Halaman

Pengikut-pengikut

Sabtu, 1 Januari 2011

Mengingati 2010

2010 penuh diisi dengan keraian cinta rakan-rakan aku. Ada yang aku pergi dan ada yang aku tak dapat pergi. Moga-moga rakan-rakanku yang meraikan cinta ini akan berkekalan selamanya. Owh, terasa bahangnya kerana terlalu ramai yang berkahwin tahun 2010. Lepas satu, satu. Sampai aku tak keep track tarikh-tarikh istimewa mereka ini. Maaflah ada yang aku tak dapat datang majlis-majlis cinta mereka itu. 


2010 aku juga dipenuhi dengan cuti-cuti bersama rakan-rakan dan keluarga. Ke mana aku pergi? Krabi, Langkawi, Melaka, White water rafting, Bukit Merah Lake Town Resort, Chamang Waterfall, Cherating dan Cherating lagi. Saat yang memenatkan dan menghiburkan? Tahun 2011? Owh tunggu la kejap, tak habis lagi cerita tahun 2010 ni. =P


 Tak dapat dilupakan juga, aku terlibat dalam kemalangan. Owh, sampai sekarang aku jadi fobia untuk bawa kereta manual. Walaupun kemalangan disebabkan oleh tayar dan tali pinggang keledar tempat duduk belakang, dan takda kaitan dengan kereta manual, tetap aku masih tak berani lagi nak bawa kancil.


Lagi satu aura kecintaan dalam keluarga aku. Kakak aku bertunang. Yeay!! Akhirnya dapat merasa keraian dalam keluarga. Yehuuuu. Banyak sungguh makna-makna tersirat disitu. hihihihihihihihihi.. Apa-apapun tahun depan akan penuh dengan cerita-cerita tentang persiapan kahwin antara ayah, mak dan adik-beradik aku. =)


Itu kisah yang nampak digambar. Yang tak nampak digambar? 2010 aku dipenuhi dengan banyak sangat rasa kecewa, putus asa dan tak tentunya arah. Kecewa dan putus asa dalam cinta. Tak tentu arah dalam kerja aku. Tapi, syukur semua itu diubati dengan masuknya aku ke dalam department lain dan dengan kehadiran seseorang dalam hidupku. Semua itu memberi aku rasa baru. Owh tak mungkin juga aku lupa bertapa aku menyukai "lolipop" sebelum aku berjumpa budak baju merah. Kenangan "lolipop" di 2010 akan tinggal di situ. Semoga "lolipop" berbahagia bersama kekasih hatinya. Budak baju merah yang seorang itu pun akan aku tinggalkan di 2010. Budak baju merah yang lagi seorang saja yang aku akan bawa ke 2011.  Budak baju merah yang banyak membantu aku menghadapi kekecewaan hidup =)

Tahun 2011, sudah ada dua rancangan bercuti. Satu ke Bandung dan dua ke Jakarta =). Duit ada atau tiada, belakang kira. Tak da duit tak payah shopping. Jalan-jalan sudah =).

Tahun 2011, aku tentukan arah tuju kerjaya aku. Aku tentukan kemana aku mahu pergi. Mahu fokus dan tak main-main lagi. Aku semaikan rasa kecintaan dalam hati. Aku kuatkan hati aku untuk hadapi dugaan yang aku tahu aku akan alami di 2011. Jika dugaan itu dapat diatasi, tamatlah zaman berseorangan aku di 2011. Insyaallah, moga dipermudahkan segala azam 2011 ku.

Jadikan 2010 iktibar dan jadikan 2011 lebih baik lagi. Selamat tahun baru 2011!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...