jalan di KL. Masa itu saya pun tersedar, lama saya duduk di KL tapi banyak tempat lagi yang saya tidak tahu. Fikir-fikir balik, tiada siapa nak bawa saya jalan-jalan pusing KL yang jika ditafsirkan bermaksud saya tidak banyak bersosial. Setakat jalan-jalan naik LRT, saya memang sudah pakar. Ini juga menerangkan kenapa saya tidak banyak bercakap. 

Hidup bercinta (Love life)
Saya sudah tidak mengharapkannya. Seringkali saya tersalah membuat keputusan dan pilihan yang akhirnya memakan diri saya semula. Juga cinta pertama memang sukar dilupakan dan kadang-kadang saya menjadi stalker terhadap cinta pertama. Sungguh tidak elok perbuatan saya. Bila jadi stalker, diri saya menjadi makin sakit. Cukuplah saya tidak mahu jadi stalker lagi. Hati saya juga harus dijaga. Sungguh saya tidak pandai berterus-terang bila ia melibatkan soal cinta. Saya masih tertutup hal ini. Bagaimana ya harus saya tackle masalah ini? Bila macam-macam terjadi, banyak pula prinsip cinta saya. 

Harini saya tidak pergi pun ke Annual Gathering ofis saya. Life crisis yang saya alami sekarang, benar-benar merunsingkan saya. Sungguh saya hampir mengalami kemurungan. Harap-harap esok lagi bagus dari harini. 



Jumaat, 19 Mac 2010

Minggu STRESS

Disebabkan satu benda ni saja membuatkan saya stress sepanjang minggu ini.
MICROSOFT OUTLOOK!!!!!! Kenapa kamu buat hal setiap kali saya launch kamu?
Hari Isnin saya launch kamu, saya dah rasa tak sedap hati.
Memang pun, kamu jadi tak betul.
Hari Selasa juga sama, buka sekejap sudah hang
Hari Rabu jadi makin teruk, buka sahaja keluar mesej entah apa-apa
Terus crash tak boleh buka langsung
Saya pun lapor kat MyGeniie petang Rabu tu
Hari Khamis saya menunggu iPerintis call
Tapi setiap kali dia call saya tiada kat tempat saya
Takde pula inisiatif dia mahu call handset saya
Jadi, berkali-kali saya call 1-3333
Selepas cubaan yang keberapa pun saya tak ingat
Akhirnya ada juga yang sanggup jawab call saya
Dia selesaikan masalah saya dengan kamu
Alhamdulillah selesai

Saya ingat berakhir setakat itu je
Hari ni, hari Jumaat, kamu buat hal lagi
Launch je kamu terus hang
Berkali-kali juga saya call 1-3333 untuk selesaikan masalah kamu
Tapi tak dapat juga selesaikan masalah kamu
Dia terpaksa hantar onsite support untuk selesaikan masalah kamu

Microsoft Outlook, kenapa kamu macamni?
Merajuk dengan saya kah sebab saya bawa laptop saya?
Ke ada orang yang hack kamu, sampai kamu sakit macamni.
Harap-harap hari ini selesailah masalah kamu

Selasa, 16 Mac 2010

Cinta bertepuk sebelah tangan (of heart and feeling)

Supaya perkara ini tak berulang lagi kepada kawan saya yang dua orang ini


Ya kawanku, kamu memang ada perasaan terhadapnya
Tapi kamu tak pasti dia ada perasaan terhadap kamu atau tidak
Dia juga pernah cakap, kita hanya kawan

Walaupun cara dia bercakap dengan kamu
Berbalas mesej dengan kamu
Terasa lebih dari seorang kawan
Namun kamu harus ingat dia hanya kawan saja
Ya, ini pun saya masih tidak paham 
Lelaki, kenapa harus layan lebih-lebih jika hanya kawan
Kamu suka ya ramai perempuan jatuh hati pada kamu
Kamu suka ya melukakan hati ramai perempuan

Lelaki, cara kamu menyebabkan perempuan jatuh hati
Jika hanya kawan, itu saja
Jangan layan perempuan itu seolah-olah perempuan itu kekasih kamu
Kamu hanya merungsingkan dia dan membuatkan dia tidak keruan
Kamu sudah tahu perempuan itu sukakan kamu
Dan kamu tahu kamu tak suka perempuan itu
Jadi, berhenti melayannya seperti kekasih
Berterus-terang saja kamu tiada perasaan terhadap perempuan itu
Tiadalah perempuan itu berada dalam dunianya
Ingatkan kamu menyukainya

Kawanku, itu hak kamu untuk merasai apa sahaja dalam hati kamu
Saya hanya mampu beri pendapat
Jangan jeratkan diri kamu kepada seorang 
Kerana percayalah, 
Ada sesetengah lelaki membuat ranking perempuan mana paling bagus untuknya
Kenapa perlu buat ranking jika lelaki tahu siapa yang dia cintai?
Satu lagi persoalan yang saya masih tidak paham

Dan percayalah,
Sampai masanya kamu akan tahu dengan sendiri

Ahad, 14 Mac 2010

Resepi Jus Detoks

I want to detox my body. I ask nutritionist and she gave me this juice recepi. 

Ingredients:

    2 whole starfruit

    1/4  of a lemon

    2 whole green/red apple

    2 whole kiwi

   0.8-1 liter plain water

How to prepare:

1.Sliced the fruits
2. Put in a blender
3. Pour 0.8 - 1 liter plain water
4. Blend the fruits
5. Ready to drink 

This juice can help in reducing constipation, detox your body and hence reduce weight. Replace one of your meal with this juice everyday. If cannot, twice a week should be better too. =)
Owh, I forgot there is no blender in my house need to buy one first :-o

Happy trying!

Sabtu, 13 Mac 2010

Petua melebatkan dan melentikkan bulu mata

Saya cemburu dengan bulu mata dia. Macam bulu mata palsu Shu Uemura.



Saya pun 'googled'la mencari petua melebat dan melentikan bulu mata. Ini yang saya jumpa:

~Melentikkan bulu mata: Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur.

credited to http://ridwanaz.com

~Melebatkan bulu mata: Rendam satu sudu teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata

Sesiapa yang pernah mencuba petua ini, berkesankah? Tetapi, saya masih cemburu dengan bulu mata dia yang asli..

Selasa, 9 Mac 2010

Kenangan SKPPH





Tiba-tiba banyak pula orang letak gambar waktu sekolah-sekolah dulu kat facebook.
Termasuklah kawan saya sorang yang letak kat facebook. Banyak yang dah lost contact. Kemudian timbul pula mahu buat re-union.
Sapa-sapa yang rasa dia adalah kawan sekolah saya dulu. Bagitahu la ya.

Ohw lagi satu sila lawat pautan dibawah:



Ain Sanam jika tiba-tiba kamu terbaca ini, sila beritahu. Tak dapat hubungi kamu walaupun baca blog kamu.

Perut sebelah kanan sakit berdenyut-denyut

Selepas sesi jogging petang tadi,
credit to http://www.yorkblog.com

Saya: perut aku sakit berdenyut-denyutla. Ko tak pernah sakit ke A?

A: Eh, tak penah pun. Gastrik ke?

Saya: Eh bukan gastrik A, selalu klu lama tak joging, stat balik berdenyut-denyut perut

A: Tak pernah pun

Saya: Yeke? aku ingatkan common sakit berdenyut-denyut.

B sampai ke tempat kami menungu

Saya: B, ko penah sakit berdenyut tak kat perut lepas jogging

B: Takde, tak penah

Saya: Alamak, ada yang tak kene ngan aku ke? Dah lama aku rase camni. Jogging je sakit. Aritu yang aerobik tu pun berdenyut-denyut sakit perut aku. Kene jumpa doktor ni.

credit to http://liberty-avenue.blogspot.com

Betulke? Saya ingat sakit berdenyut-denyut tu biasa. Memang setiap kali saya workout, jogging, aerobik tak sampai beberapa lama perut saya berdenyut. Nak kata saya tak warm up, saya warm up. A and B tak warm up pun ok je. Apa yang tak kena dengan saya ya? Ada tak sapa-sapa yang rasa macam tu gak? Sila bagitahu saya sebab-sebabnya? Kalau tidak, saya nak jumpa doktor tanya.

Disebabkan itu juga saya kadang-kadang jadi malas nak eksesais sebab tahu perut saya akan berdenyut-denyut sakit. Owh, jangan berputus asa. Chaiyo' Chaiyo'

Ahad, 7 Mac 2010

Jalan-jalan Cari Makan: Madam Lim's Kitchen Restaurant


Restoran ini menjadi tempat kegemaran baru kami untuk makan. Terletak di Jusco AU2 Keramat, ia sesuai untuk mereka yang mahu makan makanan yang biasa ada di kedai-kedai makan tepi jalan tapi dalam suasana yang lebih selesa. Stail masakannya adalah masakan nyonya, masakan cina dan masakan thai. Sebelum ini, tidak pernah lagi makan tomyam di restoran ini. Jadi, kami serumah ingin mencuba tomyam di restoran ini. Hari itu kami memesan:-

Ikan Siakap Goreng Masam Manis
(Sweet&Sour Deep Fried Fish)
RM27

Kailan Sos Tiram
(Choy Tham Stir-Fried with oyster sauce)
RM6

Telur Dadar
(Madam Lim's XL Ommelette)
RM6

Sup Tomyam
(Tom Yum Soup)
RM6

Ais Kisar Coklat
(Chocolate Ice Blended)
RM4.90

Calamansi with Grapefruit
RM4.90

Longan Ice
RM4.90

Secara keseluruhannya, Ikan itu memang kegemaran kami bila berkunjung ke sana. Ikan segar dan sangat sedap. Ada tiga jenis ikan yang anda boleh pilih. Kailan dan telur juga sedap. Tomyam ada perencah yang kurang sedikit, tapi tak tahu apa yang kurang. Tapi masih boleh dimakan. Ice blended sangat sedap. Setiap kali datang sini, saya mesti pesan ice blended ni. Harganya tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah lebih kurang taraf harga makanan di Kuala Lumpur. Harga keseluruhannya? Untuk tiga orang makan adalah RM69.65 termasuk 10% cas servis. Lebih kurang RM23 seorang. Bolehlah sekali sekala makan disini.

Jika berminat untuk mencuba, sila kunjungi restoran ini di Jusco AU2 Setiawangsa. Owh, restoran ini juga terdapat cawangan di Tesco Mutiara Damansara, Tesco Setia Alam, dan Jusco Taman Maluri.

Jadi diri mu

Kamu tak boleh memaksa orang untuk sukakan kamu. Kamu jangan berubah untuk orang itu sukakan kamu. Berubah yang menyebabkan kamu sengsara dan tidak selesa dengan diri kamu. Jika orang itu tak dapat terima ketaksempurnaan kamu, orang itu bukan untukmu.

p/s: Sudah lama tak menulis entry yang berbau emo

Sabtu, 6 Mac 2010

Doktor Cinta - Dewi Dewi

Sudah berkali-kali cuba untuk upload video ini disini tapi tidak dapat. Selamat mendengar

http://www.youtube.com/watch?v=Cs4ucih4Cn4

Mama tolonglah aku sedang bingung (saya tidak bingung cuma angau uweekkkkk!!!!)
Pusing kepalaku memikirkan dia
Aku yang selalu terus disakitinya (sipi-sipi je =P)

Dia tak tampan, tak juga rupawan (tapi comel=P)
Dia tak juga bergelimang harta
Oh tapi mengapa gayanya seperti superstar

Mama, mama, mama
Tolonglah aku yang sedang bingung (saya tidak bingung cuma angau uweekkkkk!!!!)
Kurasakan virus-virus cinta
Kubutuh dokter cinta

Papa, papa, papa
Inikah yang dinamakan cinta
Mengapa sakit yang kurasakan
Kubutuh dokter cinta

Oh mengapa ini harus terjadi
Kepada aku yang mencintaimu
Oh celaka jika lelaki
Seperti kau sudah tak setia (harap-harap kamu setia dengan sesiapa sahaja kamu bersama =))

Oh mengapa ini harus terjadi
Kepada aku yang mencintaimu
Oh celaka jika lelaki
Seperti kau sudah tak setia (harap-harap kamu setia dengan sesiapa sahaja kamu bersama)

Mama, mama, mama
Tolonglah aku yang sedang bingung (saya tidak bingung cuma angau uweekkkkk!!!!)
Kurasakan virus-virus cinta
Kubutuh dokter cinta

Papa, papa, papa
Inikah yang dinamakan cinta
Mengapa sakit yang kurasakan
Kubutuh dokter cinta

Oh papa tolonglah aku
Laki-laki yang seperti apa lagi
Yang begini saja sudah menyakitkan hati

Oh mama tolonglah aku
Perempuan mana yang tak sakit hati
Bila sang kekasih tak jadi kekasih hati (betul-betul)

Mama, mama, mama
Tolonglah aku yang sedang bingung (saya tidak bingung cuma angau uweekkkkk!!!!)
Kurasakan virus-virus cinta
Kubutuh dokter cinta

Papa, papa, papa
Inikah yang dinamakan cinta
Mengapa sakit yang kurasakan
Kubutuh dokter cinta

Kubutuh dokter cinta

Mimpi yang Takut dan Gembira

Kadang-kadang mimpi yang saya alami dapat memberi pengajaran kepada saya
Walaupun mimpi itu sangat menakutkan
Ada satu masa saya bermimpi keluar dengan lelaki
Saya bersama dua orang lagi kawan perempuan saya
Semuanya bermula dengan baik
Dalam pertengahan mimpi itu, tidak dapat saya ingat
Tahu-tahu sahaja, kawan-kawan saya dir****l oleh dua orang kawan lelaki tersebut


Saya sangat terkejut dan tak terkata
Masa itu saya merasa amat takut
Lelaki itu memandang saja saya dengan muka jahat
Akhirnya saya juga menjadi mangsa r***l lelaki tersebut
Saya berasa sangat lemah
Lagi-lagi apabila lelaki itu ****u* ***** ******** ****
Selepas kejadian itu, lelaki itu dan kawan-kawannya lesap
Sungguh saya dan kawan-kawan saya tak terdaya dan takut

Mimpi itu mengajar saya supaya tidak keluar dengan orang yang tak dikenali
Mimpi itu juga mengajar saya supaya lebih berhati-berhati dengan kawasan sekitar
Juga mengajar saya supaya mempunyai ilmu pertahanan diri jika perkara yang tak diingini terjadi

Nasib malam selepasnya saya bermimpi yang menggembirakan dan lucu
Eye candy saya memanggil saya dan menunjukkan tulisannya di permukaan bilah kipas


Ya atas permukaan bilah kipas inilah. Lucukan?
Mimpi memang tidak logikkan.
Di atas permukaannya, tertulis ayat ini


Saya terkejut dan gembira namun saya tidak memberi respon kepadanya
Dia nampak sedih dan kecewa
Dia ingat saya tak sukakan dia
Dia merajuk dan saya menjadi serba salah
Betul saya tak ingat apa jadi seterusnya
Mimpi itu betul-betul membuatkan saya gembira

Moga tiada lagi mimpi yang buruk-buruk biarlah saya bermimpi gembira walaupun ia tidak akan menjadi kenyataan

Khamis, 4 Mac 2010

Cuti-Cuti: KRABI, THAILAND

Tidak mahu bercerita panjang dan bergambar-gambar kerana kawan saya telah bercerita dengan lengkap di sini. Ya, hampir 6 bulan kami tempah percutian ini di MATTA Fair. Sangat berbaloi-baloi!!!!! Tiket kapal terbang pergi balik, penginapan untuk 4 hari 3 malam dan lompat-lompat pulau (Island Hoping) satu hari hanya berharga RM532. Sangat berpuas hati. Tak percaya cuba baca lagi sekali di sini. Kami ambil pakej Go Holiday Air Asia.

Owh, insiden-insiden yang mendebarkan jantung juga ada.

Seperti ini:
"Eh, mane beg aku? Ko pegangkan tadi? Ha? tertinggal kat bangku?Alamak camane ni, sure dah ilang."

Ini:
"Kamera mane, kan tadi suruh pegang? Macamane ni? Gambar kuda ada dalam kamera tu je, uwaaaa!!!!"

Dan ini:
"Assalammualaikum, you are so pretty. I like you. Saya cinta kamu, can I be your boyfriend?"

Jika teringin ke sana, sila bawa sunblock, suncreen, aftersun spray dan sewaktu dengannya kerana harga barangan ini amat mahal disana. Jika ingin membeli barang, tawar setengah atau suku daripada harga yang dinyatakan oleh penjual. Percayalah, berbaloi-baloi. Owh, jangan lupa juga melakukan Thai Massage. Sangat murah dan merehatkan badan.

Apa lagi ya, hampir semuanya sudah diceritakan oleh kawan saya. Tak perlu saya ulas panjang lebar lagi. Betul memang tidak cukup 4 hari. Rasa mahu pergi ke sana lagi.

Owh tidak sabar untuk cuti-cuti seterusnya. Ada ura-ura dari DGA untuk cuti-cuti seterusnya. MATTA Fair tunggu kami datang!!! =))

Polar Watch

I want this

Or this

What?
You want what?
What is this?
Owh... This is Polar Watch.
Its measure your heart beat hence your calorie burned.
Really?
Yes, first time I heart this when watching Biggest Loser Asia.
All the contestant wear this Polar Watch.
Hence they can monitor how good they done.
Sound interesting, I want too!!!
Owh... Why don't you check out this website http://www.polarusa.com
There are variety of Polar Watch for different purposes.
As for me, I want Polar Watch that can monitor my fitness level 24/7.
OMG, I really want this watch
Anyone want to give me one?
Anyone? Anyone?
No one =(

picture credit to http://www.polarusa.com

Rabu, 3 Mac 2010

oooh eye candy

Credit to CLEO Issue March 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...