Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 27 April 2010

Cukai oh Cukai

Sudah kira semua resit buku
Sudah kira jumlah insurans
Sudah kira jumlah zakat

Ermm, faedah asb boleh masukkan sekali kah?
Itu akan menambahkan cukai atau tidak?
Untuk tahun 2009 boleh masukkan jumlah bil broadband kah?
Atau boleh masukkan bermula tahun 2010?

Semua sudah, tapi cari-cari dan cari Borang EA tak jumpa
Macamana ni?
Ok, ada tiga hari lagi sebelum tarikh tutup

Ahad, 25 April 2010

Tukar Dekorasi Tingkap

Sabtu dan Ahad yang bosan dan sedih
Tak tahu nak buat apa
Housemate saya semuanya tiada
Z pergi kursus kawin dengan tunangnya
Muni, Wawa dan Lina balik kampung
Tinggallah saya seorang di rumah
Golek-golek atas katil pun dah bosan

Petang Sabtu, saya terasa sangat bosan
Saya selongkar laci saya, saya terjumpa inai rambut warna perang
Saya pun apa lagi, saya warnalah rambut saya 
Sementara tunggu warna meyerap dalam rambut
Saya lulur tangan saya yang sangat hitam dan mengelupas ini
Hasilnya, wow saya suka warna rambut saya =)

Ahad, dari pagi duk bosan tak tahu buat apa
Akhirnya saya keluar merayau
 Buat hair treatment, beli barang dapur dan wrapping paper
Kenapa beli wrapping paper?
Macam sudah jadi anual event untuk saya tukar 'window paper' bilik saya

Sebelum ini, tingkap bilik saya kelihatan begini:




Oren dan maroon yang berbenang emas

Saya tukarkannya dengan:

Tadaaaaa!!!!!!


Saya suka =)) 
Nampak simple dan lembut
Misi selesai

Sabtu, 24 April 2010

Lakukan sesuatu tanpa tahu sebab?

Apa maksud kawan sebenarnya.
Kenapa kawan tak boleh cerita masalahnya pada saya
Padahal kawan mahu saya lakukan satu perkara yang berkait dengan masalahnya
Macam mana saya nak lakukan jika saya tak tahu apa penyebabnya
Apa cerita disebaliknya?

Jika saya lakukan juga tanpa sebab musababnya
Saya tahu, seumur hidup akan saya rasa tak senang hati
Membuat banyak telahan-telahan yang tak tahu betul atau salah

Dua minggu lepas, semasa saya di Marudi, saya sudah buat keputusan membuang kawan dari friend list Facebook saya. Kerana saya tidak mahu jadi stalker kepada kawan lagi. Memang pedih dan sukar dilupakan. Tapi tak sangka selepas saya lakukan itu, saya rasa lebih tenang. Saya masih kawan dengan kawan cuma saya tak mahu tahu hal peribadi kawan lagi.

Tapi tadi, kawan mesej minta saya lakukan sesuatu. Tetapi saya tak mahu lakukan kerana kawan tak  bagitau kenapa saya perlu lakukan. Kawan nampak sangat tertekan, sedih, dan terdesak. Kawan, saya risaukan kamu. Apa yang terjadi pada kamu sebenarnya kawan?

Khamis, 15 April 2010

Kerja di Marudi

Saya di Marudi untuk belajar tentang land seismic aqcuisition  selama dua minggu. Banyak yang saya jangkakan bila saya berada disini.

Bila dengar cerita-cerita batch sebelum ini, perjalanan meraka adalah sukar dan saya harapkan itu. Tetapi setelah tujuh hari di sini, semuanya adalah sangat mudah bagi saya. Bridging, power rig drilling, uphole, explosive, compressor drilling, recording dan survey semuanya saya saksikan tanpa banyak menggunakan tenaga. Tidak perlu berjalan jauh, tidak perlu daki bukit yang tinggi, tidak perlu melalui paya. Turun sahaja dari bot terus sampai tempat yang dituju. Turun sahaja dari 4WD, hanya perlu jalan beberapa meter sahaja sudah sampai tempat dituju. Tak mencabar dan bosan.

Hari ni, hanya site visit ke mud volcano dan Engkabang-1 well tapi sudah penat. 4WD tidak boleh masuk. Jadi harus lalui kawasan jalan yang teruk sejauh lebih 1 km (atau mungkin lebih 2km) sebelum melalui semak-samun. Jadi bayangkanlah site visit yang tak seberapa pun dah penat tapi yang lain-lain tak penat. Nampak sangat yang lain-lain tu mudah sahaja jalannya. Mungkin yang saya jangkakan tidak berlaku, kerana hanya tinggal flushing sahaja lagi yang tak tengok dan site visit ke field magazine. Juga ke bengkel.


Saya tak rasa gembira seperti gembira yang dirasakan oleh Ana dan Pipah. Kenapakah? Apakah yang membuatkan mereka sangat gembira? Saya masih wonder.

Tapi saya megaku orang-orang di sini sangat peramah. Jadi tidaklah saya rasa sangat kekok di sini. Semuanya peramah dan senang di bawa bersembang. Tujuh hari lagi disini. Jika flushing, site visit, dan bengkel leh habis dalam masa tiga hari, Ada empat hari yang free. Empat hari itu lama, mungkin boleh ulang tengok uphole, drilling ect? Owh, mungkin boleh pergi berjalan-jalan sekitar Marudi dan pergi ke base camp jumpa ahli geofizik dan orang-orang QC.



Isnin, 12 April 2010

Hari Saya di Marudi

adalah bersama coverall kuning, kasut getah dan hard hate

adalah dikelilingi oleh hutan-hutan, sungai-sungai, bukit-bukau dan panas terik

adalah dinikmati dengan makanan yang sedap, orang-orang yang peramah dan wifi Mount Mulu Hotel


Lagi sepuluh hari di sini. Harap-harap semuanya baik

Rabu, 7 April 2010

Hidup yang gembira

Mood saya baik harini. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab saya baru beli kamera baru. Atau mungkin sebab saya dapat lupakan kerja saya untuk dua minggu akan datang ini. Atau mungkin sebab seseorang dah tak hubungi saya.

Rasa sangat teruja untuk pergi ke Marudi kerana Ana dan Pip nampak sangat gembira di sana. Apakah yang membuatkan mereka sangat gembira? Tak sabar untuk saya ketahui.Saya harap, saya takkan mengalami sembelit yang teruk disana. Jika tak, merana la saya kat sana nanti.

Saya sudah create survey baru di blog saya, sila jawab ya. Survey tersebut terletak disebalh kanan blog saya yang berlatar-belakang warna pink. Saja mahu pendapat, apa yang kamu suka saya tulis.

Selamat semua!!!!

Ahad, 4 April 2010

Kesan Hati Sakit

Owh, baru saya sedar banyak entri saya sejak kebelakangan ini entri hati sakit (itupun setelah diberitahu oleh tunang kawan saya). Pasti kamu meluat membacanya. Hihi, jikalah ada alat yang boleh menyembuhkan hati, kan bagus. Owh mungkin saya perlu lebih dekatkan diri dengan Allah. Baru hati saya gembira.

Hampir juga saya mengalami keruntuhan komunikasi. Saya jadi keras kepala dan mahu menang. Itu penangan bila tidak dapat berbicara dengan aman. Stress dan tanpa teman sosial membuatkan komunikasi saya runtuh

Ahad, satu lagi hari yang bosan tapi penuh terisi. Workout, kemas rumah, masak tengahari dan susun atur bilik sudah terlaksana. Cuma satu lagi yang belum terlaksana, saya mahu tukar window paper bilik saya. Emm, kali ini mahu warna apa pula ye? Pink-purple sudah, oren-maroon sudah. emm, kuning-purple ok tak? wuwuwuwu (gaya sinchan), macam tak sesuai pula dengan saya. Dahla langsir pun sudah warna maroon, nampak janggal pula warna kuning-purple. Mungkin saya patut kekalkan warna maroon itu. Mungkin selepas saya pulsng dari Marudi baru saya selesaikan.

Sabtu, 3 April 2010

Manfaat kepada diri

Kadang-kadang saya terfikir kenapa saya buat sesuatu perkara padahal saya sedar ia tak memberi apa-apa manfaat kepada saya?
Pagi tadi saya sedar dan saya tak dapat menahan air mata saya daripada mengalir.
Saya perlu fikirkan diri saya, perlu fikirkan apa yang saya mahu.
Baru saya dapat manfaat dari strategi yang ada.

Bila lagi saya mahu merasa betul-beul menyesal dan tidak mengulang hal yang sama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...