Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 18 Januari 2011

Doktor Cinta

Aku ni pandai je jadi doktor cinta orang lain. Tapi diri aku sendiri pun sama juga. Keras kepala sangat-sangat. Kawan-kawan aku dah puas membebel  kat aku. Tapi aku tak juga makan saman. Aku putuskan apa yang aku nak. Selagi aku mampu dan selagi aku kuat, selagi itulah aku akan bertahan dengan cintaku. Cintaku adalah sukar. Bukan cinta biasa bak lagu Siti Nurhaliza. Bukan cinta orang kebanyakan.

Hey, aku mahu jadi pencinta sejati. Walaupun cinta ku ini penuh misteri. Aku tak peduli.  Ya betul aku keras hati. Tapi boleh pula aku jadi doktor cinta. Pesanan buat lelaki, jangan buat perempuan tertanya-tanya samada kamu suka perempuan itu atau tidak. Sila jadi gentleman dan jangan pula kamu anggap perkara itu tidak serius. Mestilah serius kalau perempuan itu suka gila sama kamu tapi kamu tak suka pada dia. Gelak-gelak pula kamu ya. Lagi mudah kalau kamu berdua tidak berkawan lagi. Tiadalah rasa sakit hati. Lagi pula kamu macam chipsmore. Ceh mengaku kawan baik konon. Bukan kawan baik namanya kalau kamu macam chipsmore. Susah betul mahu jumpa lelaki yang gentlemen.  Sudah ada kekasih, tetapi taknak mengaku. Mengaku kawan ja. Sila jadi utuh dengan perasaan sendiri. Kalau tak pasti, jangan nak delare. Ok, sudah nanti aku menjadi lagi emo.





Aku boleh jadi doktor cinta. Tapi dengan diri sendiri, ohh tidak. Sungguh aku keras kepala. Dan apakah dengan nombor-nombor di status FB aku? Itu entri lainlah. 

p/s: teringat kata-kata auntie akupuntur, aku sentiasa berpandangan baik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...