Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 15 Disember 2011

Kejutan Budaya Sisi Gelap Siri 5

Tak sangka aku masih hidup selepas segala torture yang aku alami. Alhamdulillah walaupun minda aku, hati aku  sudah hancur berkecai. Tapi jasad, ruang dan masa masih mahu aku di sini.

Aku sangkakan semua benda yang berlaku dalam drama hanya dalam drama sahaja. Tetapi tidak. Aku dah alaminya. Aku laluinya. Dan aku survive. Dalam perjuangan itu, banyak kali aku dipanah tepat. Tapi aku teruskan juga sampai ke penghujungnya. 

Baiklah straight to the point je lah. Banyak na kona kona nye.

1) Lelaki kau memang keras kepala dan nak menang je. Takpela ko nak menang pun.

2) Tapi kemenangan ko tu duniawi sahaja. Tak boleh nak bawa ke mati pun. Jadi ajarlah anak ko tu baik baik supaya ko mati nanti ada orang yang leh doakan ko untuk masuk syurga.

3) Sisi gelap? Ko ugut aku. Suka sangat ugut aku kan? Sampai aku hampir jadi gila dengan permainan saiko ko tu. Pandai sangat main kata-kata kan. Hak orang pun ko nak main keras kepalakan.

4) Sisi gelap lagi? Kalau dah hidup sehari-hari menipu orang je kejenya. Memang ko dah ketagih dengan penipuan. Jadi dari pandangan aku, orang suka menipu ni susah nak percaya orang. Sebab, apa yang orang cakap benar tu, adalah apa yang kau selalu tipu. Tapi sepandai-pandai melompat dapat tangkap jugak. Jadi takyahlah lompat tinggi-tinggi abis tenaga je.

5) Lelaki suka sangat tipu kat pompuankan sebab takut kena marah bila bercakap benar. Ha, jangan cakap ko tak penah tipu awek/bini ko sebab nak elak kene marah. But that is not always the case wahai lelaki. Be reasonable et voila, ko tak kene marah pun dengan awek/bini ko. Contohlah kan, ko nak pegi main bola dengan kawan ko. Tapi awek ko ajak dating dan for sure die marah klu ko cakap nak main bola dengan kawan ko. Jadi ko tipu cakap sebenarnya mak ko suh balik awal umah. Dia pun tak jadi marah. Eh no no, gejala tak sihat ok. Lama-lama akan jadi cara hidup ko. Ko nak ke? Tipu sekali sekala takpela. Ko balaknya, mestilah dah tau perangai awek ko camne. Klu awek ko memang jenis baik tak kisah ko nak main bola ngan member ko,  takkan la ko nak tipu jugakkan. Memang pondanlah kan laki macamni

6) Cerita indirect je sume tu. Nak cerita direct of what kejutan budaya sisi gelap aku alami, klik sini k. Oops, i'll update later once the entry is ready.

p/s: The feeling when you are frustrated but free. the mental abused that make your mind and heart broke really really badly. As the truth is still hidden, as the lie is still being believed by them, I would never forgive you. 

p/s2: Aku mendoakan supaya Allah s.w.t melembutkan hati kau untuk menyatakan kebenaran. Insyaallah dengan kebenaran itu moga-moga Allah s.w.t membuka hati aku memaafkan ko.

Rabu, 30 November 2011

Mental Abuse

This last three weeks i had experienced the most mental abuse. Being threat and you don't know who can help you make your mind freeze. Nothing can be thought in your head.

Tak mengapalah semua itu telah berlalu. Biar di akhirat sahaja Allah s.w.t membalas. Aku ni bukan lah baik sangat. Tapi aku tak baik pun aku sorang sorang je tak melibatkan orang lain. Tapi dari segi perhubungan antara manusia, aku cuba untuk jadi yang terbaik. Sebab bagi aku, itu menunjukkan siapa diri kita sebenarnya. Tak kirala bertapa besar salah yang dia atau aku telah lakukan. Guna sahajalah bahasa ganti diri yang biasa digunakan. Sebelum ini bila bercakap dengan panggilan nama. Tapi disebabkan dendam atau marah panggilan pun dah bertukar jadi "aku" dan "kau". Bahasa pun dah kasar. Entah apa yang dia cuba buktikan pun aku tak tahu. Lagi pula bila berbicara tentang benda yang belum sepenuhnya milik dia yang bila-bila masa benda tu boleh terlepas dari genggamannya.

Ya, ini pengajaran untuk aku juga. Supaya tidak mudah percaya orang. Ye la orang semuanya bermulut manis bila ada hajat. Selepas apa yang dihajati sudah dalam tangan. Mulut manis tu bertukar jadi mulut pahit dan masam dan menjadi tidak sedar diri. Ya dari pengalaman ini juga aku menjadi faham kenapa dalam perkahwinan itu perlu sekufu. Dan dari pengalaman ini juga aku belajar taraf pendidikan, lokasi kita menetap dan didikan dari kecil mempengaruhi cara seseorang itu berfikir dan mengambil tindakan.

Apa-apa pun pengalaman aku didera dari segi mental tidak akan aku lupakan dan semoga Allah sentiasa melindungi aku dari jahat manusia.

Selasa, 1 November 2011

And i'm trying very hard not to tell random friends about my problem

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ini sangat tipu

Aku rase sangat lapar setelah dua hari tak rasa lapar. Kenapakah? Wahai perutku cepatlah kamu sembuh.

Khamis, 27 Oktober 2011

Perkara-perkara Sensitif apabila Berbicara

Aku tak pernah rasa sangat marah dalam hidup ini. Tidak pernah langsung dalam ingatan aku pun aku marah. Tapi Jumaat dan Sabtu lepas semuanya terlepas. Baru aku rasa bertapa teruknya perasaan marah itu. Terutama sekali aku tak boleh buat keputusan yang mengikut pertimbangan akal.

Aku rasa setiap orang ada hal yang sensitif yang kalau berbicara tak kena cara memang habislah. Ini antara hal-hal yang aku rasa sensitif untuk dibicara secara terlalu terbuka

Agama: Jika tak kena gaya berbicara boleh menyinggung perasaan orang. Terutama berbicara dengan orang lain agama.

Keturunan: Ya.. kalau tak macam mana boleh jadi peristiwa berdarah 13 Mei. (Eh betulke 13 Mei?)

Wang: Yes baby, money. Aku rasa masalah rumah tangga banyak berpunca daripada wang. Tul tak? Lepastu kes orang pinjam duit tak bayar. Bila diminta, dia pula yang marah kita. Sensitif benar. Padahal dia yang pinjam duit orang. Sampai tak nak berhubung dah lepas ni. Apa kes. Orang berbudi pandai pandailah berbahasa. Belum lagi kes rebut harta. Ada kene mengena jugaklah kan harta dan wang.

Kepercayaan: Ini aku sensitif sangat. Kalau kita cakap benar orang tak percaya, memang terasa hati sangat. Sekali orang tak percaya kat aku. Memang susahlah aku nak terima atau percaya orang tu. Orang tak  percaya, mungkin sebab die pun suka menipu. Jadi bila kita cakap sama seperti apa yang dia tipu, sebab tu la dia tak percaya. 

Hak: Lagi-lagi bila orang tu tak sedar dia gunakan hak orang lain. Lepas tu ada hati nak cakap pasal hak. Nak kata orang ni tak da hak. Orang tu tak da hak. Fikir balik, Mana hak isteri kau yang kau abaikan?

Politik: Tak payah cerita panjang, semua orang emo bile bab politik nih

Cukai pendapatan: Boleh pulak masuk pasal cukai kan. Apabila cukai yang dipotong lebih banyak dari gaji ko. wohaa.. hahah. ada ke macam tu? Bukanlah. Sensitif bila dapat tahu duit cukai pendapatan itu digunakan untuk benda yang tak sepatutnya. Actually ni pun boleh masuk under wang. 

Jadi adalah antara hal-hal di atas tu yang membuatkan aku meletup pada Jumaat dan Sabtu lepas. Aku marah, aku menangis, aku buat keputusan. Dan budak-budak ofis perasan aku hari Jumaat itu adalah sangat tegang dan mata sembab gila. Heh, pedulikah aku? Semua orang pun jadi takut nak cakap dengan aku. Padahal tak mungkin aku akan marah korang nih. Heh... Aku dah mengarut disini.

Mesejnye disini sebenarnya. Dalam keadaan marah, seboleh-bolehnya janganlah membuat sebarang keputusan. Bagi aku bila marah, mind kau shutdown. Tak ingat apa dah.

Jadi marilah menarik nafas dalam-dalam bila rasa mau marah. 

p/s: Tajuk entri aku tak boleh blah kan? hahahah

Sabtu, 22 Oktober 2011

You are the one

‎"There is no one out there who can really tell you whether or not someone is right for you; you're the one who really knows what's going on in your relationship. As long as you are happy then he may be the one for you, just remember: you would want someone who you can grow with and not someone who brings you down, someone who loves you for who you really are and not someone you'd have to rearrange your life for to suit his. "

Rabu, 19 Oktober 2011

Suami 'Makan Luar' Episod 1

Harini tergerak nak tulis sesuatu yang kontroversi. Tengok tajuk, Suami 'makan luar'. This is real story. Kenapa suami 'makan luar' walaupun dah ada isteri kat rumah?

I had faced this issue several times. A lot of married guy want to tackle me. I don't know why. And what are their intention. Why because why me? Why not other people? What is within me that they see that single guy didn't see? And their intention? Some are good intention and some are bad intention.

The bad intention. This one day I have YM Conversation with one married guy who want to tackle me. I know his intention. He tackle me not to marry me but he tackle me just to have s*x.

I asked him openly: "Kenapa married man suke main luar? Isteri kat rumah tak cukup ke?"

So, he answered: "Die nak lebih kot. Tak puas"

I asked him again: "Kenapa tak puas? Tak penah cakap kat wife ke?"

He answered: "Penah cakap. Tapi die senyap je"

Then again I asked: "Habistu kenapa tak kawin lain je,halal. Tak payahlah nak makan luar"

He did not answer my question.

So I stated to him: "So the main point makan luar sebab tak puas lah ye?"

He agreed with me.

That is one of my conversation with married guy like this.

Jadi mari lihat some points here:
1) Isteri dia tu memang kesianlahkan. Tak tau yang suaminye makan luar. Padahal kat rumah si suami sikit punya baik. Kesian-kesian.
2) Ada kes suami nak kawin lain, tapi ditentang. Terfikir tak kenapa suami nak kawin lain? Pernah tak dibincang punca-punca suami nak kawin lain. Ini tidak, terus marah pada si suami. Akhirnya sebab tak dapat kawin, senyap-senyap suami kau makan luar. Mungkin ini yang isteri lagi suka kot. Sebab takdelah si isteri terasa hati. Sebab tak tau suaminya makan luar.
3) Dah tau tak bagi atau marah suami kawin lain, cubalah berubah. Asik selekeh je kat umah, mana suami tak cari lain.
4) Then, mesti ade org salahkan pompuan yang suaminya nak kawin. Suaminya tak salahlah ye? Agaknya mula-mula sebelum kawin sape yang kaco sape ek? Kalau si suami tak menggatal, macamana pompuan tu boleh melekat pulak.
5) Owh another point, suami makan luar sebab tension. Tension pasal keje. Tapi si suami ni pun kenapa tak lepaskan kat isterije?

Mesejnya disini:
Beware wahai isteri-isteri. Kat umah suami nampak baik, alim. punyalah puji suami. Tapi si suami makan luar. Aku kenal tiga orang dah orang macamtu. Keje diorang? Not bad. Pangkat eksekutif. Pangkat bos pun ada. Sebab tu I tak terkejut pun kalau ex-bos i (u know who) kawin lain.

My tips:
Kalau suami selalu kluar malam2 tu, make sure la korang tau kemana diorang pergi. klu boleh ikut je skali. jangan nak malas-malas nak duk rumahje.


Ahad, 16 Oktober 2011

Dosa Semalam

Terbaring kebosanan, Cahaya termenung memikirkan sejarah hidup yang telah dia lalui. Mungkin jika boleh diputarkan waktu, dia mahu kembali ke zaman belasan tahunnya. Zaman bermulanya keremajaannya agar dapat dia mengubah pilihannya. 

Cahaya merenung siling. Kosong. Kosong seperti hatinya yang sudah tidak peduli. 

"Cahaya, abang suka Cahaya. Sudikah Cahaya menjadi teman hidup abang?"

Masih tengiang-ngiang kata-kata itu ditelinga Cahaya. Waktu itu, bertapa bahagianya Cahaya rasa.

Ah! Semua itu tipu semata-mata. Kenyataan palsu yang menjerat. Cahaya mencebik. Memuncungkan mulut. Tanda protes tak puas hati. Babak-babak waktu silam terus tergambar di benaknya.

"Cahaya tak ada hak untuk terasa hati dengan abang dan tiada hak untuk terasa hati dengan akak abang! Sebab Cahaya bukannya isteri abang. Lainlah kalau dah jadi isteri abang nanti"

Cahaya tergamam. 

"Cahaya tiada hak? Habis apa hak abang untuk marah Cahaya? Cahaya bukannya isteri abang!" Cahaya menjawab dengan suara bergetar. Mata Cahaya mula bergenang dengan air mata yang bila-bila masa boleh gugur.

Ya, pertelingkahan itu benar-benar menguji kesabaran Cahaya. Entah mengapa Cahaya masih mahu bertahan. Gerak hati Cahaya mahu Cahaya terus bertahan. Bertahan untuk membuktikan sesuatu. Tapi Cahaya sedar ini akan membuatkan hati Cahaya semakin terguris.

"Lelaki apa saja yang kau mahu. Tidak cukupkah apa yang ku berikan. Kau masih lagi mahu permain-mainkan perempuan lain. Mahukah kau aku hancurkan. Mudah saja aku mahu hancurkan kau. Semua yang aku lakukan kau tak hargai. Berapa banyak sudah aku berkorban di saat kau jatuh jauh ke dalam gaung. Di saat kau sesak tanpa wang. Di saat kau hiba mengenang kekasih yang sudah tiada" Cahaya mengomel sendirian.

Cahaya terus melayan rasa. Cahaya dari tingkap mula hilang perlahan-lahan diganti kegelapan. Namun Cahaya masih belum mahu bangun. 

Cahaya mencapai Iphone4 nya. Melihat jam. Sudah pukul tujuh petang. Cahaya menggodek-godek Iphonenya. Membuka aplikasi Facebook. Perlahan-lahan status-status Facebook Cahaya baca. Bosan tiada yang menarik. Terus Cahaya buka pula profil Facebook Shah. Tersenyum sinis Cahaya memb"aca status Shah. "Pandai betul kau berpura-pura" Getus Cahaya meluat

Ok aku dah ngantuk. Nanti aku sambung lagi. Selamat malam.

Sabtu, 15 Oktober 2011

2 minggu 2 kg

Kitekan tak tahulah kenapa..
Perut kite ni kan dah buncit sangat tau..
Nampak cam orang mengandung dah tau..

Kite pelik sangat tau
Kite tak rasa lapar
Kite penah cube tau
Kalau kite makan pagi kan
Pastukan tengahari dengan malam tak makan kan
Kite tak rasa  lapar pun malam tu

Kenapa ek?
Sebab angin ke kite tak lapar?
Tapi kite rasa kite tak lapar sebab sistem pencernaan kitela.
Sistem pencernaan kite tak betul
Malam pun kalau sendawa kite rasa lagi makanan kite makan pagi tadi tau

Tapikan, walaupun kite tak laparkan.
Kite rase nak makan je tau
Perut kite dah penuh dah senak pun kite rase nak makan lagi
Kenapa nafsu kite bertambah tambah ni?

Kesian betullah sistem pencernaan kite ni
Kite dah jadi gemuk gile ni tau
Ape kite nak buat ye?

Sedih tau kite gemuk mendadak dalam dua minggu
Semua baju pun tak muat tau
Terpaksala kite pakai baju besar besar
Bos kite pun dah tegur kite tau






Selasa, 11 Oktober 2011

Are my digestive system shutting down?

Isnin, 10 Oktober 2011

Please stop stealing my heart away

Heartbeat
Heartbeat
Heart heartbeat
 
  I saw you talking on the phone
I know that you were not alone
But you're stealing my heart away
Yeah, you're stealing my heart away

You're acting like you're on your own
But I saw you standing with a girl
Stop trying to steal my heart away
Stop trying to steal my heart away

I don't know where we're going
I don't know who we are
Feels like we were floating
High above the star

STOP STEALING MY HEART AWAY

Just stop stealing my heart away. Why? Hey read above. I saw you. I know you more than you know yourself. All the efforts were no worth it. Just stop stealing my heart away. And so you know why I keep playing this song.

Selasa, 27 September 2011

Berbudi

Masa semakin pendek.
Betul ke?

Apa yang telah aku lakukan dengan masa yang semakin pendek.
Eh betulke masa semakin pendek?

Sungguh aku berbudi.
Tetapi orang tak pandai nak berbahasa.

Selagi boleh berbudi.
Selagi itulah aku berbudi.
Tapi kenalah aku jaga tahap itu.
Jangan sampai terpijak-pijak.
Dek kerana orang tak pandai berbahasa.

Ahad, 25 September 2011

i want to remember this

mimpi yang buat aku taknak bangun....
mimpi aku potong sendiri rambut panjang aku yang tebal
kenapa... mesti kerana  perkara yang buat aku geram
jadi aku mahu potong rambut aku

juga
mimpi cerita aku dan dia
aku bos.. dia klien
aku di ofis.. dia di rig
bos aku kol dia.. kata aku akan naik rig dia

Dan kisah si kasih yang sesat mencari suaminya...
Aku yang perlu tunjukkan jalan

ya, aku mahu mengingati mimpi
Terpenting sekali mimpi aku potong rambut aku yang panjang mengurai..

Rabu, 21 September 2011

Skandal dengan perempuan lain

Are you trust your husband?
Thing is, ramai kawan laki I yang dah kawin ada skandal ngan pompuan lain. woha!!!
Kawan lelaki yang I tak expect ade skandal ngan orang lain woha!!!
Kesian sungguhlah kat bini bini mereka itu.

Aku dapat offer tapi....

Aku tolak
whoaa...

Sabtu, 17 September 2011

Kawin lagi

Betulkah perempuan terutamanya yang dah kahwin itu tiada hak untuk cemburu?  Lebih tepat tidak wajib cemburu terhadap suami mereka? Perempuan tiada hak kah untuk cemburu jika suaminya kawin lain? Takpalah jika perempuan tiada hak untuk cemburu jika suami kawin lain. Sebab lelaki boleh kahwin lebih dari satu. Tapi bagi aku jika suaminya melakukan maksiat dengan perempuan lain, haruslah cemburu.

This is real life story. Sebab tu tak terkejut pun ada orang kawin dua. Apa yang lagi worst dari ini?

Isnin, 12 September 2011

Things need to be change

No actually its on the way. A lot of thing had changed.

Nothing much actually. My attitude of i don't care really make me of no feelings.

Its the best way right now

Ahad, 7 Ogos 2011

Jangan Memilih

Kepala hotak kau jangan memilih!!!

Setiap kali bersembang dengan kawan-kawan tentang jodoh, tentang kawin, semuanya akan berkata kepada aku jangan memilih sangat...

Emmmmm.....

Persoalannya aku tak memilih langsung. aku bagi peluang. Akibat tak memilihlah semua yang aku jumpa, adalah lelaki hampeh. Lelaki yang tak berguna. Lelaki yang makan duit pompuan. Jadi jangan nak cakap pasal jangan memilih dengan aku. Sudah muak aku dengar.

Jadi ape sekarang? Hei, just go with the flow. Sudah tak larat dan penat untuk tidak memilih.

Selasa, 2 Ogos 2011

Bodoh Sang Pencinta

Sang pnecinta yang mengundur rasa
Kerna dibelakangi terasa hati
Sering dipersia dilukai.

Sang pencinta yang penuh pengorbanan
Menghabis waktu, tenaga dan wang
Demi sebuah cinta dusta.

Sang pencinta sudahlah membaling batu pada nya
Kelihatan sia-sia dan bodoh diri laku itu.

Sang pencinta sudahlah.
Berhentilah wahai sang pencinta.
Tenangkanlah hati mu yang bergelora.
Sudahlah sang pencinta menagih cinta tuli
Cinta yang tak kemana-mana sang pencinta.

Dengarlah sang pencinta
Usahlah rasa keluh kesah terhadap kisah cinta.
Usahlah terus mengenang cinta bodoh
Tolonglah...
Jagalah hatimu sang pencinta.
Jagalah hatimu.
Usah terus hatimu dipenuhi parut.

Sang pencinta keras hatinya terus
Diajari cinta yang lalu

Sang pencinta tiada sudah air mata
Hanya kesakitan hati menjadi ketagihan

Sang pecinta bertabahlah untuk hidupmu
Bertabahlah wahai hati sang pencinta

Ahad, 31 Julai 2011

TURN the power ON

The power that I SHUTDOWN is slowy TURN ON right now.

I start cleaning up my mess. One by one. It will take time. But hey! I commited to it. 1st mess up, nearly finished. And I glad actually that I can really do it.

When you find myself hurting your feeling, then you should know I now taking care of my heart. It should not be broken again.  For a long time I just care for other's feeling and it really don't do me justice.

Just remember one thing, do not promise if you cannot fullfill the promises. When you promise, it will meant a lot to the people that you promise and it really hurt when you break the promise.

Owh yes, remember have told you about the last try. Yes I really meant it.

Isnin, 18 Julai 2011

Totally Shutdown

Things are getting out of my hand. I’m messing things up. However, things happen for a reason. Well, I will never meet you if I’m not playing with fire. Right? or no?

You gave me choices. Its up to me which one should I take. But as always wrong choice I have made.

Now let’s get to the main point. I’m totally shutdown for love. I experienced a lot of culture shock in my love life.  So, no more.   
TOTALLY SHUTDOWN FOR LOVE

ONLY ONE LOVE REMAIN TO THE ALMIGHTY

Ahad, 17 Julai 2011

Enough said


~things around me are getting out of hand~


Jumaat, 17 Jun 2011

My life

Ketika bunga tak bemekar lagi
Saat cinta membakar hati ini
Bertapa aku menginginkan kamu

Semua orang tegur aku nampak kurus.
Kenapa? aku cakapje aku putus cinta sebab tu kurus.m
No comment actually. dah kurus nak wat camne kan.

Cerita ini... kejutan budaya lagi. tapi aku dah tak ingat episod berapa. cerita tentang isteri orang dan suami orang. tapi later lah story at my private  blog.

Its really my life. now I really at the bottom of the wheel. nothing can really help when you cannot think straight. when you mind is always not in it place. hey, hopfully i am survive. things have to be change.

Rindunye kat sorang budak ni. rindu nak dengar die sembang dengan aku dgn bahasa rusianye yang aku sendiri pun tak paham.

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosa ku.

Bukannya kau menyakitiku
Kau manusia tak luput dari salah
Kau mengerti kini ku terluka
Kau hancurkan kehidupan kita

Isnin, 16 Mei 2011

Anxiety

This anxiety never ends here
When the lie is still in our life

Hey i dont know how to lie
But the force in you made me one

Please go away anxiety
Please be honest with yourself

But then, the confusion is there

Ahad, 10 April 2011

Mind Reading

Hei. Sudah ku bilang sekejap kita ada di atas dan sekejap kita ada dibawah. Yang pentingnya disini, jangan berputus asa dan jangan menganiayai orang lain. Hidup ini adalah syurga jika kau tahu tujuannya.

Ku pernah ditipu. Ku pernah berjumpa lelaki playboy. Ok apa yang ku mahu katakan sebenarnya adalah kenapa lelaki suka galak
dengan perempuan lain walaupun lelaki itu sudah mempunyai isteri? Aku tak paham.

Emm, baca tak 50 most available bachelor kat majalah cleo bulan ni? Ada satu soalan ditanyakan "which super power you want a girl to have?" Agak ramai antara mereka nak perempuan ada kuasa "mind reading". Ku paham kenapa diorang nak perempuan ada kuasa tu. Tapi dari satu segi, jika lelaki itu menipu, perempuan itu dengan kuasa "mind reading"nya dapat tahulah lelaki itu menipu atau main kayu tiga.

Cerita di atas dan di bawah tadi, jangan menganiaya orang, jangan bersumpah dengan nama tuhan kalau kau nak menipu. Sebabnya ku tahu juga. Kerana? Ku ada kuasa "mind reading".

P/s: ku enjoy duduk di sini sekarang ni. sebab tak perlu rungsing hal tak sepatutnya lagi pula, mana-mana pun ade wifi termasukla kat mudlogging unit ni.

Isnin, 28 Februari 2011

B'z - Konya Tsuki no Mieru Oka ni

今夜月の見える丘に



Lagi satu lagu kegemaran aku.
Tapi sampai sudah tak tahu maksud lagu ni
Cuma tahu maksud tajuk dia je.

"At the hill where we can see the moon tonight"

teringat pulak,
"eh kite nak gi mana ni?"
" adalah, kite nak gi bulan"


Selasa, 22 Februari 2011

Bumi Cinta ~Habiburrahman El Shirazy

Ku harap, kutemukan bumi cinta ku disini
Ku harap bumi cintaku hingga ke syurga

Watak Utama
Ayyas - seorang muslim yang sangat teguh dengan imannya
Linor/Sofia - ejen zionis yang berketurunan Palestin
Yelena - yang tidak percaya ada nya tuhan
Dr Anastasia - yang berpegang teguh dengan ajaran kristiannya
Devid - seorang muslim yang terpesong jauh hidupnya

Semuanya berada di Moskow. Aku tertarik untuk baca buku ini bila aku baca sipnosis buku ini. Aku mahu tahu bagaimana Ayyas menahan nafsunya dari tergoda dengan perempuan-perempuan cantik Rusia.

Sedikit sebanyak buku ini menginsafkan aku. Buku ini membuat aku terkenang dan terfikir sejauh mana aku telah hanyut. Sedikit sebanyak menceritakan kisah kejam yahudi terhadap Palestin.

Yang penting, kisah jodoh yang tak disangka-sangka. Kisah kebebasan diri yang akhirnya menjerat. Pengakhirannya sangat menyayat hati. Hiba bercampur titisan air mata. Alangkah indahnya aka dapat rasa kecintaan yang amat mengikut jalan yang lurus ini.

Isnin, 21 Februari 2011

Perangai-perangai mereka

Aku terasa sangat penat. Aku tak tahu kenapa. Sangat penat. Dari awal bangun tidur sampailah sekarang ni. Menjadi makin teruk pula. Apa yang tak kena dengan aku ini? Dah lama sungguh aku tak rasa sepenat ini. Selalu bangun pagi walaupun ada sisa-sisa mengantuk, tidaklah seperti ini.

Beri aku pilihan.

Mahu ambil Bold 3 atau Torch?

Blackberry yang mana satu?

Dan Celcom atau Digi?

Plan mana yang lagi best untuk orang macam aku yang tak telefon orang.

Sekarang aku pakai K700i dengan prepaid hotlink dan aku guna Digi broadband dengan 12gig untuk RM99.
Nak amek celcom ke nak cukupkan korum ni. huahuahuahua

Aku nak cerita pasal lebuh raya sebenarnya. Tapi tidak boleh berfikir dengan baik. Baca atas sana. AKU PENAT. Jadi tunda dululah. Tajuk diatas tu aku tinggal kan ja.

p/s: Kadang-kadang terpikir, mampukah aku teruskan percintaan ini? Dia tu ramai sangat peminat. Jeles I tau.

Selasa, 18 Januari 2011

Doktor Cinta

Aku ni pandai je jadi doktor cinta orang lain. Tapi diri aku sendiri pun sama juga. Keras kepala sangat-sangat. Kawan-kawan aku dah puas membebel  kat aku. Tapi aku tak juga makan saman. Aku putuskan apa yang aku nak. Selagi aku mampu dan selagi aku kuat, selagi itulah aku akan bertahan dengan cintaku. Cintaku adalah sukar. Bukan cinta biasa bak lagu Siti Nurhaliza. Bukan cinta orang kebanyakan.

Hey, aku mahu jadi pencinta sejati. Walaupun cinta ku ini penuh misteri. Aku tak peduli.  Ya betul aku keras hati. Tapi boleh pula aku jadi doktor cinta. Pesanan buat lelaki, jangan buat perempuan tertanya-tanya samada kamu suka perempuan itu atau tidak. Sila jadi gentleman dan jangan pula kamu anggap perkara itu tidak serius. Mestilah serius kalau perempuan itu suka gila sama kamu tapi kamu tak suka pada dia. Gelak-gelak pula kamu ya. Lagi mudah kalau kamu berdua tidak berkawan lagi. Tiadalah rasa sakit hati. Lagi pula kamu macam chipsmore. Ceh mengaku kawan baik konon. Bukan kawan baik namanya kalau kamu macam chipsmore. Susah betul mahu jumpa lelaki yang gentlemen.  Sudah ada kekasih, tetapi taknak mengaku. Mengaku kawan ja. Sila jadi utuh dengan perasaan sendiri. Kalau tak pasti, jangan nak delare. Ok, sudah nanti aku menjadi lagi emo.





Aku boleh jadi doktor cinta. Tapi dengan diri sendiri, ohh tidak. Sungguh aku keras kepala. Dan apakah dengan nombor-nombor di status FB aku? Itu entri lainlah. 

p/s: teringat kata-kata auntie akupuntur, aku sentiasa berpandangan baik. 

Selasa, 4 Januari 2011

Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 5

Eh, tiba-tiba ada Episod 5 pulakkan. Mestilah ada episod 5 sebab ada cerita terbaru. Ada perkembangan terbaru. Baca dulu yang sudah-sudah.

Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 1
Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 2
Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 3
Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 4

Kali ni aku tak tipu. Kali ni dah takda dah usha-usha. Sebabnya, orang yang dipuja itu sudah ada kekasih hati. Aku tak terasa jeles, aku tak terasa kecik hati. Malah aku suka. Akhirnya setelah lama juga aku menunggu. Semoga die berbahagia bersama kekasih hatinya.

Owh, tersangat lama aku tak bercakap dengan orang yang dipuja. sebulan mungkin atau dua bulan? Aku pun tak ingat sebab dah lama sangat. =)

p/s: Selamanya menjadi pemuja rahsia. hehehehhe

Sikap yang meluat

Maafkan sikap yang tiba-tiba menonjol diri
Maafkan sikap yang tiba-tiba semua benda pun nak cerita
Cerita yang membuatkan orang meluat
Maafkan aku tak dapat menahan diri untuk menjadi begitu

Tapi jika aku tak buat begitu
Aku akan rasa murung dan sedih dan keseorangan
Aku tak boleh biarkan diri aku rasa kesunyian
Nanti aku jadi merapu-rapu cakap
Nanti aku terlalu mengingatkan dia

Ok. Aku rasa cam nak tutup je blog aku nih. Sebab semua entri aku sekarang ni entri merapu dan jiwang karat tak ingat. Aku baca pun meluat. Apa kata korang.

Ahad, 2 Januari 2011

Perampasan Hak Mereka

Bukan aku nak merampas. Tapi aku ter-rampas secara tak sengaja.

Ok aku merepek. Aku bukan seorang perampas hak. Aku tak rampas hak kerja mereka. Kalau boleh aku nak bagi semua kerja-kerja aku ni kat mereka. Wehuuuuuu.. weh mana ada kerja senang kat dunia nih. Semua kerja perlu kan kudrat.

Ok aku merepek lagi. Banyak benda bermain-main difikiran ni. Tengah kuat berfikir cara-cara terbaik untuk tempuhi halangan-halangan yang dah ada depan mata ni. Aku buat research sikit kat internet dan tengah cari-cari orang yang aku boleh rujuk dan minta nasihat. Yang penting, FOKUS!! Itu azam tahun 2011 aku. FOKUS hadapi halangan, FOKUS hadapi cinta dan FOKUS hadapi kerja.

Yang penting FOKUS dan teruskan pilihan yang aku dah buat. Ucapkan selamat berjaya kepada aku.

p/s: oopsss, lupa. FOKUS untuk berangan-angan lebih-lebih jugak. Dengan harapan angan-angan menjadi realiti. AMIN!

Sabtu, 1 Januari 2011

Mengingati 2010

2010 penuh diisi dengan keraian cinta rakan-rakan aku. Ada yang aku pergi dan ada yang aku tak dapat pergi. Moga-moga rakan-rakanku yang meraikan cinta ini akan berkekalan selamanya. Owh, terasa bahangnya kerana terlalu ramai yang berkahwin tahun 2010. Lepas satu, satu. Sampai aku tak keep track tarikh-tarikh istimewa mereka ini. Maaflah ada yang aku tak dapat datang majlis-majlis cinta mereka itu. 


2010 aku juga dipenuhi dengan cuti-cuti bersama rakan-rakan dan keluarga. Ke mana aku pergi? Krabi, Langkawi, Melaka, White water rafting, Bukit Merah Lake Town Resort, Chamang Waterfall, Cherating dan Cherating lagi. Saat yang memenatkan dan menghiburkan? Tahun 2011? Owh tunggu la kejap, tak habis lagi cerita tahun 2010 ni. =P


 Tak dapat dilupakan juga, aku terlibat dalam kemalangan. Owh, sampai sekarang aku jadi fobia untuk bawa kereta manual. Walaupun kemalangan disebabkan oleh tayar dan tali pinggang keledar tempat duduk belakang, dan takda kaitan dengan kereta manual, tetap aku masih tak berani lagi nak bawa kancil.


Lagi satu aura kecintaan dalam keluarga aku. Kakak aku bertunang. Yeay!! Akhirnya dapat merasa keraian dalam keluarga. Yehuuuu. Banyak sungguh makna-makna tersirat disitu. hihihihihihihihihi.. Apa-apapun tahun depan akan penuh dengan cerita-cerita tentang persiapan kahwin antara ayah, mak dan adik-beradik aku. =)


Itu kisah yang nampak digambar. Yang tak nampak digambar? 2010 aku dipenuhi dengan banyak sangat rasa kecewa, putus asa dan tak tentunya arah. Kecewa dan putus asa dalam cinta. Tak tentu arah dalam kerja aku. Tapi, syukur semua itu diubati dengan masuknya aku ke dalam department lain dan dengan kehadiran seseorang dalam hidupku. Semua itu memberi aku rasa baru. Owh tak mungkin juga aku lupa bertapa aku menyukai "lolipop" sebelum aku berjumpa budak baju merah. Kenangan "lolipop" di 2010 akan tinggal di situ. Semoga "lolipop" berbahagia bersama kekasih hatinya. Budak baju merah yang seorang itu pun akan aku tinggalkan di 2010. Budak baju merah yang lagi seorang saja yang aku akan bawa ke 2011.  Budak baju merah yang banyak membantu aku menghadapi kekecewaan hidup =)

Tahun 2011, sudah ada dua rancangan bercuti. Satu ke Bandung dan dua ke Jakarta =). Duit ada atau tiada, belakang kira. Tak da duit tak payah shopping. Jalan-jalan sudah =).

Tahun 2011, aku tentukan arah tuju kerjaya aku. Aku tentukan kemana aku mahu pergi. Mahu fokus dan tak main-main lagi. Aku semaikan rasa kecintaan dalam hati. Aku kuatkan hati aku untuk hadapi dugaan yang aku tahu aku akan alami di 2011. Jika dugaan itu dapat diatasi, tamatlah zaman berseorangan aku di 2011. Insyaallah, moga dipermudahkan segala azam 2011 ku.

Jadikan 2010 iktibar dan jadikan 2011 lebih baik lagi. Selamat tahun baru 2011!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...