Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 30 September 2010

My Confession to My Eye Candy

Nak tahu kenapa no more stalkering?
*
*
*
*
*
*
*
Nak tau, tadi aku chat ngan eye candy aku kat FB.
And guest what?
*
*
*
*
*
*
*
Aku mengaku kat dia aku suka dia!!
And guest what?
*
*
*
*
*
*
*
Dia pun suka kat aku!!!
Weeehuuuuu!!!!!! Sukanya aku!!!!!! =)
And guest what?
*
*
*
*
*
*
*
Aku tipu jela. hehehehehe =P
And guest what?
*
*
*
*
*
*
*
Kegilaan sebenarnya adalah ini!!
*
*
*
*
*
*
*
oops!!! the internet is really slow.
Aku gila neklace sekarang!!! =)
*
*
*
hehehe. jangan marah ye =)

Cleaning Up

Cleaning up my blog.

Setelah aku perhati Blog List kawan-kawan aku ni, ramai juga yang lama sangat tak updet blog. Ada yang sampai empat tahun. Jadi aku buat keputusan untuk remove semua blog-blog yang dah melebihi setahun tidak updet.

Eh, bukan sebab aku tak nak kawan dengan korang je, cuma aku rasa blog-blog itu memang sudah tidak aktif.
Tapi jangan risau kalau korang dah aktif semula mengupdet blog, sure aku add balik korang ye.

Rabu, 29 September 2010

Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 4 (Episod Akhir)

Sila Baca Ini Dulu




Aku tak jadi nak cerita kisah-kisah yang membuatkan aku bertambah suka. Jadi, ini saja.

Siapakah sebenarnya yang dipuja itu? Ingat tak ini?



dan 


Itulah orangnya =)

OK. Aku berhenti sekarang. No more stalkering.

Hushhh to those who knows











PTPTN

Tajuk pun dah jelaskan?

Aku ni antara penerima PTPTN nih. Ye lah, dulu masa kat matriks tak nak belajar sungguh-sungguh. Jadi CGPA pun tak lepas nak mintak biasiswa JPA ke, MARA ke atau PETRONAS ke.

Ini je la caranya untuk aku sambung belajar dengan menerima PTPTN. Jika korang mampu nak belajar tanpa ada pinjaman PTPTN nih, tak payahlah gatal tangan nak terima PTPTN nih. Kemudian hari nanti akan menyusahkan diri korang nak bayar pulak kan? Macam-macam alasan bagi sebab tak nak bayar.

Antaranya:
# Interest a.k.a kos pentadbiran bulan-bulan banyak sangat, penipu je PTPTN nih (hello!!!! kalau nak dibandingkan dengan interest kad kredit or interest loan kereta. Kira paling rendah dah tau interest a.k.a kos perkhidmatan PTPTN ni. Sekarang ni 3%, nanti jadi 1% je)

# Sepatutnya belajar ni kerajaan bagi percuma je (Dah tau macam tu kenapa nak terima PTPTN tu. Pergila minta kat siapa-siapa yang baik hati nak tanggung belajar kau tu)

# Tak tau macamana nak bayar (Ni aku akuilah juga. PTPTN tak terangkan secara jelas macamana nak bayar TAPI usaha lah sikit!!! Buka laman web PTPTN tu. Kat situ ada terangkan macamana nak bayar. Tak pun telefon terus hotline PTPTN tu tanya macamana nak bayar. Apa dia? Tak tahu no rujukan dan no pin? Dalam surat yang PTPTN bagi tu kan ada no rujukan dan no pin. Kalau dah takda surat tu, telefon atau email je PTPTN. Sekarang ni pun PTPTN dah ada forum jika korang ada masalah berkaitan)

Aku ni pun bukannya setiap bulan bayar. Kadang-kadang sangkut juga tak bayar. Tapi sekurang-kurangnya aku bayar la jugak. Dah la pinjam duit orang nak belajar dah tandatangan semua perjanjian kata sanggup terima dan bayar balik. Tup tup, bila dah habis belajar tak nak bayar pulak. Berkat ke korang belajar tu? Masih berhutang. Kalau dari dulu tak setuju tentang PTPTN nih. Tu duit mak bapa aku bayar cukai semualah, jangan gatal tangan nak terima.

Tu satu hal. Hal lagi satu duit PTPTN tu korang betul guna ke untuk tanggung belajar? Ke duit tu korang pergi beli motor baru, handset baru? Pastu duit habis. Nak beli buku dah tak da duit?

OK, cukup pasal tu. Macamana nak bayar dan nak tahu berapa banyak nak bayar? Sila pergi ke laman web PTPTN dan KLIK pada ikon e-fes pada sebelah kanan web.

Aku setuju sangat mewajibkan potongan gaji untuk bayar PTPTN. Walaupun sebenarnya aku lebih suka bayar sendiri. Sebab, jika ada duit lebih, boleh aku bayar lebih sikit PTPTN. Kalau dah buat potongan gaji, banyak tu je la boleh dipotong. Ini sesuai sangat bagi orang-orang yang liat nak bayar tu.


Selasa, 28 September 2010

Kejutan Budaya Sisi Gelap dan Terang Siri 4

Sebelum itu, sila baca

Kejutan Budaya Sisi Gelap Siri 1

Kejutan Budaya Sisi Gelap Siri 2

Kejutan Budaya Sisi Gelap dan Terang Siri 3

“Dan yang tinggal adalah seburuk-buruk manusia, mereka melakukan hubungan kelamin sebagaimana keldai (di khalayak umum), maka kepada merekalah kiamat akan berlaku.” (Sahih Muslim)

“Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak akan hancur umat ini sehingga kaum lelaki mendatangi kaum wanita, lalu dia menyetubuhinya (berzina).” (al-Haitsami, Majmu’ az-Zawa’id, 7/331)

Baca selanjutnya disini

Harap-harap dijauhi dari aku.

Kau tau tak kejutan budaya ini beri aku apa? Kenapa sisi GELAP dan TERANG?

Pilihan aku kepada M adalah untuk menceritakan kisah silam aku.

Korang tahula kan, kadang manusia ini terlupa. Termasuklah diri aku yang kerdil ni. 

Aku bercerita kepadanya, sudahnya M tak boleh terima. Tak boleh terima tak pa. Tapi cakap je lah terus-terang dengan aku. Ini terus senyap macam itu je. Sangat loser

Kejutan Budaya Sisi Gelapnya adalah,

Aku seorang budak yang nakal.


Perlukah M cakap kat aku, aku ada dalam list dia dan kemudian terus senyap macam tu sahaja? Again, loser.

Kejutan Budaya Sisi Terangnya adalah,

Aku jadi sangat sedih, terlalu sedih. Sehingga beberapa malam ini aku tidur bertemankan air mata. Sisi gelap itu membuka mata aku untuk menjadi sisi terang. Ku tak mahu peduli lagi  kisah silam ku. Aku mahu cari sisi yang terang.

Aku harap kejutan budaya sisi-sisi gelap itu dapat mengubahku menjadi lebih baik dan memberi pengajaran kepada semua


Ketika Ku Berduka

Aku ni bukanlah baik sangat. Eh... sshhh!!!! Tapi kadang-kadang terlintas di dalam hati. Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak. Kenapa sesetengah kawan yang sudah ku kenal berpaling tadah. Apa tindakan ku yang menyebabkannya?

Mesti korang terkejutkan? Tiba-tiba blog aku penuh pula dengan doa-doa, ayat al quran dan hadis. Manusia boleh berubah. Aku harap ini merupakan satu permulaan untuk aku. Dulu aku cuba berubah, berjaya. Tapi aku berjaya sebab berlandaskan kepada seseorang. Sekarang ini aku hanya ingin berlandaskan kepada YANG SATU.

Aku harap, doa-doa ini dapat membuatkan aku rasa lebih tenteram

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak
hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku
padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama
(baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam
kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau
khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-
Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan
kesedihanku.” (HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut
adalah sahih.)


“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan
menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan
orang.” (HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah صلى الله عله وسلام senantiasa membaca doa
ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173)


Tenteramkanlah hatiku ini yang sentiasa berduka dan sedih.Lenyapkanlah duka dan kesedihanku.

Eh kenapa pula aku terluka sangat ni? Kenapa?

Doa-doa untuk diriku

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, & kalau Engkau tidak mengampunkan kami & memberi rahmat kpd kami, nescaya menjadilah kami dr orang2 yg rugi". - Surah Al-Aaraf ayat 23

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" - Surah al- mumtahanah ayat 4-5

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".- Surah Al-Anbiyaa ayat 89


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". - Surah Al-Anbiyaa ayat 87

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". - Surah Al-Baqarah ayat 286

Bantulah aku daripada menganiaya diri sendiri

mood: penyesalan hidup

Isnin, 27 September 2010

Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 3

Teruskan atau tidak? <--- KLIK SINI

Aku macam dapat rasa yang dia tahu aku suka kat dia. Tapi dia buat bodoh je sebab dia tak suka kat aku

Adakah aku perlu teruskan? Atau berhenti?

Episod seterusnya: Kejadian-kejadian benar yang buatkan aku bertambah suka

Ahad, 26 September 2010

Kejutan Budaya Sisi Gelap dan Terang Siri 3

Aku alergik dan fobia dengan budak Kluang. Semua pun tak boleh pakai.

Kepada orang-orang Kluang, No offends.

Pengalaman aku yang membuatkan ianya terjadi

Kisahnya adalah lebih kurang seperti ini

Yang berbezanya, aku dah lama kenal budak ni dan selalu juga berjumpa

This is my story:

Dua orang dah budak Kluang aku kenal

Sorang yang si budak S nilah. Tak perlu lah lagi aku cerita pasal budak ni.

Aku nak cerita pasal budak M pulak. Berasal dari Kluang juga. Aku tahu banyak juga tentang kisah silam dia dan aku pernah jumpa adik dia.

Aku dah kenal dia ni lama juga. Dah setahun lebih aku kenal M. Selalu jugak keluar. Tapi ada satu jarak masa ni aku dan M langsung tak kontek. Lebih kurang sebulan sebelum puasa, tiba-tiba aku dapat mesej dari M ni. Ada juga dia call. Tapi kalau call aku malas sikit nak layan.

Dah berapa kali M ajak aku keluar. Tapi berapa kali jugakla aku tolak. Sampailah habis cuti raya. Aku berniat nak jumpa dia. Sebab rasa serba salah haritu dia ajak keluar semuanya aku tolak. Dia gembira aku ajak dia keluar. Hari tu pun adalah hari pertama dia kerja kat tempat baru.

Seperti biasa M ajak aku makan kat tempat kegemaran aku kat Danau Kota. Maka bersembang-sembanglah kami.

Kejutan Budayanya disini.

Dia cakap dia nak kawin dan orang yang paling dekat dengan dia sekarang adalah aku. M merancang nak kawin sebelum umur 30. Umur M sekarang adalah 29. Itu bermaksud adalah tahun depan.

Tapi dia tak da perasaan yang betul-betul mendalam lagi dengan aku (Ini dia cakap ok). Tapi aku ada dalam list dia. Kalau ada jodoh adalah kita (Ini pun dia cakap). Tak pernah tau orang laki cakap kat perempuan yang dia suka, yang perempuan itu ada dalam senarai bakal isteri dia. Dia ingat hati dan perasaan perempuan boleh dimainkan macam itu sahaja? Aku tak kisahlah sangat. Dia pun cakap dia taknak hati dia dan aku terluka kalau tak jadi apa-apa.Dia tahu sangat sakit. Jadi lebih baik kawan dulu.

Aku pula macam nak cerita kisah silam aku. Ingat tak entry ini dan ini. M lah cakap tentang pilihan tu kat aku. Terjadi, pilihan aku sebenarnya adalah silap. Bila aku cerita pilihan aku, pada sesi telefon esoknya. Dia seperti boleh terima. 

Tapi pada keesokan harinya, aku telefon dan mesej langsung tak angkat. Apa ni kata kawan. Tak kisahla kalau dah memang tak boleh ada perasaan mendalam dengan aku. Kawan tetap kawan.  Sekarang M dah lukakan hati aku. Luka sangat tau. Konon tak nak lukakan hati orang. Tapi M dah sangat melukakan hati aku.  Bukan melukakan hati aku sebagai kekasih (sebab aku pun takda perasaan sangat M ni. Hensem memanglah hensem, Tapi bukan taste aku). Tetapi melukakan aku sebagai seorang kawan. Lebih menyakitkan tau

M tarik kerusi aku untuk duduk. M bukakan pintu kereta untuk aku. Tapi M tak cukup gentleman sebab tak balas mesej aku. Senang tak cukup gentlement untuk bagitahu aku M dah taknak kawan dengan aku. Patutlah M jadi lone ranger. Suka sangat tinggal kawan tanpa nota.

Atau mungkin M dah temui list yang baru?


Perlukah aku banned je orang-orang Kluang yang lain?

bersambung.....

Sabtu, 25 September 2010

Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 2

Sebenarnya aku dah cerita dah hal ini kat blog ni. Sila baca di

sini

dan

sini

Samaja ceritanya. Cuma ceritanya lebih detail lagi di sini

Nantikan episod 3 pula ya

Rumah Terbuka Hari Raya

Lokasi 1
Rumah terbuka Erni dan Ogy =)
Menu:
Lontong
Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah
Kek
Kuih Raya
Sandwich
Air Sirap

Diorang masak sendiri tau semua ni. Sedap!!!





Lokasi 2:
Rumah terbuka dan House Warming Shim di Nilai
Menu:
Laksa
Mee Rebus
Rojak Pasembor
Nasi Beriani dengan sambal udang dan ayam masak merah
Kuih Raya
Buah Dukung
Air Oren

Lama betul kat rumah Shim. Siap lepak-lepak tengok TV lagi





Lokasi 3

Jalan-jalan di Nilai 3
Oopss, takda gambar. hihihi
Pip dapat sehelai kain kapas jepun =)

Lokasi 4

Ice Room
Menu: Aku tak ingat pula nama menunya, yang aku tahu satu berperisa mangga dan satu lagi berperisa kacang
Yummy!!!
Terima Kasih kepada Anna sebab belanja aiskrim ni.








Terima kasih Ogy, Erni dan Shim kerana menjemput datang ke rumah terbuka kamu. Terima kasih kepada Pip kerana sudi menumpangkan aku yang malas bawa kereta ini.

Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 1

Ini kisah benar pemuja rahsia dan orang yang dipuja

Sila klik sini: Episod 1

Haa!!!! Tak dapat baca? Sila request kepada saya


Jumaat, 24 September 2010

Life is a choice

Life is a choice. Depend on you. On how wisely you make your choice

Seseorang pernah berkata kepada aku. Kita boleh pilih apa yang kita nak orang tahu tentang kita. Kita boleh pilih untuk cakap perkara yang buruk atau baik. Terpulanglah kepada kita. Tapi seseorang itu pilih hanya untuk orang tahu yang baik sahaja.

Katanya, "Buat apa kita nak cerita perkara tak baik, jika perkara tak baik itu membuatkan orang berfikir banyak kali untuk berkawan rapat dengan kita?"

Tapi bagaimana pula jika perkara tak baik itu boleh membawa kesan kepada orang lain? Bukankah Islam mengajar kita untuk bercakap benar sekalipun benda itu pahit?

Jadi aku cuba untuk bercakap perkara yang baik-baik sahaja. Tapi aku jadi rungsing. Aku tak mahu kemudian hari nanti orang lain akan rasa tertipu.

Aku buat pilihan aku. Ada pilihan aku yang betul ada juga pilihan aku yang tak betul. Macam kita jawab soalan objektif kena pilih mana yang betul. Kita pilih mana-mana jawapan yang betul. Tapi hakikatnya, jawapan yang kita rasa betul, salah rupanya.

Apapun pilihan aku, samada betul atau salah. Pilihan itu harus diteruskan. Pilihan itu harus dibetulkan. Jika tak, pilihan yang salah itu akan terus menghantui kita.

mood: geram

Rabu, 22 September 2010

Kejutan Budaya Sisi Gelap Siri 2

NOTE: Sebelumni, aku privatekan entri ni, tapi aku buat keputusan untuk open to public. Semoga boleh jadi panduan dan ingatan kepada gadis-gadis di luar sana.

Untuk Siri 1 sila ke sini. Nanti tak paham pula

Kejutan Budaya Sisi Gelap Siri 1

Kejutan budaya ini menjadi semakin kontroversi dan privasi.


Aku ingat malas dah aku nak melayan budak Syahrimay (Lelaki S) ini. Budak perempuan (Gadis A)yang tinggal sebumbung tu pun aku dah tak nak layan. Tapi tak semena-mena budak S ni mesej aku.

"Yela orang bayar duit awak k tapii bukan masa yg terdekat ni coz orang tengah susah skrg ni"

"ok" itu aja yang aku balas

Tersenyum kambing aku lepas tu sebab cara aku untuk aku mendapatkan duit aku balik berjaya walaupun akan memakan masa. Tapi kenapa tiba-tiba pula Lelaki S ni nak bayar duit aku? Aku pun tanyalah Gadis A ni.

Rupa-rupanya yang kat budak BP tu pun Lelaki S ni minta maaf. Rupa-rupanya di tak dapat hidup tanpa duit perempuan. Mungkin itu caranya untuk dia dapat kan duit. Lagi-lagi sekarang ini musim dapat gaji. Lagila ligat dia. Bergaduh pun minta maaf balik. Tak tahulah dengan perempuan mana lagi dia menipu.

Kejutan Budayanya disini,

Gadis A ni dah malas nak layan Lelaki S ni. Maka Gadis A ni balik kerumah sewa dia (Ye Gadis A ni ada rumah sewa lain, tapi tinggal dekat rumah sewa lelaki S. Maknanya dia bayar sewa untuk dua rumah). Lelaki S ni bengang sebab Gadis A tak datang rumah dia. Jadi dia pergi rumah sewa Gadis A ni dan mengamuk.

Gadis A ni benganglah dan ungkit pasal Laki S pergi KL jumpa perempuan tak mengaku, pasal nak bertunang tahun depan dengan orang lain tak mengaku.

Apakah objektif sebenar Lelaki S. Dia masih memujuk rayu ramai perempuan tapi pada masa yang sama dia masih seperti tak dapat lepaskan Gadis A. Adakah kerana dia takut takda siapa nak bayar sewa umah dia? Atau adakah benar-benar dia mencintai Gadis A. Tapi kenapa dia berjanji dengan perempuan lain untuk bertunang dan berkahwin.

Yang terkejutnya lagi Gadis A ni nak pula duduk balik dengan Lelaki S ini.

Lelaki Perempuan tinggal sebumbung macam suami isteri dah banyak yang aku dengar dan baca. Tapi diorang ni tinggal sebumbung dengan adik lelaki S ni.

Lelaki S ni pun ada seorang member yang sentiasa jaga line dia. Maksudnya, yang sentiasa cover dia dalam hal bermain dengan ramai perempuan ini.

Nantikan Siri 3. Kisah lain pula

Hidup ini adalah pilihan?

Aku sangat gembira harini. Tak tahulah kenapa. Adakah kerana aku memakai baju berwarna oren? Bagi aku, warna oren ini melambangkan tenaga dan gembira. Sebab itulah kot aku gembira semacam. Dulu aku ada cadar warna oren. Aku langsung tak boleh tidur atas cadar tu. Bila aku tukar cadar, baru lah dapat tidur.

Atau mungkin juga sebab aku jumpa seseorang yang sudah sangat lama aku tak jumpa. Dekat sebulan lebihlah juga. Jadi aku sangat rindu nak melihat dia. Bila dapat lihat dia hari ini, aku jadi sangat gembira. Walaupun tak bertegur sapa. Eleh malu-malu taik kucing pulak. Cehh.. =)

Atau mungkin kejadian semalam yang membuatkan aku sangat gembira sehingga terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Kejadian semalam yang merasakan diri ku ini masih dihargai oleh kawan-kawan.

Seseorang pernah berkata kepada aku, hidup ini adalah pilihan. Terpulanglah kepada kita sama ada kita mahu pilihan yang baik atau tidak. Terpulanglah kepada kita mahu cerita tentang jahat kita atau tentang baik kita. Aku berdebat juga tentang perkara ini. Bukankah kita harus bercakap benar walaupun benda itu pahit dan jahat. Lagi-lagi jika ia memberi kesan kepada orang lain. Pilihan kita untuk bercakap benda yang pahit dan jahat mungkin dapat mengelakkan seseorang untuk merasa sakit dengan kebenaran yang kita cakap. Siapa suka jika seseorang itu dapat tahu kita menipuka?. Tak kisahlah kalau perkara yang kita cakap itu akan menyingkirkan kita dari lingkungan sosial.

Motifnya di sini, aku sangat gembira hari ini. Aku sangat gembira dengan pilihan yang aku buat.


Selasa, 21 September 2010

Kejutan Budaya Sisi Gelap Siri 1

Setiap hari ada je kejutan budaya yang aku alami

Ini termasuklah kejutan budaya kepada cara hidup orang-orang tertentu. Tak kisahlah yang gelap atau yang terang.

Aku pernah berkawan dengan seorang lelaki. Lama dah setahun lebih jugak aku berkawan dengan lelaki ni. Dari dia kerja KL sampailah dia kerja kat kampung dia kat Kluang. Masa dia ni kerja Kluang, jaranglah aku kontek dia. Adalah sekali-sekala aku jumpa dia kat KL.

Nak dijadikan cerita, sepatutnya dia datang KL sehari sebelum aku cuti raya. Aku pun tunggulah dia sampai. Tapi aku telefon dan mesej tak angkat langsung. Aku bengang aku balik la rumah. Dalam pukul 6 camtu dia mesej tak dapat datang sebab die kemalangan motor.

Cerita disebaliknya, pada hari yang sama, waktu petang jugak, ada seorang perempuan mesej aku. Aku pelikla, tak pernah ada perempuan nak kenal ngan aku. Jadi aku cakap dengan dia,

“akak ada kacau teman lelaki adik ke? Kalau ada, takpalah adik ambil je dia. Akak taknak”

Mula-mula dia tak nak mengaku. Dia pertikai salahkah perempuan nak kenal dengan perempuan. Malam sikit, barula dia mengaku. Dia tanya samada aku ada kenal budak Kluang ke tak. Ada aku kenal sorang. Dia cakapla yang dia tu adalah teman lelaki dia.

Bila digabungkan dua cerita tu, barulah aku dapat kesimpulannya.

Ceritanya,

Kali terakhir aku mesej lelaki tu sebelum dia tak balas mesej adalah sewaktu dia di atas motor bersama perempuan itu menuju ke bas stesen. Waktu tu, lelaki tu tengah bergaduh hebat dengan perempuan tu. Tak semena-mena, mereka kemalangan. Sepatutnya, lelaki tu naik bas ke KL pada pukul 11.30. Tapi perempuan tu nyatakan mereka berada di bas stesen sampai pukul 1.

Perempuan itu tinggal bersam-sama dengan lelaki tu. Macam suami isteri, tiada ikatan apa-apa. Melalui perempuan itu aku tahu lelaki ini sudah  6 bulan lebih tak bekerja (berdasarkan berapa lama dah perempuan itu tinggal bersama dia). Sewa rumah, makan minum, duit rokok semuanya perempuan tu yang sediakan.

Bukan itu sahaja, kereta satria dia bukan dia beli sendiri, ada seorang peguam perempuan yang bagi dia duit 20K beli kereta.  Peguam perempuan tu mengamuk gila sampai tuntut balik duit dia. Ada lagi seorang budak dari Batu Pahat, lelaki ni minta perempuan BP ni buat loan kahwin untuk dia. Memang tak sedar diri lelaki ni.

Nasib baiklah aku tak berhabis untuk lelaki keparat ni. Ada sekali dia pinjam duit RM150 aku dan aku akan dapatkan balik duit tu. Tapi tak boleh buat cara peguam perempuan tu, lelaki tu pandai tukar no telefon. Ada ke patut lelaki tu suruh aku belanja dia kasut timberland yang harganya lapan ratus. Kasut aku pun tak pernah pun cecah seratus tau. Nasib baik lah aku tak terpedaya dengan lelaki ini.

Waktu tu juga aku rasa tuhan nak bagi petunjuk kat aku yang lelaki ni tak boleh dipakai. Petunjuk sebab dia eksiden. Perempuan yang tinggal sebumbung dengan dia pun ada cakap kat lelaki tu klu dia cakap bohong, adalah benda buruk yang berlaku. Aku sangat bersyukur sebab perempuan ni bagitahu aku. Dari mesej pertama perempuan ni pun aku dah terhidu yang perempuan ini ada kaitan dengan lelaki tu.

Kejutan budayanya disini adalah

Ada juga lelaki yang macamni. Sudahlah tinggal serumah dengan perempuan lepas tu boleh lagi main dengan perempuan lain. Kalau kawan dengan dia, Nampak semuanya jujur berlaka tak terlintas pun difikiran bahawa dia ni menipu. Sekarang semua perempuan yang kawan dengan dia sudah lari. Yang lain-lain tu berhati-hatilah. Kalau terjumpa atau berkenalan dengan orang yang bernama Syahrimay (kadang-kadang dia guna nama tipu, tengok Ic dia), janganlah berkawan dengan dia.

Satu lagi yang aku pelik, perempuan ni dah tahu lelaki ni main banyak, masih lagi tinggal sebumbung dengan lelaki ni. Tak paham betul aku. Aku tanya kenapa, dia cakap nak tengok sampai mana ego lelaki ni. Aku pun nasihatlah dia, tak da gunanya, lelaki memang takkan berubah. Jangan haraplah nak jatuh egonya, kalau ko masih support dia. Sekarang dua-dua pun aku malas nak layan. Tapi perempuan ni selalu gak updet aku apa yang terjadi sekarang.

Jumpa lagi di siri kedua

Rabu, 8 September 2010

Cintaku yang berdarah di Ofis


Closed off from love
I didn't need the pain
Once or twice was enough
And it was all in vain
Time starts to pass
Before you know it you're frozen

Isnin, 6 September 2010

Doku-Drama Manikam Kalbu ~ Faizal Tehrani

Baru ushar blog Faizal Tehrani

weehuuuu adaptasi Novel Manikam Kalbu akan ditayangkan di tv3.



Sedikit tentang novel ini
1) Pertandingan mereka cipta baju rasmi yang sopan
2) Pengembaraan mengenali jenis-jenis kain
3) Seekor kucing yang bernama manikam kalbu
4) Seorang nenek yang hilang ingatan

p/s: memandai-mandai je adik aku mengupload gambo comot aku kat facebook.....

Patik Cemburu Melihat Ramai Rakyat Jelata sudah membuat ini

Sudah ramai rakyat jelata blog yang membuat entri raya. Patik pun berkenan juga mahu buat entri raya.

Persiapan Raya patik nak kata terlalu meriah, tidaklah semeriah orang sebelah-menyebelah patik ini. Apa yang mampu dan apa yang berkenan yang itulah patik mahukan.

1)      Patik sudah menghantar baju raya patik untuk dijahit hampir tiga purnama lepas. Namun baju raya patik baru siap pada setengah purnama ini. Kisahnya selepas turun ke darat, patik pulang ke kampung halaman untuk mengambil baju patik. Tapi patik amat kecewa kerana gerai jahitannya tidak buka. Maka patik sudah merajuk dan tidak mahu mengambil baju tersebut. Semasa patik kembali ke tempat membanting tulang,  teman sebanting tulang ada menjual baju raya. Arakian, untuk mengubat rajuk hati patik, patik telah membeli sepasang darinya. Walaupun patik sebenarnya berkenan berpasang-pasang baju yang dijualnya. Patik juga sudah membeli kain untuk menjahit baju patik sendiri.

2)      Tahun ini, patik tidak pula mendapat kuih-kuih pemberian dari sekutu-sekutu tempat patik membanting tulang.  Mungkin kerana patik terlalu lama di perantauan meredah lautan luas, maka patik tidak sempat untuk hadir ke majlis-majlis iftar oleh sekutu-sekutu. Nasib patik amat baik apabila ada penjual  kuih di tempat membanting tulang patik. Maka patik membuat keputusan untuk membeli sejenis kuih sekadar memenuhi syarat kemeriahan raya nanti

3)      Persiapan ini pula hanya kebetulan sahaja apabila patik sebenarnya mahu mencari capal bertutup untuk digunakan semasa patik meredah lautan. Entah bagaimana patik terpana melihat sepasang capal yang amat memikat hati kesuma patik ini. Maka tidak semena-mena, patik mahu capal itu. Sudahnya, patik membeli kedua-duanya dan capal yang menambat hati kesuma patik ini, patik tinggalkan sahaja di tempat patik membanting tulang dahulu.

4)      Persiapan lahir patik semuanya hampir lengkap. Bagaimana pula dengan  persiapan batin dan rohani. Owh persiapan yang tak kekal sahaja yang patik lagak-lagakkan. Persiapan kekal biarlah tidak dilagak-lagakkan. Tapi tanggungjawab utama belum patik dan rakyat jelata selesaikan lagi. Puasa dan zakat fitrah.

Kepada pembaca-pembaca setia blog patik,

1)      SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

2)      Maafkan patik yang hina ini jika selama ini tulisan-tulisan patik  ada menyakitkan hati pembaca-pembaca sekalian

3)      Selamat memacu kenderaan. Memaculah dengan hawa dingin bukannya dengan hawa nafsu

Lolipop

Saya rindu ini


Sihat ke tidak?

Mode: Raya... takda mood mahu keje sudah

Khamis, 2 September 2010

Discrete? How discrete is that?

Descrete relationship?

What is that suppose to means?

At first I feel I know what its mean

So I say yes. Its ok by me

Then i search back the meaning of it.

Totally different from what I understand.

So it suppose no. Its not ok by me

So what is Descrete relationship means to you?

p/s: update from previous post. Yes my kaftan sudah jadi =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...