Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 30 Ogos 2010

Design Baju Raya Pilihan

KAFTAN!!!!!!!









Semua gambar aku googled kat internet jer

Projek esok, beli kain murah dan jahit kaftan esok!!!
=)

Rabu, 25 Ogos 2010

Ada AKU kisah

Ada AKU kisah perasaan hatiKU?
Ada KAU kisah perasaan hatiKU?

KAU tidak kisah bukan.
Yang penting diriKAU
Yang penting semua tentang KAU
Orang sekeliling KAU?
Ada KAU kisah?

AKU tidak kisah bukan?
Owh, bukan.. bukan AKU tak kisah
AKU kisah perasaan hatiKU
AKU kisah perasaan hati KAU


Jadi KAU,


Ambil peluang dari AKU yang KISAH

AKU boleh saja jadi kejam
AKU boleh saja pentingkan diri
Lagipun
bukannya AKU bergantung kepada KAU

AKU kisah perasaan hatiKU
KAU tak kisah perasaan hatiKU

Jumaat, 20 Ogos 2010

The Secret

 Knowing everyone have secret
Secret that they cannot tell
That they are too afraid to tell

I  have it too
The secret that I cannot tell
The secret that I am too afraid to tell
The secret make me upset and angry

Upset for not be able to tell
Upset for I have to feel it alone
And
Angry for not be able to overcome the secret


What I do?
I hide the secret
Deep inside my heart
So,  it will not give me any pain
And
Try to accept the reality

Rabu, 18 Ogos 2010

Random Picture 2


Theme: The Food

Chicken Chop Sri Gunung
Fried Maggie with lots of chilies and fish ball. Cooked during my lazy day

Custom made Cadbury Blackforest Chocolate at Raieza Hanim's Wedding Reception

Cute Colourful Chocolate at Jusco AU Keramat

When our tummy were already full at Marudi

Keramat's Ikan Bakar at Pasar Keramat. The air asam is very yummy!!!

Cupcake for bitrhday girl from her beloved boyfriend

Blueberry Cake from Cake Sense from us to the birthday girl

Brownies with vanilla ice cream chocolate sauce at Dewan Perdana Felda during Izza Idris's Wedding Reception

Beryls Chocolate in cute little box at Dewan Perdana Felda during Izza Idris's Wedding Reception

My Favorite Fried yong tau fu at Kinta City Food Court, Ipoh

My favorite corn ice at Kinta City Food Court Ipoh

Selasa, 17 Ogos 2010

Pakej Digi Broadband

Aku tak jumpa entri yang aku tulis pasal Digi Broadband. Tapi takpelah.
2 Minggu lepas aku pegi PC Fair. Biasalah kat PC Fair mesti ramai orang promo broadband.
Aku dulu beli broadband pun dekat PC fair.  Digi Broadboand

Pakej waktu aku beli dulu adalah macamni:
- Pakej Explore
- Unlimited Usage (Usage sebenar adalah 10gig)
- Free Modem (Harga modem RM180 tak silap)
- RM88 sebulan (Harga sebenar adalah RM108 sebulan)

Kat PC Fair baru-baru ini pula:
- Pakej Explore
- 10gig usage
- Free Modem
- RM78 sebulan (harga sebenar RM108 sebulan)

Kisahnya, aku dah ada broadband. Tapi aku nak tukar pakej baru yang bayar RM78 sebulan. Orang yang promo tu kata boleh. Hanya perlu terminate account lama dan daftar akaun baru. Bolehkah macam tu? Akan takda masalahkah nanti? Cara orang tu promo pun macam dia tak sure juga samada akan ada masalah atau tidak.

Disebabkan aku sudah ada modem, dia promo pula suruh ambil pakej yang paling murah kat aku. aku tak ingat plan ape tetapi bulan-bulan hanya bayar RM38 dengan usage limit 3gig. Tapi dia cakap, disebabkan aku dah ade modem 10 gig, kalau ambil plan RM38 tu pun, still leh guna sampai 10gig. Betulkah macamtuh ke dia nak kelentong aku. Sekarang dia dah buat aku konpius. Usage limit tu ada kaitan dengan modem yang kita gunakah? Setahu aku takda kaitan.

Disebabkan terlalu banyak fikir, aku wat keputusan tak nak tukar plan aku sekarang. Lagi pun aku gembira dengan prestasi digi broadband aku sekarang. Takdanya nak putus-putus line dia.

Random Picture

Cereal.. A lot of cereal.. But i only eat the yellow one. Very yummy!!! And you see the ice box there at the right? Ice cream!!!! I like m&m ice cream!!!


Dominos's Thin Crust Spicy Sambal Pizza. My all time favourite. Thanks Muni, for recommend me this pizza. =)

At Izza Idris's Wedding Reception with my best friend

Ahad, 15 Ogos 2010

Keadaan Vessel Seismik - Kemana kasut ini bawaku

Ini kasut aku.
Nasib baik aku beli kasut ni sebelum naik kapal
Murah pula tu
Kalau tak sepanjang masa aku kena pakai safety boot


Ke mana dia telah membawa aku?



Mestila dia bawa aku ke tempat makan
Besar tau tempat makan ni
Ruang tamu rumah aku pun tak sebesar ini 



Kalau ada tempat makan
Mestilah ada tempat untuk dapatkan makanan
Ini tempat paling suka dia bawa aku
Aku boleh dapatkan macam-macam makanan kat sini
Malangnya satu benda je aku tak boleh dapat
cili padi



Dia juga ada bawa aku jalan-jalan ke Sky lounge
Pergi sekali je
Tak sempat lagi nak berlibur disini
Tapi takpe
Masa masih panjang


Dia juga bawa aku ke gym untuk seimbangkan yang di atas
Tapi sekarangkan bulan puasa
Tak mampu kasut aku nak bawa aku ke gym selalu
Naik turun tangga pun dah penat

Kasut aku suka bawa aku kat tempat makan je la 

Sabtu, 14 Ogos 2010

I knew when we collided

Lagi satu lagu yang aku minat.

Hey, Soul Sister!!



Terima kasih kepada Paan dan Tim yang membuatkan aku suka lagu ini.

p/s: Bila nak karaoke lagi ni? Ooops, bulan puasa. hiihi. Banyak-banyakkan beribadat di bulan puasa ini =)

Berpuasa Di Mana?

Berpuasa di atas kapal!!!!!

Doakan aku dapat balik sebelum raya.

Selamat Datang Ramadan
Selamat Berpuasa kepada semua

Maafkan segala salah laku aku. Kita kosong-kosong ye.

Apa rasanya berpuasa di atas kapal?

Selasa, 10 Ogos 2010

Aku Rindu Dia, Kamu, Kekanda, Engkau

Aku RINDU
RINDU kepada siapa?
Dia, kamu, kekanda dan engkau.
Aku RINDU mereka semua


Dia
Dia sudah senyap
Kadang-kadang saja munculkan diri
Kerana dia malu dengan keadaannya tak berjaya
Tapi ada saya kisah?
Dia yang terlalu kisah
Sampai tak nak kontek saya pulak
Apa cerita dia sekarang?
Saya RINDU dia

Kamu
Walau dekat masih terasa jauh
Terpisah oleh jurang mulut yang membisu
Hanya pandangan mata yang berkata
Yang mana kamu dan aku memang mengerti maksudnya
Tapi kamu dan aku masih tak mampu
tak mampu berkata-kata dengan mulut
Bilakah keberanian itu akan ada? 
Pada aku?
Pada kamu?
Aku RINDU kata-kata matamu
Aku RINDU kamu

Kekanda
Kenapa kekanda asyik menghilangkan diri?
Takut dengan adinda ya?
Adinda bukannya makan orang?
Betulkah adinda RINDUkan kekanda.
Atau ada benda lain pada kekanda yang adinda RINDU?
Rasanya betullah
Benda pada kekanda itu yang adinda RINDU
Adinda RINDU kekanda

Engkau
Kenapa aku rasa RINDU pada engkau
Padahal kitakan hanya kawan
Kawan untuk berhibur
Kawan untuk berkongsi cerita
Tapi aku RINDU engkau
Macam ada bibit-bibit cinta disana
Tapi terlalu awal pulak untuk mentafsir
Adakah aku perlu jauhkan diri dari engkau?
Tapi nanti aku RINDU pula kat engkau.
Aku RINDU engkau

Ini tempias-tempias yang sedang aku rasa sebelum menaiki kapal lusa.
Elakkan aku dari meRINDU dia, kamu, kekanda dan engkau.
Kerana belum tentu dia, kamu, kekanda dan engkau akan meRINDUi aku

p/s 1: "Dia" ditujukan khas untuk K_ _ _ K
         "Kamu" ditujukan khas untuk L_ _ _ _ _ P
        "Kekanda" ditujukan khas untuk S_ _ H
        "Engkau" ditujukan khas untuk F _ _ _ _ N
         Semuanya adalah nama samaran yang aku beri

p/s 2 : mode jiwang berkarat-karat

Ahad, 8 Ogos 2010

Lelaki Ep1 - being stalk and being blurr

Situasi 1
"Hai!!"
"Eh hai!!!" sambil tersenyum kambing aku
Pagi-pagi dah ada orang menggembirakan hati aku =)

Situasi 2
Perbualan telefon
"Ada vacancy tak?"
"Hantar je la resume, saya boleh antarkan. Nape?"dah tak kerja kat tempat lama kah?"
"Bukan vacancy tu, vacancy lain"
"Vacancy lain? Tak paham. Vacancy ape?" Aku blurr. Lama-lama baru aku tahu vacancy apa.

Bersambung dengan berbalas mesej
"Kalau nak serius kawan dengan zarith bolehke?
"Kan ke kite memang kawan?"
"Haa.. kita kwn. Lupa"
Kalau setakat nak kawan serius sebab baru lepas putus cinta. Tak payahlah. Aku bukannya anak patung bila kau tak ada orang lain

Situasi 3
Hari sebelumnya dalam perjalanan pulang ke kereta
Kenapa kete pak arab ni jalan slow gile nih?
Lebih perlahan dari kelajuan aku berjalan.
Kereta pak arab tu kemudian selari dengan aku berjalan.
Pak arab tu duk pandang-pandangje  aku.
Lama pulak tu. Sampai aku sampai ke kereta aku, baru die blah.

Hari kejadian, juga dalam perjalanan pulang ke kereta
Aku berjalan seperti biasa ke kereta.
Kemudian ade seorang pak arab ni tegur aku dengan berbahasa melayu.
"Apa khabar?"
"Baik?" Waktu tu aku tak perasan yang tu adalah pak arab semalam
"Student?"
"No, working"
"What ur name?"
"Sofea"
"Sofea. Sofea you are beautiful"
"hahaha, thank you"
Aku dah rasa lain macam. Waktu tu aku baru sedar yang tu pak arab semalam. Apa aku nak buat ni?
"Are you married?"
"No, I'm still young"
"Can I be your husband?"
"No!!! Ok Bye!!"
Takut ok.
Kat mane aku nak parking kete nak gi keje pas ni? Pak arab tu dah tahu kete aku. Huhuhuhu
Kene parking terminal putra pulak la pas ni atau jalan kaki je. huhuhu
Takut!!!!!

p/s: kejadian-kejadian di atas telah dipendekkan. Sepatutnya perbualan situasi 2 dan 3 adalah lebih panjang.

Khamis, 5 Ogos 2010

Ada vacancy tak?

Mula-mula aku blurrrrr
Ingat nak minta kerja
Suruh je la hantar resume

Rupa-rupanya vacancy lain!!!
OK aku takut

Selamat Hari Kapal Kawan

Terima Kasih kepada Cik Teefa kerana sudi memberi saya anugerah persahabatan 2010 ini. Teruja sebab kali pertama juga dapat anugerah sebegini =)


1)Bagi pula award ini kat 5 orang yang korang rasa ada nilai-nilai PERSAHABATAN yang baik dalam DUNIA BLOGGING ni.

Nadhirah Ahmad - Ahli DGA
Ain Sanam - Ahli sekolah rendah (SKPPH)
Ammarudin - Ahli PRD
Aliza Hassan - Ahli DGA
Zack Zaitie - Ahli Rumah Sewa Kenari

2) Apa nilai persahabatan yang ada pada setiap 5 orang tersebut? war-warkan
 Nadhirah Ahmad dan Aliza Hassan adalah ahli DGA. Kalau dah ahli DGA, tentulah bersuka-ria bersama-sama =). Ain Sanam kawan sekolah rendah yang baru bertemu kembali, walaupun tak pernah berjumpa lagi tapi aku sentiasa tunggu update blog dia. Amar budak PRD yang comel, sebab tu aku suka bersahabat dengan dia. huahahahaha. Gurauan saja itu. =) Zack kawan dari usm sampai sekarang.

Nilai persahabatan? Tak tahulah berapa juta. Rasanya tak terkira kot kerana nilai itu akan sentiasa bertambah sepanjang melalui pengalaman hidup.

3) Sila nyatakan perkara yang PALING hebat korang buat sebagai sahabat. Untuk kita jadikan panduan dan ikutan
Pelukan pemberi semangat untuk meneruskan kehidupan

Selasa, 3 Ogos 2010

Kena tindih waktu tidur - Betulkah?

Updating.


Kenapa aku tak dapat muatnaik gambar ke entri ini? Setiap kali nak muatnaik keluar mesej suruh open file.


Ok bukan itu sebenarnya mahu cerita.


Tarik nafas, hembus!!!
Tarik nafas, hembus!!!
Mengatasi rasa cemas sebab dah lama tak ada entri baru


Semalam waktu tidur, aku tak tahu mimpi atau benar. Sebelum ni, aku selalu dengan cerita kawan-kawan kena hempap dengan lembaga waktu tidur dan tak boleh bergerak dan bercakap langsung. Aku tak pernah alaminya, jadi aku tak tahu apa rasanya. Jadi kisahnya semalam, aku rasa macam aku kena hempap dan kena peluk dengan kuatnya. Sampai aku dapat rasa hembusan nafas lembaga itu. Aku tak tau samada itu mimpi atau tidak. Aku taktau samada aku tak boleh bergerak atau sengaja tidak mahu menggerakkan badan. Aku mula melafaz ayat-ayat al-quran tapi rasanya aku tak habis pun lafaz. Setelah beberapa ketika, lembaga tu melepaskan pelukan kuatnya dan serentak dengan itu aku berjaya gerakkan badan.Aku terus buka mata dan berfikir samada benar-benar berlaku atau tidak. Aku tak dapat bezakan sama ada benar-benar berlaku atau sekadar mimpi. Entahla, sungguh aku memang tak tahu. Lagipun waktu kena tu, aku bukan keadaan tidur terlentang. Aku pandang sekeliling bilik aku, gelap tiada apa pun. Aku pun terus je la sambung tidur.


Ok, itu kisah semalam. Tadi, aku  cari-cari juga pasal kena tindih ni kat google. Jumpa pulak cerita ni. Aku tiru dan tampal je lah ye. Malas nak terangkan balik. hihihi


"

Kene Tindih Waktu Tidur? Fact or Myth!!

Kene Tindih Waktu Tidur? Fact or Myth!! 

--------------------------------------------------------------------------------

Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)... .. kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena... .aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku

sedar... boleh bukak mata separuh.....aku tau aku sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak... ..pastu 5 minit baru leh gerak... .aku dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lps boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku  belajar pasal tubuh badan manusia... ..barula aku tau kebenaran dia... . ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)... ..

temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement... ..waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage... .otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kiter kira macam switch off kejap... .REM atonia (tader muscle tone)... ... ok, otak kiter pun ader switch off button.... dipanggil reticular activating system RAS... ... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik... ... kita sedar fully awake state... .tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter... . maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik... .mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc... . dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh trigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal... .heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. Orang yang ader penyakit narcolepsy

"


Dan lagi satu di link ini. Owh, tidur lumpuh rupanya. Betulkah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...