Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

Akhir 2010

Akhir 2010 yang penuh rasa cinta
Akhir 2010 yang penuh rasa bersalah
Akhir 2010 yang diisi lebih seribu kilometer di jalanan

2010 yang penuh dengan rasa kecewa di hati, rasa cinta di hati dan rasa kehidupan baru dihati

Moga 2011 akan penuh dengan hari-hari gembira dan kecintaan
Alhamdulillah aku masih bernafas untuk menjenguk 2011

Khamis, 23 Disember 2010

Melankolik

Ini lagi hari yang aku rasa melankolik
Ini lagi hari yang aku fikir perkara mengarut
Ini lagi hari yang aku banyak menimbang-nimbang masa kini dan depan

Tapi semalam dan hari ini, ramai kata aku manis, aku comel, aku cantik.
Suka, tapi hatiku tetap suram
Harini ada orang cakap aku lawa dan hot. Sudah ada bf ke belum.
Suka, tapi hatiku tetap mendatar

Comel ke aku? huahuahua

Ok.. sudah. Aku rindu sebenarnya. Sudah 40 hari aku tak berjumpa kecintaan ku. Sudah 3 minggu aku tak mendengar suara kecintaanku. MELANKOLI~~~~~

Selasa, 21 Disember 2010

Rindu Bayangan

Bila aku dengar lagu ni, aku dapat  merasakan perasaan seseorang yang kehilangan kekasih hatinya buat selama-lamanya. Bertapa rindunya seseorang itu terhadap orang yang telah pergi. Al-fatihah.


Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah diingat pada yang sudah tiada

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lama kan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi

Apalah yang hendak dikata
Sudah suratan takdir menentukan
Inilah ragam manusia
Hanya doa dapat ku utuskan

Berputar-putar mengingatkan masa lalu
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan


Sometimes you've got to get hurt in order to grow, Sometimes our visions seem clearer after our eyes are washed out with tears. Have a good cry, wash out your heart. If you keep it inside, it'll tear you apart. Sometimes you lose, but you're going to win if you just hang in

Malu ke?

Lama sungguh aku tidak tidur awal. Semalam entah macamana sebelum pukul 10 aku dah tido. Langsung tak jumpa housemate aku semalam.

Ceritanya adalah tentang rasa malu. Korang malu tak kalau kau masih lagi pakai handset 3310?
 Ye la zaman sekarang ni, semua handset canggih-canggih. Blackberry, iPhone, Galaxy dan ntah apa-apa lagi. Bagi aku, aku tak kisah pun kalau masih pakai handset 3310. Apa yang nak dimalukan. Orang lain handset canggih-canggih, pedulilakan.

Korang malu tak kalau korang pakai handbag or kasut yang takde brand? Kalau boleh taknak tunjuk nama brand tuh. Owh, aku tak peduli, as long as cantik, ada brand atau takda brand aku tak peduli. Yang penting aku suka.

Lantaklah orang nak kata aku ni tak technology updateke, kuno ke, kekampungan ke, aku tak peduli. Eh eh lagipun memang aku datang dari kampung pun. Buat pe nak malu dengan asal usul sendirikan. Kalau aku macam rusa masuk kampung pun, peduli apa aku. Owh my ignorance about my lifestyle now..... shooooohhhh.. shoooooohhhhh go away. Please save me from being orang OVER kebandaran. Been kebandaran is ok. But not over kebandaran sampai lupa asal usul ko. Sampai ko malu sebab ko pakai handbag takde brand. Sampai ko leh tanye kawan ko, "eh ko pakai handbag brand ape tu? tak penah dengar pun. Handbag pasar malam ek?" Hey, ko takda hak nak menjatuhkan orang lain ok. Kalau ko pakai barang branded pun atas duit orang lain, apa klassss. Kau pun papa kedana jugak. Eh eh ko je yang papa kedana, aku kaya-raya. AMIN!!!! Kau nak jadi pisau cukur, lantak ko lah. Owh aku teringat cerita pisau cukur. Sangat best cerita itu.

Cerita pasal kasut, banyak sungguh kasut aku rupanya..... @__*

Khamis, 16 Disember 2010

Tak best

Aku tak suka perasaan aku sekarang ni
Kalau boleh aku nak berada kat laut sekarang ni
Takdalah aku terlalu terfikir-fikir
Ok aku mengarut.

Yang penting, perasaan aku sekarang tak best
Rasa rindu ada, rasa sedih ada, rasa tak keruan ada, rasa panas ada
Macam-macam rasa ada

Tapi aku mestilah kena sentiasa ingat status aku sekarang
Dimana aku terletak
Kemungkinan tak jadi itu mungkin tinggi
Apa-apa pun redha je la perjalanan hidup ini
Kita merancang dan melaksanakan
Tapi tuhan yang akan menentukan segalanya

Tunggu dan lihat berapa lama aku boleh tahan perasaan rindu ini

Rabu, 15 Disember 2010

Kau ada cahaya cinta

"Zarith, Good Luck!!"
"Kau ada cahaya cinta"

Ucapan sebelum aku ACD. Terima kasih kepada semua yang mengajar dan mengucap good luck kepada aku. Walau sebenarnya aku sempat study pagi sebelum ACD je. Lebih kurang dalam empat jam saja untuk study. Apa aku buat weekend tu sampai tak sempat study? Owh aku sibuk dengan majlis pertunangan. Kene potong bawang, siang udang dan ayam. Sampai bau bawang pun masih melekat kat tangan aku ni. Mana nak sempat study kalau dah sibuk macamtu kan.

Hasilnya? The worse ACD I  ever had in my life. Tapi relaks-relaks. Kalau aku study lebih-lebih pun aku still akan dapat satu juga kerana aku tak pernah hands on. Jadi tak guna la kalau nak elobrate panjang-panjang pun kalau kau tak pernah buat kerja-kerja tersebut. Kadang-kadang terfikir jugak betul ke aku nak ruler reservoir geophysics ni? Kerana sekarang aku semakin selesa berada dalam operation team ni. Takpela, yang penting aku riang di mana sahaja aku berada.

Aku ada cahaya cinta
Cahaya cinta yang membuatkan aku sentiasa gembira walaupun ada gundah mengundang
Cahaya cinta yang membuatkan aku bersemangat untuk berjaya dalam hidup ini
Cahaya cinta yang membuatkan aku sedar batas-batas hidup ini
Semoga cahaya cinta ini terus menyuluh jalan hidupku ini

Rabu, 8 Disember 2010

Jauh dari perasaan

Asyik hal perasaan je. Takda cerita lain kah untuk diceritakan. Eh suka hati akulah.

Tahun 2010 tahun paling kelam kabut bagi aku. Lagi-lagi hal kerja. Tapi aku gembira dengan kerja aku sekarang. Budak-budak di pejabat pun baik-baik sahaja. Cumanya dari segi pengurusan kerja je yang aku tak dapat tangani.

13 Disember aku ada penilaian (ACD). Tahu tak, aku tak membuat ulangkaji apa-apa lagi. Sudah pula harini ada kos sampai hari Jumaat. Hari Jumaat lepas kerja, aku terus nak balik Ipoh. Kakak aku tunang 12 Disember tu. Habis bila masa aku nak mengulangkaji nih? Aduh pening aku memikirkannya. Taktau lah nak kata bernasib baik atau tidak. Ruler ACD aku adalah Reservoir Geophysics bukannya Reservoir Geoscience. Bernasib baikkah sebab aku tak pernah buat kerja berkaitan seismik nih makanya tak perlulah aku mengulangkaji gila-gila atau bernasib burukkah sebab masa ACD nanti sudah tentu aku boleh dapat satu sahaja. Apapun aku masih menganggap diriku dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan kerja. Tahun depan, walau apapun rintangan, aku mahu lulus ACD aku.

Kerja ku sekarang? Suka walau masih takut-takut. Kalau bos suruh pergi pelantar gerudi, dengan rela hatinya aku mahu pergi. Seronok tau duduk laut. Tak perlu nak fikir hal-hal darat nih. Rasa ringan je kepala. Tapi aku kena fikir jugak KPI aku yang lain. Aku tak pernah lagi jadi operation geologist. Aku tak pernah lagi jadi project geologist. Eh apa ni, bukan kah ruler ACD aku sekarang adalah Reservoir Geophysics? Tak pedulilah aku, selagi aku gembira dengan kerja aku. Silap-silap tahun depan aku tukar ruler pulak. Relaks relaks, kita cuba dulu. Belum cuba belum tahu kan.

Hidupku pun lebih gembira sekarang. Takda lagi rasa murung, takda lagi rasa sedih. Ya, hidup ini penuh hikmahnya. Dalam pada aku sangat rendah, sangat murung, sangat menuduh segalanya, tuhan menyelamatkan aku dari segala yang buruk. Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat. Jadi janganlah pernah kamu berputus asa. Pasti saat-saat rendah kamu itu akan dibalas. Bertahanlah dan bersabarlah.

Tahun 2011, aku pasti banyak halangan yang aku hadapi. Tapi aku akan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segalanya. Agar dipermudahkan jodoh ku. Agar jalan 2011 aku lebih lurus. Agar aku lebih bersemangat untuk bekerja. Ya itu harapan ku.

Selasa, 7 Disember 2010

Kampungnya

Aku tak jumpa external hardisk aku. Adush kemana la aku tertinggal. Jangan tertinggal di labuan sudah. Down.......

Aku kampungnya.

Kampungnya aku. 
Aku tak peduli. 
Aku kekal begini.
Kekalnya aku begini kerana aku tak mahu. 
Aku  tak mahu aku leka.

Aku tahu aku tak kuat menahan nafsu.
Selalu sahaja aku terpesong.
Lalai dengan keseronokan duniawi.
Kekalkanlah kampungku.

Jika ku berubah pun
Aku berubah untuk harga diriku
Aku berubah untuk masa depanku

Aku terkejut dan aku terpaku
Aku tak  mampu seperti mereka yang bandar
Mereka sibuk dengan urusan keseronokan
Cukuplah aku begini

Eh eh tapi aku nak juga bergaya macam mereka
Tapi aku tak pandailah
Aku ni sempoi-sempoi je
Duit pun tak banyak nak bergaya sakan

Mampukah aku untuk menjadi mereka yang baik
Aku tak setaraf mereka itu
Tapi aku nakla mereka yang baik
Aku nak jadi baik
Aku nak harga diriku terjaga
Aku nak jalan di depan ku lurus

Jika tidak dapat mereka yang baik pun
Aku sudah bersedia untuk kekal begini
Besedia dengan rancangan hadapan

Jika terpaksa aku teruskan hal ini sepanjang hidupku
Aku sanggup
Tak ada apa lagi yang aku tunggu kecuali mereka yang baik
Jika tak kesampaian, inilah aku

Walau sejauh mana aku pergi, walau sejauh mana rasa ku ini. Lindungilah aku. Kuatkanlah hati ku. Kuatkanlah hati mereka yang baik. Jalan yang aku pilih sukar. Sangat sukar. Kuatlah wahai hati.

Ku harap kampungnya aku . Ku harap aku kekal

*UPDATED: Rupa-rupanya harddisk tertinggal kat rig

Rabu, 1 Disember 2010

My 73 Minutes Survey

My Countless Minutes Survey
Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.

Person who tagged : Aliza
Starting time : 3.14 am

Name : Zarith
Full name : Hey you know my full name. I would like to keep it empty.
Sibling(s) : 5 (second child)
Eye colour : Brownish black
Shoe size : 5 or 6
Hair : Almost long not straight hair 
Height : 156cm 

What are you wearing right now : Pinky night tee
Where do you live : KL
Favourite number : 21
Favourite drink : milo ais
Favourite month : any month would do accept the month oh ACD and review
Favourite breakfast : roti sardin subaidah usm

******-Have you ever-******
Broken a bone : nope
Been in a police car : yup
Fallen for a friend : nope
Fallen for a guy/girl in a short period of time : yup
Swam in the ocean : yup
Fallen asleep in school : yup..
Broken someone's heart : i think so
Cried when someone died : yup
Sat by the phone all night waiting for someone to call : yup. that someone just called me while i'm answering this tag (see how long i wait)
Saved e-mails : some
Been cheated on : yup (see kejutan budaya sisi gelap series in my previous entry)

******-What-******
Your room looks like : a really small room pack with a lot of staff
What is right beside you : a tea table
What is the last thing you ate : seafood ~ a lot of prawn and crab

******-Ever Had-******
Chicken pox : yup??
Sore throat : yup
Stitches : yup (head, forehead, tummy)
Broken nose : nope

******-Do You-******
Believe in love at first sight : yup. 
Like picnics? : yup especially at the beach or waterfall

******-Who-******
Who did you last yell at? : Yell? its not me.
Who was the last person you danced with? : Danced? Alone? =)
Who last made you smile? : my kecintaan, my love =)

******-Final Questions-******
What are you listening to right now? : the sound of calm loneliness night with sayup-sayup bunyi tv dalam bilik
What did you do today? : visiting SLB Labuan base
Are you the oldest?  : nope
Indoors or outdoors? : both

******-Today did you-******
Talk to someone you like? : Yup 
Kiss anyone? : Is through phone count? Yup
Sing? : Yup ~ baik baik sayang
Talk to an ex? : nope. Why should I?
Miss someone ? : yup
Eat? : yup

******-Last person who-******
You talked to on the phone? : my kecintaan, my love
Made you cry? : my kecintaan, my love
Went to the movies with? : Bal ~ HP7
You went to the mall with?  : Bal
Who cheered you up? : my kecintaan, my love and my friends

******-Have you-******
Been to Mexico? : nope
Been to USA? : nope

******-Random-******
Have a crush on someone? : yup, lolly lolly oh lollypop
What books are you reading right now? : i forgot to bring my book here
Best feeling in the world? : Happy 
Future kids name? : Emmm.. emmmm.. Cempaka
Do you sleep with a stuffed animal? : nope
What's under your bed? : Storage box full of books and magazine
Favourite sport(s) : jogging ( is it count?)
Favourite place : My room
Who do you really hate? : none
Do you have a job? : yes and i enjoying my job right now
What time is it now? : 4.27am (hey tadi terstop kejap, sebab jawab telefon)

p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _____ Minutes Survey" and tag 15 people

I'm tagging Teefa, Nadh, Zack, Harlina, Natrah,.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...