Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 27 Oktober 2011

Perkara-perkara Sensitif apabila Berbicara

Aku tak pernah rasa sangat marah dalam hidup ini. Tidak pernah langsung dalam ingatan aku pun aku marah. Tapi Jumaat dan Sabtu lepas semuanya terlepas. Baru aku rasa bertapa teruknya perasaan marah itu. Terutama sekali aku tak boleh buat keputusan yang mengikut pertimbangan akal.

Aku rasa setiap orang ada hal yang sensitif yang kalau berbicara tak kena cara memang habislah. Ini antara hal-hal yang aku rasa sensitif untuk dibicara secara terlalu terbuka

Agama: Jika tak kena gaya berbicara boleh menyinggung perasaan orang. Terutama berbicara dengan orang lain agama.

Keturunan: Ya.. kalau tak macam mana boleh jadi peristiwa berdarah 13 Mei. (Eh betulke 13 Mei?)

Wang: Yes baby, money. Aku rasa masalah rumah tangga banyak berpunca daripada wang. Tul tak? Lepastu kes orang pinjam duit tak bayar. Bila diminta, dia pula yang marah kita. Sensitif benar. Padahal dia yang pinjam duit orang. Sampai tak nak berhubung dah lepas ni. Apa kes. Orang berbudi pandai pandailah berbahasa. Belum lagi kes rebut harta. Ada kene mengena jugaklah kan harta dan wang.

Kepercayaan: Ini aku sensitif sangat. Kalau kita cakap benar orang tak percaya, memang terasa hati sangat. Sekali orang tak percaya kat aku. Memang susahlah aku nak terima atau percaya orang tu. Orang tak  percaya, mungkin sebab die pun suka menipu. Jadi bila kita cakap sama seperti apa yang dia tipu, sebab tu la dia tak percaya. 

Hak: Lagi-lagi bila orang tu tak sedar dia gunakan hak orang lain. Lepas tu ada hati nak cakap pasal hak. Nak kata orang ni tak da hak. Orang tu tak da hak. Fikir balik, Mana hak isteri kau yang kau abaikan?

Politik: Tak payah cerita panjang, semua orang emo bile bab politik nih

Cukai pendapatan: Boleh pulak masuk pasal cukai kan. Apabila cukai yang dipotong lebih banyak dari gaji ko. wohaa.. hahah. ada ke macam tu? Bukanlah. Sensitif bila dapat tahu duit cukai pendapatan itu digunakan untuk benda yang tak sepatutnya. Actually ni pun boleh masuk under wang. 

Jadi adalah antara hal-hal di atas tu yang membuatkan aku meletup pada Jumaat dan Sabtu lepas. Aku marah, aku menangis, aku buat keputusan. Dan budak-budak ofis perasan aku hari Jumaat itu adalah sangat tegang dan mata sembab gila. Heh, pedulikah aku? Semua orang pun jadi takut nak cakap dengan aku. Padahal tak mungkin aku akan marah korang nih. Heh... Aku dah mengarut disini.

Mesejnye disini sebenarnya. Dalam keadaan marah, seboleh-bolehnya janganlah membuat sebarang keputusan. Bagi aku bila marah, mind kau shutdown. Tak ingat apa dah.

Jadi marilah menarik nafas dalam-dalam bila rasa mau marah. 

p/s: Tajuk entri aku tak boleh blah kan? hahahah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...